Monday, November 30, 2015

MENANAH TELINGA SAIFUDDIN BILA DIBELASAH OLEH BUNG...

ISNIN, 30 N0VEMBER 2015


"Selamatkan UMNO Bukan Tinggalkan Parti".....

PADAN muka si Saifuddin tu. Kena kaw-kaw dengan Datuk Bung Mokhtar Radin. Menanah kot telinga beliau apabila Bung Mohktar menyelar Datuk Saifuddin Abdullah kerana menuduh UMNO kini sedang nazak dalam sejarah sejak penubuhan parti itu. Katanya, jika UMNO nazak, pemimpinnya perlu mencari jalan keluar untuk menyelamatkannya bukan meninggalkan parti seperti yang dilakukan Saifuddin yang menyertai PKR.  Seharusnya apa yang penting kalau parti kita nampak sudah nazak kita harus mencari jalan keluar untuk memperkuatkan parti kita semula dan bukan dengan cara meninggalkan parti seperti yang dilakukan oleh saudara Saifuddin, kata Bung Mokhtar lagi. 
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kinabatangan itu menafikan tuduhan Saifuddin itu bahawa UMNO sedang nazak di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, UMNO tidak nazak tetapi hanya perlu menukar strategi bagi menangkis segala tuduhan yang datang dari setiap penjuru. Dan.....Bung Mokhtar percaya bahawa UMNO juga tidak nazak cuma ketika ini UMNO diserang dari segenap penjuru luar dan dalam, sebab itu UMNO perlu menukar strategi dan cara mengendalikan isu. Dengan itu, beliau yakin UMNO masih sebuah parti yang relevan lagi dan masih disegani serta diperlukan lagi oleh orang Melayu dan Bumiputera yang làin, katanya.
Bung Mokhtar berkata, Umno ibarat seperti sebuah rumah tangga. Tidak ada parti politik di negara ini yang tidak mempunyai krisis cuma bergantung kepada kebijaksanaan kepimpinan untuk menyelesaikannya. Bagi Bung Mokhtar UMNO sebagai sebuah parti yang telah lama memerintah di dunia ini, sudah tentu ada banyak kelemahan nya. Dan inilah masanya UMNO harus bangkit memperbaiki kekurangan dan mengenepikan kelemahannya, katanya. Cuma orang-orang yang kecewa dan berkepentingan sahaja yang meninggalkan UMNO dan seterusnya melompat ke parti lain. UMNO tetap untuh dan relevan. Dari saya - IBM#PJUTETAPDIHATIKU.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...