Tuesday, December 1, 2015

NENEK KIPAS AKUI NAJIB 'TUNJANG' KEKUATAN UMNO

SELASA, 01 DISEMBER 2015
DENGAN kuasa yang ada pada 'kipas ajaib' ini, maka kita kan tumbangkan DS Najib dan kuncu-kuncunya dari UMNO dan Barisan Nasional (BN). Itulah angan-angan dan omong-omong kosong dari Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menjelaskan agenda pembangkang membangkitkan pelbagai isu ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan hanya untuk menjatuhkan pemimpin tertinggi UMNO tersebut. Beliau sebaliknya mengakui serangan ke atas Najib selama ini adalah agenda pembangkang PKR untuk memusnahkan UMNO sekali gus merampas kuasa pentadbiran negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) daripada Barisan Nasional (BN) Tinggi dan besar hajat si nenek kipas ini. 
Katanya lagi, agenda mereka bukan hanya untuk mengundurkan Najib seorang sahaja. Mereka mahu turunkan mereka semua, iaitu Barisan Nasional (BN). katanya dalam satu kenyataan yang IBM baca di Facebook rasmi beliau hari ini. Tidak hanya setakat itu, sumber yang IBM dapat, ramai pemimpin pembangkang terutama DAPigs sejak kebelakangan ini memujuk ahli dan ketua-ketua cawangan UMNO supaya menjalin kerjasama untuk menjatuhkan DS Najib dengan alasan kononnya untuk menyelamatkan Malaysia. Apapun, kita semua dapat lihat dengan  jelas kenapa serangan terhadap DS Najib bertali arus dan semuanya adalah tidak masuk akal. 
Rakyat Malaysia sendiri melihat betapa tenangnya DS Najib menghadapi situasi ini walaupun wujudnya serangan dari dalaman parti sendiri. Akhirnya Wan Azizah@Nenek Kipas selaku ketua pembangkang yang lemah mengakui tunjang kekuatan UMNO-BN ketika ini adalah pada DS Najib. Maka di situlah pemusatan serangan fitnah yang mereka lakukan. Dan, nenek Kipas tahu segala perancangan mereka untuk mengulingkan DS dan BN akan gagal. Pemangkang akan terus 'berputih mata' kerana rakyat berkata, pembangkang lagi teruk, lebih teruk dari kerajaan yang ada sekarang ini. Dari saya - IBM#PJUTETAPDIHATIKU.

Monday, November 30, 2015

MENANAH TELINGA SAIFUDDIN BILA DIBELASAH OLEH BUNG...

ISNIN, 30 N0VEMBER 2015


"Selamatkan UMNO Bukan Tinggalkan Parti".....

PADAN muka si Saifuddin tu. Kena kaw-kaw dengan Datuk Bung Mokhtar Radin. Menanah kot telinga beliau apabila Bung Mohktar menyelar Datuk Saifuddin Abdullah kerana menuduh UMNO kini sedang nazak dalam sejarah sejak penubuhan parti itu. Katanya, jika UMNO nazak, pemimpinnya perlu mencari jalan keluar untuk menyelamatkannya bukan meninggalkan parti seperti yang dilakukan Saifuddin yang menyertai PKR.  Seharusnya apa yang penting kalau parti kita nampak sudah nazak kita harus mencari jalan keluar untuk memperkuatkan parti kita semula dan bukan dengan cara meninggalkan parti seperti yang dilakukan oleh saudara Saifuddin, kata Bung Mokhtar lagi. 
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kinabatangan itu menafikan tuduhan Saifuddin itu bahawa UMNO sedang nazak di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, UMNO tidak nazak tetapi hanya perlu menukar strategi bagi menangkis segala tuduhan yang datang dari setiap penjuru. Dan.....Bung Mokhtar percaya bahawa UMNO juga tidak nazak cuma ketika ini UMNO diserang dari segenap penjuru luar dan dalam, sebab itu UMNO perlu menukar strategi dan cara mengendalikan isu. Dengan itu, beliau yakin UMNO masih sebuah parti yang relevan lagi dan masih disegani serta diperlukan lagi oleh orang Melayu dan Bumiputera yang làin, katanya.
Bung Mokhtar berkata, Umno ibarat seperti sebuah rumah tangga. Tidak ada parti politik di negara ini yang tidak mempunyai krisis cuma bergantung kepada kebijaksanaan kepimpinan untuk menyelesaikannya. Bagi Bung Mokhtar UMNO sebagai sebuah parti yang telah lama memerintah di dunia ini, sudah tentu ada banyak kelemahan nya. Dan inilah masanya UMNO harus bangkit memperbaiki kekurangan dan mengenepikan kelemahannya, katanya. Cuma orang-orang yang kecewa dan berkepentingan sahaja yang meninggalkan UMNO dan seterusnya melompat ke parti lain. UMNO tetap untuh dan relevan. Dari saya - IBM#PJUTETAPDIHATIKU.

