Friday, September 26, 2014

BN MENANG BESAR PRK PENGKALAN KUBOR. DOA POK NIK BUTAKAN MATA, POTONG LIDAH ORANG UMNO TAK MENJADI, MALAH MAKAN DIRI SENDIRI. HUHUHU!!

JUMAAT, 26 SEPT 2014

SUMBER.....
TAHNIAH BN KERANA BERJAYA MEMPERTAHANKAN KERUSI DUN PENGKALAN KUBOR. TAKBIRRR!


DOA Nik Aziz untuk membutakan mata dan potong lidah orang UMNO tidak menjadi. Doa seumpana itu sudah semestinya tidak direstui atau diterima oleh ALLAH SWT kerana ianya bersifatkan kejam dan jahat. Nik memang busuk hati dan hatinya terlalu hitam berdendam dengan orang UMNO. Akhirnya...akhirnya Barisan Nasional (BN) berjaya juga mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 2,635 undi. Calonnya, Mat Razi Mat Ail, mendapat 9,991 undi, berbanding calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang memperolehi 7,326 undi. Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 38  undi. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN menang dengan majoriti 1,736.Pengumuman keputusan rasmi dilakukan oleh Pegawai Pengurus PRK Pengkalan Kubor Mohd Sobri Ramli di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Biji Wangsa di sini, kira-kira pukul 9 malam Khamis. 

Selain Mat Razi, hadir sama ketika pengumuman keputusan adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pimpinan tertinggi Umno dan BN. Mat Razi, 48, merupakan pengasas sekolah pondok di Simpangan dan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat serta Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Tumpat. Dengan kemenangan ini, beliau akan meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, yang membawa kecemerlangan BN dan kemajuan di DUN berkenaan. Noor Zahidi menjadi wakil rakyat di DUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal. Pemilihan kali ini menyaksikan seramai 23,929 pengundi layak membuang undi di DUN tersebut. SPR membuka 11 pusat mengundi dengan 45 saluran mengundi membabitkan 11 buah sekolah untuk proses pengundian bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang. Sehingga proses pengundian ditutup, seramai 73 peratus pengundi telah keluar mengundi. 

Seramai 104 daripada 109 pengundi awal telah mengundi awal pada 21 September lalu. Tahniah! Tahniah pada BN dan tahniah kepada semua. Terima kasih pengundi-pengundi di Pengkalan Kubor. Berkat kerjasama, menghasilkan kejayaan. Insyallah, jalan untuk BN kembali merampas Kelantan sudah nampak bunga-bunganya. Apa yang perlu, BN harus berkerja kuat, turun padang dan dengar rintihan rakyat. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPIAN DIUTAMAKAN. Wasallam ~ IBM.

Thursday, September 25, 2014

DENDAM PUNYA PASAL, ZURAIDA@MAK LAMPIR HASUT MB BAHARU AGAR KURANGKAN KERUSI EXCO UNTUK PAS.

KHAMIS, 25 SEPT 2014

SUMBER....
JAWATAN MB sudah dalam tangan, tapi dikalangan mereka masih lagi 'berperang', buruk sangka, dengki, dendam dan tak tahu lagi lah yang tersirap dihati mereka. Sumber yang IBM dapat hari ini, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin@Mak Lampir, mungkin menyimpan dendam terhadap exco PAS. Itu mengikut kata penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani. Zuraida semalam memberitahu beliau akan mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar bilangan kerusi exco PAS dikurangkan daripada sebelum ini. PAS sebelum ini diperuntukkan empat kerusi exco berbanding dua parti kompenan Pakatan Rakyat yang lain, masing-masing tiga kerusi sahaja. Azizuddin berkata Zuraida serta PKR harus terima hakikat bahawa PAS memenangi lebih kerusi berbanding PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekaligus melayakkan parti itu mendapat bilangan kerusi exco paling banyak. Tapi yang beliau nampak ada rasa nak balas dendam sebab sokongannya tidak diberikan oleh PAS sepenuhnya. 

Bagi Dr Mohd Azizuddin (gambar kecil kanan)  untuk mengekalkan hubungan yang baik dalam Pakatan dikalangan tiga parti ini beliau rasa Zuraidah tidak perlu persoalkan isu empat atau tiga kerusi ke, itu bukan isu fundamental. Fundamental sekarang ini dia kena fikirkan kalau nak jadikan kerajaan yang kuat kena adanya PAS dan memikirkan BN lah sebagai lawan yang perlu diambil perhatian. Kena terima dengan hati yang terbukalah apa yang berlaku ini. Zuraida pada Rabu bertegas PAS perlu menerima hukuman kerana enggan menyokong kedua-dua calon PKR iaitu Azmin dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk dicalonkan untuk jawatan Menteri Besar Selangor. PAS menyifatkan Azizah sebagai tidak layak untuk menggalas tugas itu dan bertindak mencalonkan beberapa nama termasuk ADUN PAS untuk dinilai Istana Selangor. Malah Azizuddin berkata Zuraida mahupun PKR harus berterima kasih kepada PAS kerana mengekalkan empat exconya sepanjang Selangor berada dibawah pemerintahan Menteri Besar peralihan, Tan Sri Khalid Ibrahim lebih dua minggu lalu. 

