Thursday, March 12, 2015

RAKYAT TERTIPU, RAKYAT DAH 'MELUAT'. AZMIN DIBERI 'AMARAN'

KHAMIS, 12 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :


INILAH akibatnya apabila kepentingan peribadi dan 'politik' didahulukan. Kepentingan rakyat diabaikan. Segala janji-janji lama dilupakan. Itulah yang sedang dihadapi oleh rakyat negeri Selangor apabila kerajaan negeri yang di ketuai oleh Menteri Besarnya, Azmin Ali menidakkan 'hak rakyat'. Keputusan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk tidak meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air dengan Kerajaan Pusat ternyata mengecewakan rakyat khususnya di negeri itu (Selangor). Rata-rata mereka yang ditemui mengingatkan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali supaya tidak mengambil mudah isu berkenaan berikutan bekalan air bersih merupakan keperluan utama. Antara rungutan yang diterima menyatakan tidak sepatutnya Mohamed Azmin mempolitikkan isu berkenaan memandangkan kerajaan negeri sendiri dilihat gagal untuk menyediakan bekalan air bersih secukupnya kepada rakyat. 

Dengan nada yang amat kecewa, rata-rata mereka (rakyat) yang ditemui berkata, meskipun kerajaan negeri mempunyai pelan tindakan mengatasi kekurangan bekalan dengan mengepam air dari lombong-lombong, tahap keselamatan kandungan air menerusi kaedah sedemikian pernah dipertikaikan oleh pakar. Maka, kata mereka, janganlah perkara sebegini pun mahu dipolitikkan kerana air adalah keperluan asasi manusia. Menteri Besar seharusnya fikirkan kebajikan rakyat, itu lebih penting, kata salah seorang rakyat Selangor yang ditemu-ramah oleh pemberita Kelmarin. Beberapa hari yang lalu, Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri tidak akan meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air dengan Kerajaan Pusat atas alasan perjanjian tersebut telah dilanggar dan tidak dipatuhi. 

Itu alasan yang sengaja diada-adakan oleh Azmin, maka sekali lagi Azmin diingatkan supaya mengetepikan fahaman politik dan meletakkan keperluan rakyat sebagai keutamaan. Rungut mereka lagi, Mohamed Azmin perlu tahu kehendak rakyat, bukan membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan mereka. Kalau berfikir sebagai orang politik maka keputusan yang dibuat sudah pasti lebih menjurus kepada aspek politiking. Kalau dia (Mohamed Azmin) berpihak kepada kerajaan negeri, sudah pasti keputusannya mengambil kira suara rakyat, tegas mereka. Ramai pemerhati menyifatkan keputusan sedemikian hanya merugikan dan menyusahkan rakyat pada masa depan. Dan...masa depan politik Pakatan Rakyat di Selangor ini juga akan terjejas. Berkemungkinan merrka (rakyat) akan berbalik memberi sokongan kepada Barisan Nasioal (BN) pada PRU yang akan datang. Memang tak masuk akal dan sukar untuk rakyat menerima hakikat bekalan air tidak mencukupi sedangkan Malaysia mempunyai kadar taburan hujan yang agak tinggi. 

Tidak patut kerajaan negeri bertindak begitu. Sementara itu, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (tak payah sebut nama) memberitahu, beliau kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang akan menjejaskan projek Loji Rawatan Air Langat 2, seterusnya mengakibatkan krisis bekalan air yang pernah berlaku di Lembah Klang sebelum ini berulang. Katanya, keputusan berubah-ubah yang dibuat menunjukkan kerajaan negeri tidak serius menjaga kebajikan rakyat. Sepatutnya kerajaan negeri ada pendirian kukuh dalam aspek sebegini. Jangan sekejap jadi, lepas itu ubah fikiran. Ibarat cakap tak serupa bikin. Kesimpulanya, rakyat Selangor begitu marah, rakyat berasa dipermain-mainkan didalam isu air ini. Persoalanya, adakah Azmin memandang 'serius' akan rintihan dan 'amaran' yang rakyat Selangor berikan ini? Sama-sama kita tunggu apa riaksi dari Azmin. Lagi pun korang sendiri yang pilih kerajaan PR di Selangor ni kan? Hehehehe. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...