Sunday, November 29, 2015

KERAJAAN BULI NURUL?? ALAHAI...MODAL LAPUK DARI PEMBANGKANG HARAM JADAH

AHAD, 29 NOVEMBER 2015
BILA kena kat batang hidung depa, depa kata Kerajaan buli depa. Bila depa buat perkara yang memalu dan memudaratkan negara, tak apa. Itulah perangai buruk pembangkang dulu, kini dan selama-lamanya. Kenyataan oleh pimpinan Wanita PKR yang diwakili oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, meminta agar kerajaan berhenti daripada membuli MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar adalah satu kenyataan yang amat-amat bodoh, tidak relevan dan memualkan.  Dan, kenyataan bodoh tersebut seolah-olah mahu mengajar kerajaan. Sebaliknya, merekalah yang patut memfokuskan kepada masalah yang lebih serius dan menumpukan kepada isu sebenar, bukan dengan membela si Nurul yang ingin mengambil kesempatan dan simpati rakyat bagi membabaskan bapanya, anwar Ibrahim dari penjara. Bagi IBM, tidak timbul isu 'buli membuli'. Persoalanya sekarang, siapa yang buli siapa?
Teresa Kok sebagai juru cakap pembangkang cuba menyentuh akan isu-isu besar negara. Antara isu-isu tersebut ialah skandal kewangan 1MDB, kelemahan ekonomi negara dan derma politik RM2.6 bilion yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Apa, pembangkang bersih sangat ke? Mereka tak ada isu-isu yang yang besar ke yang melibatkan negeri-negeri yang mereka perintah? Contohnya di Selangor. Kepada Teresa Kok dan pembangkang, eloklah cerminkan diri tu dulu. Betul, isu gambar Nurul dan Jackel anak kepada si pembunuh rakyat Sabah adalah isu yang remeh-temeh dari kaca mata pembangkang. Tapi, bagaimana perasaan daripada keluarga mangsa yang terlibat? Bagai IBM, perbuatan Nurul itu merosakan nama dan imej negara. Dan...Nurul layak di gelar 'pengkhianat negara'.
Sementara itu, menurut sumber, Nurul Izzah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang didakwa mengaitkan beliau dengan perbuatan khianat kepada negara ekoran pertemuannya dengan Puteri Sulu Jacel Kiram. Gambar pertemuan Nurul Izzah itu tersebar selepas Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau. Dah buat salah, nak saman orang pulak. Memang si Nurul ni dari gulungan keluarga yang songsang. Dari saya - IBM#PJUTETAPDIHATIKU.

Saturday, November 28, 2015

SEBULAN DUA LAGI NAJIB AKAN JATUH??

SABTU, 28 NOVEMBER 2015

Sembilan Ketua Cawangan UMNO Berdepan Tindakan Displin......

