SUMBER.....
TAHNIAH BN KERANA BERJAYA MEMPERTAHANKAN KERUSI DUN PENGKALAN KUBOR. TAKBIRRR!
DOA Nik Aziz untuk membutakan mata dan potong lidah orang UMNO tidak menjadi. Doa seumpana itu sudah semestinya tidak direstui atau diterima oleh ALLAH SWT kerana ianya bersifatkan kejam dan jahat. Nik memang busuk hati dan hatinya terlalu hitam berdendam dengan orang UMNO. Akhirnya...akhirnya Barisan Nasional (BN) berjaya juga mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 2,635 undi. Calonnya, Mat Razi Mat Ail, mendapat 9,991 undi, berbanding calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang memperolehi 7,326 undi. Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 38 undi. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN menang dengan majoriti 1,736.Pengumuman keputusan rasmi dilakukan oleh Pegawai Pengurus PRK Pengkalan Kubor Mohd Sobri Ramli di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Biji Wangsa di sini, kira-kira pukul 9 malam Khamis.

Seramai 104 daripada 109 pengundi awal telah mengundi awal pada 21 September lalu. Tahniah! Tahniah pada BN dan tahniah kepada semua. Terima kasih pengundi-pengundi di Pengkalan Kubor. Berkat kerjasama, menghasilkan kejayaan. Insyallah, jalan untuk BN kembali merampas Kelantan sudah nampak bunga-bunganya. Apa yang perlu, BN harus berkerja kuat, turun padang dan dengar rintihan rakyat. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPIAN DIUTAMAKAN. Wasallam ~ IBM.