Tuesday, November 11, 2014

KIDEX ANTARA PENYEBAB RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP PAKATAN RAKYAT (PR) PADA PRU AKAN DATANG?

SELASA, 11 NOV 2014
ATAS kertas, projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) boleh menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) di salah satu kawasan kubu kuatnya sekiranya lebuh raya bertingkat itu dibina. Walaupun kehilangan sokongan itu tidak akan membuatkan PR kehilangan Selangor, yang akan lebih terjejas ialah kewibawaan dan janjinya yang ia menawarkan sesuatu yang berbeza kepada rakyat, tidak seperti Barisan Nasional (BN). Kerana itulah majoriti pemimpin PR di Petaling Jaya menentang pembinaan lebuh raya itu walaupun ramai antara mereka memenangi puluhan ribu undi di kawasan mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Bagi mereka, Kidex ialah ujian sebenar terhadap komitmen mereka melaksanakan cita-cita PR yang unggul walaupun sekiranya mereka menentang kerajaan negeri mereka. Projek lebuh raya bernilai RM2.42 bilion itu merentasi dua kawasan Parlimen - Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan - yang mempunyai kesemuanya 4 kerusi dewan undangan negeri (DUN). 

Pada 2013, rakyat kawasan ini yang tinggi kesedaran politik mereka memilih Tony Pua (gambar kanan) dan Hee Loy Sian (gambar bawah sekali) sebagai wakil rakyat mereka dengan majoriti besar, masing-masing dengan 44,000 dan 19,000 undi. Sementara 4 ahli DUN di Damansara Utama, Kampung Tunku, Bukit Gasing dan Taman Medan menang dengan majoriti undi antara 3,000 dan 30,000. Kemarahan terhadap projek itu, yang dipercayai akan menyumbang kepada kesesakan jalan raya yang lebih teruk dan membahayakan kanak-kanak sekolah dan pejalan kaki, lebih banyak ditujukan kepada PR. Walaupun Kidex dimulakan kerajaan persekutuan di bawah BN, penduduk marah kerajaan negeri PR kerana membenarkan ia diteruskan walaupun sedar ia akan lebih memburukkan keadaan di kejiranan yang sememangnya padat itu. Malah, banyak kata-kata menyakitkan hati yang dilemparkan kepada PR berbunyi seperti mereka terasa dikhianati dan 'dijual' oleh pemimpin politik yang mereka sangat percayai selama ini. 

Di mana pendirian kerajaan negeri Selangor dalam memegang janji pilihan raya mereka seperti yang tercatat di dalam manifesto PRU13? tanya Selve Sugumaran Perumal dari kumpulan anti-Kidex Say-No-to-Kidex. Tiada tol dan tiada projek untuk kroni. Platform 'demi rakyat' itu nampaknya hanya cakap-cakap kosong untuk menang undi dalam usaha mereka mendapatkan Putrajaya. Saya berani katakan sekiranya Kidex Skyway itu dibina juga akhirnya, PR akan kalah dalam pilihan raya akan datang dan tidak akan dapat mentadbir Selangor lagi kerana rakyat tidak akan maafkan PR, tulisnya dalam satu surat baru-baru ini. Menurut pakar pilihan raya, Ibrahim Suffian, isu kerajaan tempatan seperti projek lebuh raya yang tidak popular boleh memberi kesan kepada sokongan terhadap sesebuah kerajaan negeri dan wakil rakyatnya. Ia akan membuatkan sesetengah orang berpaling daripada PR. 

Tetapi, jumlah itu agak kecil dan hanya terhad kepada mereka yang terjejas secara langsung oleh projek itu, katanya yang merupakan ketua eksekutif Merdeka Center. Melainkan jika isu berkisar Kidex boleh merebak kepada sesuatu yang lebih besar dan melibatkan lebih ramai pengundi dari mereka yang tinggal di kawasan itu, Ibrahim merasakan ia tidak akan menyebabkan PR kehilangan negeri itu. Walaupun sekiranya ia kalah di semua kerusi Parlimen dan DUN yang terlibat dengan Kidex, ia tetap akan menang majoriti daripada 56 kerusi DUN itu, katanya. Sekiranya PR mengekalkan kemenangannya di kerusi lain, ia masih ada 39 kerusi. Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar atas kanan) enggan mengulas apabila ditanya pendirian BN mengenai Kidex. Bagaimanapun, Adun PR seperti Rajiv Rishayakaran tidak mahu sekadar berpuas hati dengan perkara itu. Adun Bukit Gasing itu, bersama rakannya yang lain seperti Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin dan Lau Weng San, terang-terangan menentang Kidex. Mereka membuat pelbagai kenyataan membantah dakwaan pemaju Kidex akan mengurangkan kesesakan jalan raya dan memendekkan waktu perjalanan. 


