Friday, February 3, 2012

Perlawanan Berdarah....

Peminat bola sepak berasak-asak ketika menyelamatkan diri setelah penyokong bola sepak bertindak membakar tempat duduk di Stadium Port Said, kelmarin. Sebanyak 74 orang terbunuh dan kira-kira 1,000 lagi cedera apabila penyokong bola sepak bertempur sejurus selepas berakhirnya satu perlawanan bola sepak di stadium itu, malam kelmarin. 

SALAM untuk semua.
Apa sudah jadi dengan dunia bolasepak sekarang ni?. Kalau nak difikirkan, takut rasanya nak pergi menonton di Stadium-stadium kerana sikap peminat-peminat bolasepak sekarang ni agak pelik dan terlalu beremosi. Kesetian peminat-peminat pada pasukan kesayangan mereka melampau-lampau. Pasti akan jadi kecoh bila peminat-peminat kedua-dua pasukan, iaitu pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat, bukan peliwat ye...hehehe, bila mereka tidak dapat mengawal perasaan mereka.

Sudah pasti akan terjadi maki-memaki, baling objek seperti botol minuman dan juga membaling mercun ke arah lawan. Kenapa semua ini bola terjadi?. Kita nak tengok bola, bukan nak berperang atau bergaduh di Stadium. Pulak tu, harga tiket mahal. bila difikirkan, tak berbaloi langsung turun ke stadium. Tak pasal-pasal ada yang cedera. Tapi....alhamdulillah, perkara seperti yang IBM sebutkan tadi, bukannya selalu berlaku di negara kita ini.

Perkara ini berlaku di Mesir. Boleh di katogerikan Perlawanan bolasepak berdarah. Mengikut berita, 74 penyokong maut, 1,000 lagi cedera. Ianya berlaku apabila para penyokong bertindak masuk ke padang dan bertempur sejurus selepas berakhirnya satu perlawanan bola sepak di Mesir, semalam. Para peminat dah ahli politik menuduh tentera yang memerintah gagal mencegah insiden paling berdarah selepas Presiden, Hosni Mubarak disingkirkan pada Februari tahun lepas.

Mengikut laporan di sana, sekurang-kurangnya 1,000 lagi cedera dalam keganasan itu, selepas peminat bolasepak mencoroboh masuk ke padang di bandar pelabuhan Mediterranean, sekalipun pasukan tempatan, al-Masry menewaskan pasukan pelawat dari Kaherah, Al-ahll iaitu kelab paling berjaya di mesir. Penyokong kedua-dua pasukan masuk kepadang, sebaik saja perlawanan tamat dan bertindak menyerang satu sama lain, mencetuskan panik di kalangan penonton yang lain.

Yang menyedihkan tu, kebanyakan mangsa mati terpijak dalam rempuhan penonton yang tergesa-gesa hendak keluar dari stadium, semantara sebilangan lagi terjatuh atau tercampak dari tangga, kata saksi dan para pekerja kesihatan di sana. Aduh....kesiannya. Mati katak namanya tu. Tapi, bagi orang Pas, mungkin depa kata mati syahid, hehehehe.....

Memang..memang amat menyedihkan. harap-harap perkara ini mendapat pengajaran semua, terutamanya peminat-peminat bolasepak tempatan. Jangan bertindak liar. Kalau nak sokong pasukan anda, sokonglah degna penuh berhemah dan semangat kesukanan. Insyallah.

Sumber Berita : Utusan Online. Terima kasih. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
              _________________________________________________

HARI INI DALAM SEJARAH


O3 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

TABUNG KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ISYTIHARKAN FAEDAH SEBANYAK 5½ PERATUS
Pihak Kerajaan memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan tabung kepada pekerja demi masa depan pekerja. Salah satu daripada tabung yang terbesar di negara ini ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pada hari ini 3 Februari 1967, Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengisytiharkan faedah sebanyak 5½ peratus untuk simpanan tahun 1966. Faedah yang dimasukkan ke dalam akaun simpanan pekerja dianggarkan berjumlah sebanyak RM65 juta. Menurut Pengurus KWSP,  Encik Lee Siow Mong, jumlah yang terkumpul dalam tahun 1966 sebanyak RM137 juta iaitu pertambahan sebanyak RM11 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Manakala dari segi jumlah penyimpan pula seramai 1,600,000 pada tahun ini berbanding dengan 1,500,000 pada tahun 1965. Kadar faedah yang dikeluarkan oleh pihak KWSP pada tahun ini jika dibandingkan tahun-tahun selalunya adalah lebih baik, misalnya pada tahun 1963 sebanyak lima peratus sahaja. KWSP memainkan peranan yang penting bagi jaminan masa depan pekerja terutama untuk simpanan hari tua pekerja yang mencarum ke dalam skim ini. Selain daripada itu wang tersebut boleh juga dikeluarkan untuk keperluan yang penting kepada pencarum seperti untuk pembelian rumah dan merawat penyakit.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday, February 2, 2012

Harimau Malaya Baham Red Warriors!!