Tindakan PAS itu menyebabkan Selangor masih teguh dibawah pimpinan Pakatan Rakyat dan tidak jatuh ke tangan Umno BN. Kalau mahukan PAS kekal dalam PR untuk menubuhkan kerajaan yang mana PAS terlibat sama beliau rasa bukan isu untuk kurangkan wakil PAS, Exco PAS malah boleh kekalkan yang sedia ada, katanya. Jelasnya, isu yang berlaku di Selangor kini bukan hanya melibatkan PAS sebaliknya melibatkan semua pihak termasuk Istana. Isu yang melibatkan negeri Selangor ini bukan satu isu yang melibatkan PAS sahaja tetapi melibatkan semua iaitu PKR, DAP dan terutama sekali rakyatlah, tambahnya. Dalam isu ini, bolehlah IBM katakan bahawa Zuraida@Mak Lampir dan PKR memanglah pentingkan diri sendiri, dan PAS adalah mangsa yang senang diratah kerana itu kehendak PAS sendiri. PAS rela dicaci, dihina, dipekedua oleh rakan kongsinya, namun PAS tetap akan bersama mereka (Pakatan). Musuh utama mereka (PAS) adalah UMNO. Bagi IBM, mampu pi lah PAS. Wasallam ~ IBM

RUMAH TANGGA PAKATAN KIAN GOYAH. TERKINI, WANITA PKR PULA TUNTUT HADI 'MINTA MAAF'

KHAMIS, 25 SEPT 2014

SUMBER....
IBM dah agak dah. Ini pasti berlaku dalam Pakatan. Seperti kata pepatah 'rumah siap pahat berbunyi', begitulah yang berlaku dalam 'rumah tangga' Pakatan Rakyatsela]karan ini, terutamanya antara PKR dan PAS. Bagi IBM, walaupun kemelut sekitar pemilihan Menteri Besar baru Selangor dianggap selesai dengan pemilihan Azmin Ali oleh pihak istana, Wanita PKR terus mengasak PAS dalam isu berkaitan. Wanita PKR menuntut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memohon maaf kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, langkah yang dilihat bakal memburukkan lagi hubungan kedua-dua parti. Ketuanya Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu mesti dilakukan “demi kasih sayang anggota PAS dan perpaduan sesama anggota Pakatan Rakyat. Walaupun Haji Haid mengeluarkan kenyataan yang mengguris Datuk Seri Wan Azizah, perkara itu sudah berlaku dan kita patut bergerak bersama dan bergerak ke masa depan sekali lagi. 

Jesteru, wanita PKR harap Haji Hadi akan memohon maaf terhadap segala dakwaan yang tidak enak didengar oleh presiden kami, katanya Zuraida@Mak Lampir. Hadi sebelum ini berkata beliau tidak menyokong pencalonan Azizah sebagai Menteri Besar, bukan kerana faktor jantina tetapi masalah kebolehan. Memang Azizah tiada kebolehan. Kenapa, Azizah@Nenek Kipas tidak boleh menerima kenyataan ke? Walaupun, Azizah sendiri mengaku terguris tetapi tidak berasa marah dan mendoakan kesihatan Hadi serta menyeru anggota partinya tidak menyerang balas pemimpin parti Islam itu. Ye le tu. Tunggu je Hj Hadi. Wanita PKR dan Wan Azizah ni pun sama dengan yang lain, bukan boleh dipercayai. Silap hari bulan depa hantar pakar 'tikam belakang' dan akhirnya Hj Hadi akan tergolek. Tak percaya?....tungguuuuu....Wasallam ~ IBM

ALHAMDULILLAH, CALON BN PRK PENGKALAN KUBOR SELESAI BUANG UNDI. DOAKAN KEMENANGAN BUAT BN. TAKBIR!!!

KHAMIS, 25 SEPT 2014

SUMBER.....
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ali selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan, sebentar tadi. Beliau tiba di pusat mengundi itu jam 8.24 pagi dengan diiringi penyokong BN.

Mari kita sama-sama berdoa agar kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN) demi untuk kesejehteraan rakayt di Kelantan khusunya di DUN Pengkalan Kubor. IBM yakin, BN oleh. TAKBIR!!! Wasallam ~ IBM

PANAS! PENULIS BLOG DIREMAN BANTU SIASATAN HINA INSTITUSI DIRAJA & POLIS...MASAK LE KO!

KHAMIS, 25 SEPT 2014

SUMBER.....

KAN dah kantoi. Tak ada penyakit cari penyakit. Sumber menyatakan Polis, semalam, Rabu mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menghina institusi diraja dan polis menerusi sebuah laman blog. Majistret Salina Omar mengeluarkan perintah reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap lelaki berusia 29 tahun itu untuk disiasat mengikut Seksyen4 (1)(a) Akta Hasutan 1948. Peguam lelaki berkenaan, New Sin Yew ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata lelaki tersebut yang ditahan pada Selasa, di Shah Alam, Selangor diperlukan polis untuk siasatan lanjut berhubung beberapa kenyataan yang dibuat menerusi blog berkenaan. Katanya, lelaki itu ditahan selepas polis bertindak atas laporan yang dibuat orang awam pada 11 Jun 2013 mengenai blog berkenaan. Polis memberi alasan perintah reman itu adalah bagi memberi masa untuk polis merakamkan keterangan, menguruskan barang kes serta mengesan rakan sekutu yang terbabit, katanya.

Terdahulu, lelaki yang memakai baju T berwarna putih (gambar atas) itu tiba di perkarangan mahkamah di sini, kira-kira jam 2.30 petang dengan diiringi anggota polis. Kadang-kadang IBM hairan juga. Kenapalah mereka-mereka ni, penulis blog (pro pembangkang) menulis yang bukan-bukan, menghina, menfitnah, mencaci-hamun kepada institusi diraja dan juga Kerajaan? Apa yang mereka dapat? Kepuasan?...upah?. elajarlah jadi manusia dan penulis yang berhemah, tulislah kepada perkara-perkara yang berfaedah. Untuk buat komen kepada kerajaan, tiada masalah dan tiada menjadi kesalahan, tetapi, komenlah yang bernas, buka maki hamun dan tabur fitnah. Ahaa!...sekarang terimalah akibatnya. Bangang punya penulis blog pro pembangkang ni. Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...