Thursday, March 12, 2015

JANGAN PANDANG RENDAH MARTABAT 'BANDUAN'.

KHAMIS, 12 MARCH 2015

DARI PENJARA BESI :
TAHNIAH! Tahniah sekali lagi kepada dua orang banduan yang menduduki pe­periksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di penjara tahun lalu berjaya mendapat 8A dalam keputusan yang diumumkan baru-baru ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain dua calon itu, masing-masing tiga orang banduan te­lah mendapat 7A dan 6A sementara lima orang mendapat 5A dalam SPM 2014. Selain itu, sebanyak 11 orang telah mendapat 4A, sepuluh orang mendapat 3A, 12 orang mendapat 2A dan 23 orang pula mendapat 1A. Secara keseluruhan, sebanyak 69 daripada 178 banduan telah mendapat sekurang-kurangnya 1A dalam SPM. Keadaan ini menunjukkan penjara bukan tempat menghukum semata-mata, tetapi tempat mendidik, katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. 

Ketika mengulas mengenai prestasi Jabatan Penjara, Ahmad Zahid sempat memesan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar supaya menjaga seorang ‘banduan baharu’ dengan baik. Beliau serah kepada Ketua Pe­ngarah, jagalah dia dengan elok-elok, katanya. Bagi IBM, jangan kita memandang rendah kepada 'martabat' seorang banduan. Ada hikmahnya apabila di penjarakan. Bergelar banduan tidak bermakna seseorang itu dipandang hina, malah, bagi IBM ada banduan yang benar-benar berjaya apabila mereka keluar dari penjara. Mereka betul-betul bertaubat dan berikrar tidak akan melakukan lagi kesalahan seperti yang lampau. Sekali lagi IBM ucapkan tahniah kepada 2 orang banduan yang berjaya di dalam SPM mereka. Bila keluar nanti, jadilah manusia yang baik dan ubat cara hidup yang lebih baik. Insyallah. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...