Friday, November 14, 2014

IMEJ PKR, PAS TERJEJAS TERUK, DAP KEKAL EKORAN KEMLUT MB SELANGOR, KATA KAJIAN...BOLEH PAKAI KE KAJIAN NI??

JUMAAT, 14 NOV 2014
IMEJ PKR dan PAS paling teruk terjejas ekoran kemelut Menteri Besar Selangor baru-baru ini, berbanding DAP yang boleh dikira tidak terkesan dengannya, kata kajian oleh Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel). Penemuan itu didedahkan Pengarah UMcedel, Dr Amir Saifude Ghazali berdasarkan satu kaji selidik yang dibuat selepas menteri besar baru Selangor Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah bagi jawatan itu September lalu. Kajian itu mendapati pengundi dari semua kaum di negeri paling maju di Malaysia itu bersetuju PKR dan PAS paling teruk terjejas dengan data yang menunjukkan PKR lebih teruk berbanding parti Islam itu.Dalam kaji selidik itu, 52% pengundi Melayu di Selangor bersetuju kemelut MB Selangor itu menghakis sokongan PKR, dan hanya 25% di kalangan mereka mengatakan tidak terjejas. Di kalangan pengundi Cina pula, 46% menyatakan PKR terjejas ekoran kemelut itu, manakala 45% pengundi India mengatakan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu paling terhakis sokongan. Walaupun terjejas teruk, pertelingkahan dalam PKR mula reda dengan selesainya pelantikan Azmin sebagai menteri besar. 
Parti kedua terjejas adalah PAS apabila 42% pengundi Melayu berkata 'ya' kepada kenyataan itu, manakala hanya 33% mengatakan PAS tidak terjejas. 43% pengundi Cina berkata PAS terjejas dan 41% India juga berpendapat sedemikian. Walaupun tidak seteruk PKR, kemelut dalam PAS masih berterusan hingga kini. Namun ia dikatakan mula reda apabila pihak-pihak yang berbeza pendapat bertemu dalam retreat yang diadakan hujung minggu lalu di Kuala Selangor. DAP pula adalah pihak yang paling sedikit terjejas dengan kemelut itu walaupun turut bersama dalam Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor. Hanya 34% orang Melayu sahaja menyatakan DAP terjejas, manakala 32% mengatakan DAP tidak terjejas. Begitu juga di kalangan pengundi Cina apabila 28% sahaja mengatakan DAP terjejas, sedangkan 38% mengatakan tidak. Majoriti masyarakat India juga mengatakan DAP tidak terjejas dengan kemelut itu, dengan hanya 26% mengatakan terjejas manakala 38% mengatakan tidak. Kajian itu mengatakan BN tidak terjejas langsung dengan kemelut itu, bahkan mendapat tambahan sokongan. Amir, pengarah baru UMcedel itu memberitahu perkara ini dalam satu perbincangan di Kuala Lumpur malam kelmarin. 
Beliau menggantikan Profesor Datuk Dr Redzuan Othman mulai April lalu yang menimbulkan kekecohan di universiti tertua di Malaysia itu. Namun kajian UMcedel itu juga mendapati rakyat Selangor tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai parti pilihan mereka dan menolak Umno. Bahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) di Selangor melonjak kepada 43% selepas kemelut itu selesai, selepas jatuh teruk lima bulan lalu, sebahagian besarnya kerana perbalahan dalaman gabungan pembangkang itu. Sokongan untuk Barisan Nasional (BN) pula turun 5% daripada 25% Mei lalu, kata kaji selidik itu. Walaupun rakyat masih sokong Pakatan, mereka tidak boleh merasa selesa dengan kedudukan itu sekarang, kata Amir dalam pembentangan itu. Apapun, IBM berpendapat itu hanyalah satu kajian, bukan realiti sebenar. Oleh itu, ianya membuat Barisan Nasional (BN) akan berkerja lebih keras bagi mempastikan Selangor akan kembali ke tangan BN pada PRU ke-14 nanti. BN tidak mahu kecewa lagi. 
Setelah 2 penggal kita kecundang, maka, ianya mesti di terjemahkan pada PRU ke-14 nanti. BN tidak lagi boleh berpeluk tubuh, yakin, dan angkuh. BN terpaksa memperkaui bahawa BN adalah 'pembangkang' di negeri Selangor ini, bukan berlagak seolah-olah kita (BN) masih menjadi kerajaan. Jangan bermimpi di siang hari. Apa yang perlu BN buat daripada kajian yang telah di buat oleh UMcedel, mula kan kerja, jangan menyunding jari sesama kita, kuat dan rapatkan barisan dan yang paling penting ialah dekatkan diri dengan generasi 'Y' yang akan menjadi penentu pada PRU ke-14 nanti. Mereka adalah pengundi-pengundi muda yang berdaftar yang mana mirip mereka menjurus kepada pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR). Bagaimana pun bukan semua yang berkeadaan bagitu, masih ada yang berterus-terang dan berikrar menyokong kerajaan BN. Mudah-mudahan. Insyallah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...