INILAH akibatnya kalau berani 'bermain api', akhirnya terbakar tangan sendiri. Akibat terlalu lantang dan ingin mencari kebenaran yang belum tentu jelas, sembilan ketua Cawangan Umno Telok Kemang akan dihadapkan ke tribunal disiplin parti itu kerana membuat desakan secara terbuka supaya Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Presiden UMNO baru-baru ini. 9 orang di kalangan mereka yang membuat sidang media di Telok Kemang baru-baru ini, telah menerima surat tindakan tatatertib, kata sumber melalui seorang jurucakap yang juga Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman dalam sidang media "Perjuangan Mendemokrasikan Umno" di Puchong.
Akibat tindakkan ke 9 mereka-mereka itu, menurut Kamarul, akan dihadapkan ke tribunal disiplin parti itu Rabu depan. Ekoran dari desakan mereka-mereka itu, kepimpinan tertinggi UMNO (MT) yakin desakan seumpama itu tidak memberi kesan kepada kedudukan DS Najib sebagai Presiden parti. Apapun, Kamarul sempat mencelah dan memberitahu pemberita, kalau tak berkesan mengapa mereka dikenakan tindakan?  Malah, ujar Kamarul, pihaknya sedang mengatur beberapa tindakan susulan bagi terus mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan. Menurut Kamarul lagi, mereka datang hari ini untuk rangka gerak kerja lebih menyeluruh, agar dapat bergerak ke tiap-tiap negeri, katanya.
Dengan penuh yakin Kamarul memberitahu pada asalnya 34 cawangan telah membuat desakan tersebut namun mengikut perkiraan beliau jumlahnya telah menjangkau 800 hingga 1,000 ketua Cawangan Umno yang sudah menyertai mereka. Maka, katanya ia ambil masa sebulan dua lagi dan mereka akan buktikan bahawa mereka ada kuasa untuk jatuhkan Presiden UMNO (DS Najib), katanya. Gabungan Ketua Umno Cawangan Malaysia juga mendakwa bahawa mereka mewakili kira-kira 200 Cawangan Umno setelah mengadakan pertemuan tertutup bagi mendesak Presiden parti itu, iaitu DS Najib meletakkan jawatan selepas kecewa dengan Presiden parti itu.
Soalan IBM kepada mereka. Apa perkara yang sebenar-benarnya yang membuat mereka-mereka ini (Ketua-ketua Cawangan) mendesak DS Najib supaya meletakkan jawatan? Ada agenda tersirat? atau ada dalang yang mempengaruhi mereka supaya UMNO berpecah? Dan.....bagaimana sekiranya mereka-mereka itu gagal menjatuhkan DS Najib dalam tempuh sebulan dua lagi seperti apa yang mereka war-warkan? Seperkara lagi, kenapa Ketua-Ketua Cawangan ini membuat liputan secara terbuka dan mendedahkan kepada portal pembangkang, iaitu portal penfitnah no 1 negara, Malaysiakini? Ada masukkkkk ke? Lu orang fikirlah sendiri. Dari saya - IBM#PJUTETAP DIHATIKU.

Friday, November 27, 2015

RAHSIA TERBONGKAR! RUPANYA MAMAK MAHATHIR MAHU PEMBANGKANG MEMERINTAH NEGARA

JUMAAT, 27 NOVEMBER 2015
Negara Demokrasi Perlu Kekuatan Pembangkang Sebagai Alternatif - Mamak Mahathir


KINI jelas dan terbukti bahawa agenda politik bekas Perdana Menteri Mamak Mahathir yang dilihat saban hari menyerang kerajaan mahu pembangkang menerajui negara. Katanya, bahawa tiada satu pihak yang boleh memerintah selama-lamanya dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Menurut kata Mamak nyanyuk ni lagi demokrasi yang baik adalah melalui sistem dua parti di mana pembangkang cukup kuat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dan menawarkan alternatif kepada rakyat. “Cara terbaik untuk negara demokrasi adalah mempunyai dua parti politik kerana ia akan memastikan salah satu daripadanya memiliki kemenangan majoriti untuk membentuk kerajaan. “Kalau pembangkang lemah ia tidak akan berkesan dalam memastikan kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa. 
Bagi urus tadbir kerajaan yang baik pembangkang mesti sangat kuat dan mampu menawarkan alternatif…Tiada pihak harus memerintah selama-lamanya, Ucapan beliau dirakamkan oleh sumber di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2015. Tambahnya lagi, demokrasi juga tidak akan berjaya sekiranya sesebuah negara itu tidak memahami konsep sistem itu dengan baik. Mereka mesti memahami demokrasi itu tidak sempurna, dan ia hanya akan berjaya sekiranya mereka mengetahui had penggunaan sistem itu agar ia sempurna digunakan,” katanya. Beliau bagaimanapun akui tidak mensasarkan mesej itu kepada mana-mana pihak (pemerintah) tetapi hanya berkongsi maklumat negara demokrasi secara umum. 
Bukan itu sahaja, mamak Mahathir juga kononnya membela hak rakyat menggunakan protes jalanan sebagai satu cara untuk membantah sekiranya sesebuah kerajaan itu berlaku tidak adil. Jika semua gagal, protes jalanan boleh diambil sebagai jalan keluar,” jelasnya. Maka, disini bolehlah kita mengambil kesimpulan bahawa si tua nyanyuk ini memang mahu pembangkang menerajui negara kerana pembangkang dilihat sekarang ini semakin kuat. Dulu semasa dia menjadi PM, kalau boleh dia mahu bunuh habis pembangkang. Kalau boleh tidak ada pembangkang di negara ini. Kini, nada suaranya sudah berubah, gara-gara bencikan pemimpin UMNO sekarang ini. Benci kerana si mamk ini gagal mengulingkan DS Najib. Mungkinkah beliau akan bersama-sama pembangkang sekiranya pembangkang menjadi pemerintah di PRU ke-14 nanti?? Mimpi disiang hari kot si Mamak Mahathir ni. Dari saya - IBM#PJUTETAPDIHATIKU.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...