Saturday, March 14, 2015

MAJLIS PEGUAM MALAYSIA GAGAL

SABTU, 14 MARCH 2015
HASRAT Majlis Peguam untuk 'tibai', hentam Peguam Tan Sri Shafee Abdullah didalam Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) tidak kesampian. Mereka gagal mendapat kebenaran dari Mahkamah tinggi. Perkara itu disahkan oleh Majlis Peguam ada menerima perintah injunksi daripada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada membincangkan kelakuannya dalam usul yang dicadangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-69 mereka hari ini Sabtu. Presidennya, Christopher Leong berkata usul itu tidak akan dibentangkan pada AGM mereka. Injuksi itu telah disampaikan kepada kami. Majlis Peguam akan mematuhi syarat-syarat dan kita tidak akan bawa usul itu, katanya kepada pemberita sebelum mesyuarat tertutup itu bermula. Semalam, Jumaat, Shafee berjaya menghalang Majlis Peguam daripada mengemukakan usul mengenai kelakuannya berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Muhammad Shafee nagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya Christopher Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul itu dikemukakan, dibincang atau diluluskan semasa AGM atau membincangkan apa-apa perkara berkaitan kelakuan Muhammad Shafee dalam rayuan oleh Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac 2015 atau mana-mana tarikh lain selepas itu. Hakim juga membenarkan injunksi interim ex-parte Muhammad Shafee menghalang peguam Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George atau melalui ejen-ejen mereka daripada mengemukakan usul bertajuk "Usul terhadap Shafee Abdullah bertarikh 28 Februari 2015" atau usul yang serupa pada AGM ke-69 Majlis Peguam, pada 14 Mac atau pada mana-mana tarikh lain kemudian. Seperti yang kita tahu, Muhammad Shafee dibewri kepercayaan dan dilantik oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail secara fiat (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pendakwaan dalam kes liwat itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. 

Meroyan lagi ni nampaknya Majlis Peguam yang merupakan ejen si peliwat, Anwar Ibrahim untuk membuat provokasi dan mengeruhkan lagi keadaan politik tanah air. Bagi IBM, Majlis Peguam ini adalah pertubuhan (Peguam) yang ditubuhkan semata-mata untuk Anwar al-jub. Maka, keputusan Mahkamah tinggil itu adalah keputusan yang tepat. tiada apa lagi yang boleh dipertikaikan oleh majlis Peguam akan 'tingkah laku' Tan Sri Safee. Beliau sebagai peguam menjalankan tugasan yang telah diamanahkan kepada beliau. Syabas Tan Sri Shafee. Wassalam ~ IBM

Friday, March 13, 2015

BETUL KE KENYATAN AMERIKA INI? ATAU HANYA PROPAGANDA DARI PENCACAI ANWAR AL-JUB!

JUMAAAT, 13 MARCH 2015

SAMADA berita yang IBM baca portal pembangkang ni betul ke atau sekadar propaganda pembangkang, sudah menjadi perkara biasa bagi IBM. Setiap berita tentang si al-jub ni, Anwar, masih diperbesar-besarkan oleh pencacai-pencai tegarnya (Anwar). Gagal mendapat perhatian di dalam negara, mereka (pencacai) Anwar membawa perkara ke perhatian dunia, kususnya Amerika. Portal pembangkang melaporkan kononnya Rumah Putih menyatakan kekesalan yang amat sangat dengan sabitan kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim dan berjanji akan terus mengetengahkan rasa tidak senangnya berhubung perkara itu. Mereka (Amerika) sudah jelaskan perkara ini melalui kenyataan-kenyataan dan hubungan dengan kerajaan Malaysia, dan kami akan terus lakukannya, menurut kenyataan rasmi Rumah Putih. Mereka juga berasa kesal akan keputusan awal untuk mendakwa Anwar di Mahkamah, keputusan merayu keputusan tidak bersalah dan pengubahan hukuman membangkitkan kebimbangan serius terhadap kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia. 

Kedaulatan undang-undang apa yang dimaksudkan oleh Amerika ini? Mereka dah lihat sendiri ke kedaulatan undang-undang negara mereka? Elok dan telus ke? Untuk itu, kepada Ameriak, janganlah nak jadi 'hero' dunia sedang negara sendiri pun tidak mengamalkan undang-undang yang telus. Dan, kepada pencacai Anwar al-jub, hentikan 'propaganda' bodoh ini. Sia-sia sahaja perbuatan korang tu. Malaysia tetap tidak akan membenarkan kuasa luar seperti Amerika bagi mencampuri urusan dalam negara ini. Kalau ini terjadi (campur tangan Amerika), kita akan lawan. Kenapa kita harus takut dan tunduk kepada Amerika? Kita akan panjat Mahkamah dunia dan pastikan Anwar al-jub terus di penjarakan. "Lawan tetap lawan". Wassalam ~ IBM

Thursday, March 12, 2015

RAKYAT MALAYSIA MAHU AHLI POLITIK VETERAN BERUNDUR?

KHAMIS, 12 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 
TINJUAN dan kajian telah dibuat walaupun ianya tiidaklah beberapa tepat atau soheh, rakyat Malaysia yang ditanya mengenai kepimpinan masa hadapan mahukan pemimpin veteran daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk berundur dan memberikan laluan kepada golongan muda dalam parti masing-masing. Dalam satu tinjauan oleh Merdeka Center yang ditaja oleh sebuah portal pembangkang, mendapati, 62.6% daripada 1,008 responden bersetuju Anwar Ibrahim perlu berundur dan memberi laluan kepada pemimpin muda menerajui parti. 58.3% pengundi Malaysia juga mahukan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meletak jawatan diikuti Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak  (49.7%), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (46.6%) dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin (42.5%). Sentimen umum adalah kesemua mereka harus berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin muda. Hanya penyokong tegar yang mahu personaliti ini kekal, kata Pengarah Merdeka Center. 

Menurut pengarah tersebut, kebanyakan pengundi muda mahu pemimpin lebih muda kerana pemimpin veteran dikaitkan dengan pertelingkahan dan kritikan dalaman tanpa sebarang penyelesaian, katanya yang memberikan contoh perdebatan isu hudud antara PAS dan DAP. Tinjauan itu juga menunjukkan Anwar yang reputasinya tercalar akibat sabitan dua kes liwat merupakan paling tidak popular di kalangan orang Melayu dengan 71.2% mahukan beliau berundur dibandingkan responden kaum Cina 50.3% dan India 48.1%. Lim hanya kurang sedikit popular berbanding Anwar di kalangan responden Melayu dengan 68.7% bersetuju beliau patut berundur berbanding 45.4% responden Cina dan 35.3% responden India. Pengarah itu berkata ketika rakyat berasa simpati kepadanya, mereka berasakan pada usia 67 tahun, Anwar patut berundur dan memberi laluan kepada pemimpin muda untuk membawa PKR kepada kejayaan lebih tinggi. Anwar seorang tokoh yang menjadi punca pecah-belah kerana selama bertahun-tahun beliau dikritik kerana tindakannya dan diserang di dalam media selama berdekad. 

Disebabkan itu, ramai orang sama ada menyukainya atau membencinya, katapengarah tersebut. Ramai orang yang kenal dan menyokongnya ialah yang terlibat dalam demonstrasi reformasi dahulu. Selain itu, ramai pengundi muda pada hari ini tidak begitu mengenali Anwar, terutamanya sumbangan ketua umum PKR itu semasa berada dalam kerajaan dan mungkin tidak mempunyai kesedaran politik, katanya. Sementara Lim merupakan ahli politik yang berkhidmat paling lama di Malaysia. Beliau dipilih menjadi setiausaha organisasi DAP pada 1966 dan menjadi ahli Parlimen buat pertama kali pada 1969. Kajian itu mendapati ramai rakyat Malaysia mahukan Hadi kekal berbanding Lim dan Anwar kerana ahli Parlimen Marang itu menerima lebih sokongan daripada penyokong BN. Di kalangan penyokong PR, 52.5%, 51.3% dan 47% masing-masing mahukan Anwar, Hadi dan Lim berundur. Sementara itu, lebih daripada separuh penyokong BN mahu Najib (56.8%) dan Muhyiddin (59.2%) untuk kekal berkuasa. 

