SEPERTI ada yang tak kena bila DS Noh Omar membuat statement yang mana amat sukar ahli-ahli Umno di Selangor ni nak terima. Ramai yang menyuarkan supaya DS Noh Omar lepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Cukupalah sekadar jadi wakil rakyat yang mewakli Parlimen Tanjung Karang. Mereka mahu pemimpin yang baru untuk menerajui kepimpinan Umno negeri Selangor. Tapi...bagi Noh, walaupun menerima kritikan hebat kerana gagal menawan kembali Selangor selepas kalah dua kali dalam pilihan raya umum, Datuk Seri Noh Omar berkata presiden Umno mahu beliau terus memimpin parti di negeri terkaya Malaysia itu. Noh berkata, keputusan untuk terus mengekalkannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor diputuskan dalam pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak Selasa lalu. Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, meskipun ketika perjumpaan tersebut beliau menyatakan kesediaan untuk berundur, tetapi Najib menolaknya. Ehhh...betul ke tu. Katanya, beliau berjumpa dengan Najib pada 18 November lalu kira-kira 20 hingga 30 minit, hanya beliau denganDS Najib saja.
Katanya lagi, meskipun beliau terbuka dengan menyatakan tidak ada halangan untuk tukar pucuk kepimpinan tetapi Presiden Umno mahu beliau pimpin Selangor sekali gus meneruskan mandat menjadi pengerusi perhubungan Umno negeri, katanya pada sidang media selepas program Sunathon di Tanjung Karang, Kuala Selangor hari ini. Noh berkata, meskipun Najib mahu beliau kekal dengan jawatannya, Najib mahu Umno Selangor melakukan beberapa penambahbaikan. Kepimpinan Umno Selangor sebelum ini dikritik bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu ia dirombak semula selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013. Noh berkata, garis panduan penambahbaikan termasuk melakukan gerak kerja lebih agresif, turun padang selain meningkatan bilangan ahli dan pengundi BN termasuk menyasarkan golongan muda. Dr Mahathir dalam kritikannya sebelum ini juga mahu Umno Selangor menumpukan kepada generasi muda yang tergolong dalam kumpulan Gen-Y memandangkan pada pilihan raya umum akan datang, 2.5 juta anak muda akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
Gen-Y tidak berminat dengan Umno. Mereka, terutama yang terpelajar di Barat, sudah menerap budaya dan nilai hidup Barat. Ramai daripada mereka, penghargaan terhadap parti dan pemerintah yang memberi peluang kepada mereka mendapat pelajaran dan berjaya dalam kehidupan mereka, tidak ada, katanya yang dimuat naik di laman blognya. Katanya, generasi tersebut akan menganggap sebagai 'mengungkit' sekiranya jasa Umno disebut atau diperingatkan kepada mereka. Bagaimanapun, Noh menepis dakwaan bekas Perdana Menteri itu dengan menyatakan Umno Selangor antara yang menyahut transformasi dengan menampilkan muka baru ketika pemilihan tahun lalu. Selangor dalam pemilihan ketua Umno lalu, ada 22 bahagian dan 21 daripadanya semua bertanding, 21 bertanding 12 muka baru iaitu ketua bahagian, ia bermakna separuh yang ada sekarang ini adalah muka baru. Begitu juga wanita, semua bertanding 22, dengan 9 muka baru, Pemuda lagi ramai 22, dengan 19 daripadanya muka baru dan Puteri 17 muka baru, katanya.
Sehubungan itu, katanya, tuduhan menyatakan Umno menyekat kemunculan pemimpin muka baru adalah tidak berasas sama sekali. Tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali, kalau betul jadi bagaimana ada pertandingan untuk semua bahagian, saya pun ada yang mencabar. Tapi kalau nak jadi pemimpin dalam Umno, ada perlembagaan dan kita ikut perlembagaan itu, iaitu dengan pelatikan diundi perwakilan, katanya. Ditanya adakah Umno Selangor merancang mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir bagi menjelaskan isu tersebut, beliau tidak menolak rancangan itu. Mungkin kita akan buat begitu, kita pun selalu berjumpa Dr Mahathir, jadi kita tengoklah nanti, katanya. Entahlah....bagi IBM sukar nak dipercaya kata-kata si Noh ni. Tak tahulah dengan yang lain-lain terutamanya ahli-ahli Umno di seluruh Selangor. Tukar atau tidak?....tepuk dada tanya diri kita sendiri jika mahu rampas kembali Selangor dari Pakatan. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM