Wednesday, November 19, 2014

BANGSAT! WAJAH DS NAJIB DISUNTING MENYERUPAI SAMI HINDU?...DAH LEBIH NI........

RABU, 19 NOV 2014
INI dah lebih. Memang mereka-mereka yang terbabit mencabar dan ingin mencari pasal. Apa tidaknya. Gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah disunting menyerupai sami Hindu, telah membangkitkan kemarahan NGO Melayu, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). Bagi IBM, bukan MJMM sahaja yang harus membuat laporan polis, malah NGO-NGO yang lain dan kita juga rakyat Malaysia yang cintakan kemakmuran harus tampil membuat laporan kerana ianya memang sudah melampau dan tidak bertanggung jawab. Maka, sudah semestinya laporan polis  dibuat. Semalam MJMM telah membuat laporan polis terhadap Facebook  'Bolehland' yang menyiarkan gambar tersebut. Memang bangsat dan haram jadahlah orang yang membuat gambar tersebut. Kalau dapat, hai, tak tahu apa nak kata lagi.

Gambar itu telah disunting dengan wajah Najib ditindih-imej pada tubuh seorang sami Hindu. Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata ini adalah satu tindakan penghinaan terhadap pemimpin negara dan menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan segera. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku di negara kita yang berbilang kaum dan negara majmuk. Hina-menghina diantara kaum bukanlah budaya kita. Ini sudah tentu ada pihak yang ingin membuat provokasi dan mempunyai agenda tersendiri. Maka, pihak yang berwajib, tolong hentikan semua ini. Cari mereka yang bertanggung jawab sampai dapat. Jangan perisitiwa hitam berlaku lagi di negara kita yang tercinta ini. Kenapa harus di hitamkan kerharmonian yang terdapat di negara ini dengan melakukan perkara yang sedemikian? Untuk apa? Sama-sama kita fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...