
Katanya lagi, agenda mereka bukan hanya untuk mengundurkan Najib seorang sahaja. Mereka mahu turunkan mereka semua, iaitu Barisan Nasional (BN). katanya dalam satu kenyataan yang IBM baca di Facebook rasmi beliau hari ini. Tidak hanya setakat itu, sumber yang IBM dapat, ramai pemimpin pembangkang terutama DAPigs sejak kebelakangan ini memujuk ahli dan ketua-ketua cawangan UMNO supaya menjalin kerjasama untuk menjatuhkan DS Najib dengan alasan kononnya untuk menyelamatkan Malaysia. Apapun, kita semua dapat lihat dengan jelas kenapa serangan terhadap DS Najib bertali arus dan semuanya adalah tidak masuk akal.
Rakyat Malaysia sendiri melihat betapa tenangnya DS Najib menghadapi situasi ini walaupun wujudnya serangan dari dalaman parti sendiri. Akhirnya Wan Azizah@Nenek Kipas selaku ketua pembangkang yang lemah mengakui tunjang kekuatan UMNO-BN ketika ini adalah pada DS Najib. Maka di situlah pemusatan serangan fitnah yang mereka lakukan. Dan, nenek Kipas tahu segala perancangan mereka untuk mengulingkan DS dan BN akan gagal. Pemangkang akan terus 'berputih mata' kerana rakyat berkata, pembangkang lagi teruk, lebih teruk dari kerajaan yang ada sekarang ini. Dari saya - IBM#PJUTETAPDIHATIKU.