Ahli majlis kerajaan tempatan kami juga berjaya menghalang (pemaju) Kidex Sdn Bhd daripada bermula, Rajiv berkata kepada The Malaysian Insider. Ini kerana Kidex Sdn Bhd masih belum menyerahkan semua dokumen yang diperlukan serta laporan penilaian projek itu untuk dikaji majlis kerajaan tempatan Petaling Jaya bagi menentukan sama ada ia boleh diluluskan atau tidak. Pengkritik kami berh ak marah dengan kami tetapi sekiranya Selangor ditadbir BN, projek itu tentu sudah dimulakan walaupun dibantah rakyat, katanya. Hee sedang dalam proses mengatur pertemuan antara Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dengan peniaga di kawasannya bagi menegakkan kes mereka kenapa Kidex tidak baik untuk Petaling Jaya. Beliau diberitahu mereka mungkin boleh hilang sokongan kerana projek ini. Jadi, beliau bimbang, walaupun mungkin hanya 10% saja yang hilang, katanya. Seorang lagi pemimpin PR Selangor yang tidak mahu dikenali berkata, PR tetap bimbang dengan kesan negatif daripada segi politik akibat Kidex walaupun Selangor buat masa ini merupakan kubu kuat pakatan itu. Kita tidak boleh sekadar berpuas hati dengan perkara seperti ini. 

Lihat saja MCA. Mereka sebelum ini mendapat sokongan kuat kawasan ini, tetapi akhirnya merosot. Lihat di mana mereka sekarang, katanya. Pada 2004, MCA mempunyai 13 Adun di Selangor. Sembilan tahun kemudian, ia hilang semua kerusi itu. Seorang lagi Adun PR, Charles Santiago berkata, isu Kidex bukan saja mengenai satu projek yang melibatkan banyak kejiranan, tetapi tentang visi PR bagi masa depan Selangor yang mendapat kepercayaan lebih ramai rakyat. Dalam manifesto pilihan raya Selangornya tahun lepas, PR berjanji memperbaiki pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan sekitar bandar seperti Petaling Jaya dan membuatkannya secara keseluruhannya, tempat yang selesa didiami. Kidex, kata Santiago, akan menimbulkan keraguan sama ada masa depan sebegitu boleh dicapai memandangkan ia akan menyaksikan satu lagi lebuh raya bertol dibina, dan bukannya laluan keretapi atau lebih banyak bas. Kalau bina lebih banyak lebuh raya, kereta akan lebih bertambah, dan lebih banyak kereta akan menyebabkan jalan lebih sesak, katanya. Hee berkata, peniaga yang menentang Kidex mungkin boleh menerima laluan MRT atau LRT di jajaran yang sama, walaupun mereka terpaksa menanggung kesesakan sepanjang tapak pembinaan. 


Atas kertas, PR masih boleh memenangi Selangor walaupun Kidex diteruskan. Tetapi, realitinya ialah, sekiranya PR tidak boleh mempertahankan visinya untuk Selangor, yang ia katakan merupakan model kerajaan persekutuan masa depan di bawah PR, bagaimana ia boleh meyakinkan rakyat Malaysia mempercayai visi mereka. Jadi, dalam isu yang agak panas juga, pemimpin-pemimpin PR semasa mereka bertelikah untuk membuat keputusan samada projek Kidex ini harus di teruskan atau di batalkan sahaja. Sekiranya di teruskan, PR rugi dari segi politik dan sekiranya dibatalkan, mereka (PR) akan kerugian wang poket mereka. Maka, ianya bolehlah diibaratkan 'bola lambung' yang tanggung di beri oleh PR. Jadi, tidakkah BN/UMNO di Selangor ini mempunyai formula bagaimana nak melibas atas merembat 'bola lambung' yang di hadiahkan oleh PR sendiri? Faham-faham le ye dan fikir-fikirkan wahai pemimpin-pemimpin BN/UMNO Selangor. Jangan tido lagi. Peluang telah terbuka luas. Bila lagi nak gunakan kesempatan yang ada ini? Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...