Di dalam BN, kesetiaan kukuh kepada pucuk pimpinan kerana mereka menerima habuan. Sebaliknya, pemimpin PR tidak mampu memberi lebih kepada penyokongnya, kata pengarah tersebut. Tetapi secara keseluruhan, kita dapat melihat pengundi beralih daripada melihat personaliti kepada penyampaian ahli politik ekonomi dan hubungan lebih baik, memberi harapan dan tidak berasa takut. Kajian yang dijalankan kepada 1,008 responden di kalangan pengundi itu menggunakan kaedah temu bual telefon yang berlangsung di antara 21 hingga 30 Januari 2015 berdasarkan kaedah sampel rawak berlapis merentasi etnik, jantina, umur dan kawasan Parlimen. Semua kawasan yang ditinjau dan pemilihan responden dilakukan secara berkadar mengikut populasi sesuatu kawasan Parlimen itu. Apapun, itu hanya kajian/tinjauan, tidak boleh di ambil pakai. Tapi, IBM berpendapat jika ditanya oleh Merdeka Center, yang patut berundur ialah veteran-veteran dari parti pembangkang. 

Mereka dah terlalu lama berpolitik dan memegang jawatan di dalam parti. Sumbangan mereka pun sudah terhad. Dah tua le katakan. Bagi parti kerajaan pula, pemimpin-pemimpin veteran di dalam Barisan Nasional (BN) di lihat masih mampu menyumbang dan memberi khidmat yang cemerlang. jadi, tidak timbul desakan atau paksaan supaya mereka berundur. Anda semua BAGAIMANA mana? Apa setuju dengan kajian yang telah dibuat oleh Merdeka Centre tu? Fikir-fikirkan kerana segala keputusan/gerak kerja, janji yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin kerajaan adalah untuk rakyat jelata, bukan satu keputusan yang mengikut emosi seperti yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Wassalam ~ IBM

JANGAN PANDANG RENDAH MARTABAT 'BANDUAN'.

KHAMIS, 12 MARCH 2015

DARI PENJARA BESI :
TAHNIAH! Tahniah sekali lagi kepada dua orang banduan yang menduduki pe­periksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di penjara tahun lalu berjaya mendapat 8A dalam keputusan yang diumumkan baru-baru ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain dua calon itu, masing-masing tiga orang banduan te­lah mendapat 7A dan 6A sementara lima orang mendapat 5A dalam SPM 2014. Selain itu, sebanyak 11 orang telah mendapat 4A, sepuluh orang mendapat 3A, 12 orang mendapat 2A dan 23 orang pula mendapat 1A. Secara keseluruhan, sebanyak 69 daripada 178 banduan telah mendapat sekurang-kurangnya 1A dalam SPM. Keadaan ini menunjukkan penjara bukan tempat menghukum semata-mata, tetapi tempat mendidik, katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. 

Ketika mengulas mengenai prestasi Jabatan Penjara, Ahmad Zahid sempat memesan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar supaya menjaga seorang ‘banduan baharu’ dengan baik. Beliau serah kepada Ketua Pe­ngarah, jagalah dia dengan elok-elok, katanya. Bagi IBM, jangan kita memandang rendah kepada 'martabat' seorang banduan. Ada hikmahnya apabila di penjarakan. Bergelar banduan tidak bermakna seseorang itu dipandang hina, malah, bagi IBM ada banduan yang benar-benar berjaya apabila mereka keluar dari penjara. Mereka betul-betul bertaubat dan berikrar tidak akan melakukan lagi kesalahan seperti yang lampau. Sekali lagi IBM ucapkan tahniah kepada 2 orang banduan yang berjaya di dalam SPM mereka. Bila keluar nanti, jadilah manusia yang baik dan ubat cara hidup yang lebih baik. Insyallah. Wassalam ~ IBM

RAKYAT TERTIPU, RAKYAT DAH 'MELUAT'. AZMIN DIBERI 'AMARAN'

KHAMIS, 12 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :


INILAH akibatnya apabila kepentingan peribadi dan 'politik' didahulukan. Kepentingan rakyat diabaikan. Segala janji-janji lama dilupakan. Itulah yang sedang dihadapi oleh rakyat negeri Selangor apabila kerajaan negeri yang di ketuai oleh Menteri Besarnya, Azmin Ali menidakkan 'hak rakyat'. Keputusan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk tidak meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air dengan Kerajaan Pusat ternyata mengecewakan rakyat khususnya di negeri itu (Selangor). Rata-rata mereka yang ditemui mengingatkan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali supaya tidak mengambil mudah isu berkenaan berikutan bekalan air bersih merupakan keperluan utama. Antara rungutan yang diterima menyatakan tidak sepatutnya Mohamed Azmin mempolitikkan isu berkenaan memandangkan kerajaan negeri sendiri dilihat gagal untuk menyediakan bekalan air bersih secukupnya kepada rakyat. 

Dengan nada yang amat kecewa, rata-rata mereka (rakyat) yang ditemui berkata, meskipun kerajaan negeri mempunyai pelan tindakan mengatasi kekurangan bekalan dengan mengepam air dari lombong-lombong, tahap keselamatan kandungan air menerusi kaedah sedemikian pernah dipertikaikan oleh pakar. Maka, kata mereka, janganlah perkara sebegini pun mahu dipolitikkan kerana air adalah keperluan asasi manusia. Menteri Besar seharusnya fikirkan kebajikan rakyat, itu lebih penting, kata salah seorang rakyat Selangor yang ditemu-ramah oleh pemberita Kelmarin. Beberapa hari yang lalu, Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri tidak akan meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air dengan Kerajaan Pusat atas alasan perjanjian tersebut telah dilanggar dan tidak dipatuhi. 

Itu alasan yang sengaja diada-adakan oleh Azmin, maka sekali lagi Azmin diingatkan supaya mengetepikan fahaman politik dan meletakkan keperluan rakyat sebagai keutamaan. Rungut mereka lagi, Mohamed Azmin perlu tahu kehendak rakyat, bukan membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan mereka. Kalau berfikir sebagai orang politik maka keputusan yang dibuat sudah pasti lebih menjurus kepada aspek politiking. Kalau dia (Mohamed Azmin) berpihak kepada kerajaan negeri, sudah pasti keputusannya mengambil kira suara rakyat, tegas mereka. Ramai pemerhati menyifatkan keputusan sedemikian hanya merugikan dan menyusahkan rakyat pada masa depan. Dan...masa depan politik Pakatan Rakyat di Selangor ini juga akan terjejas. Berkemungkinan merrka (rakyat) akan berbalik memberi sokongan kepada Barisan Nasioal (BN) pada PRU yang akan datang. Memang tak masuk akal dan sukar untuk rakyat menerima hakikat bekalan air tidak mencukupi sedangkan Malaysia mempunyai kadar taburan hujan yang agak tinggi. 

Tidak patut kerajaan negeri bertindak begitu. Sementara itu, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (tak payah sebut nama) memberitahu, beliau kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang akan menjejaskan projek Loji Rawatan Air Langat 2, seterusnya mengakibatkan krisis bekalan air yang pernah berlaku di Lembah Klang sebelum ini berulang. Katanya, keputusan berubah-ubah yang dibuat menunjukkan kerajaan negeri tidak serius menjaga kebajikan rakyat. Sepatutnya kerajaan negeri ada pendirian kukuh dalam aspek sebegini. Jangan sekejap jadi, lepas itu ubah fikiran. Ibarat cakap tak serupa bikin. Kesimpulanya, rakyat Selangor begitu marah, rakyat berasa dipermain-mainkan didalam isu air ini. Persoalanya, adakah Azmin memandang 'serius' akan rintihan dan 'amaran' yang rakyat Selangor berikan ini? Sama-sama kita tunggu apa riaksi dari Azmin. Lagi pun korang sendiri yang pilih kerajaan PR di Selangor ni kan? Hehehehe. Wassalam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...