SEMBANG-SEMBANG BOLA : PERLAWANAN PERSAHABATAN

KAPTEN Harimau Malaya, Safiq Rahim (kanan) diasak oleh pemain Kelantan, Indra Putra Mahyuddin pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi

HARIMAU Malaya nyata bukan tandingan sebenar, Kelantan apabila menang mudah, 5-0 ke atas juara Liga Super itu dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. 

Lima gol skuad kendalian Datuk K Rajagobal terhasil menerusi Mohd Asrarudin Putra Omar pada minit ke-36, Shahurain Abu Samah (42), S Kunanlan (65), Abdul Hadi Yahya (78) dan Mohd Izuan Salahudin (90).

Skuad Harimau Malaya kini berkumpul dan berlatih sebagai persiapan awal untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF, November ini.

p/s : Apa sudah jadi dengan si red warriors ni?. Selalunya mereka akan turun dengan penuh semangat, tak kira friendly match ke apa ke. Mereka akan tetap berjuang habis-habisan. Ni, sampai kena 5 gol, apa citer?, atau mereka letih kot. Bagi Harimau Malaya, kenapa le ganas bebeno?..kalau nak baham tu, berpada-pada le sikit. Hehehehe. - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.
         ____________________________________________________

Nurul Izzah Akui 'PAPA' Anugay Kaki Putar Belit


ANAK mana yang tak sayangkan 'Papa' nya. Walaupun dia tahu papanya salah, tapi, tetap di pertahankan. Itulah Nurul Izzah Puteri kesayangan Anwar @ Anugay. Nurul tetap mempertahankan bapanya di dalam isu berkaitan Israel yang di disiarkan oleh Wall Street Journal minggu lalu. 

Biasalah. Ibarat menegakkan 'benang basah', Naib Presiden PKR tu, Nurul Izzah mendakwa bahawa kenyataan bapanya, DS Anwar Ibrahim telah dimanipulasi oleh musuh politiknya dan beliau serta bapanya mengecam sekeras-kerasnya kezaliman dan kejahatan yang dilakukan oleh Israel. Betul ke tu Izzah?

Apapun, memang mereka anak beranak dari keturunan Anwar Ibrahim memang terkenal sebagai keluarga putar belit dan juga di panggil 'keluarga Puaka'. Mereka telah di ajar oleh Anwar bagaimana nak permain dan perbodohkan rakyat. Apa yang IBM tahu, Anwar memang rapat dengan beberapa orang pegawai di akhbar Wall Street Journal. Taklah depa tersalah rakam dan cetak apa yang Anwar telah katakan berkenaan dengan pendirian beliau menyokong terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel?. betul tak?

Atau adakah kesilapan datangnya dari akhbar tempatan yang menterjemahkan kenyataan Anwar dari bahasa Inggeris ke bahawa melayu?. Bodoh sangatkan wartawan tempatan sampai tak reti nak 'translate' bahasa inggeris ke bahasa melayu?. Kesimpulannya, Anwar je le yang pandai berbahasa Inggeris? Banggang betui le ko ni Nurrul.

Kalau hal yang sebegini pun Nurul masih nak mempertahankan bapanya, IBM rasa, huru-hara nanti negara kita sekiranya Papa nya jadi Perdana Menteri. Oleh itu, kepada para pembaca yang baca tulisan IBM yang ringkas ini, fikir-fikirkan habis-habis sebelum membuat keputusan, Jangan cuba-cuba nak tukar kerajaan kerana kerajaan yang baru nanti, sekirannya Papa Nurul menjadi Perdana Menteri akan menjurus kepada kefahaman Zionis dan kita sedia maklum bahawa Anwar dari dulu lagi adalah pro-Israel.

Mahukah anda semua duduk dibawah kerajaan seperti itu dan kita semua akan di layan seperti rakyat Palestin?? Tepuk dada tanya selera. Nurul Izzah tetap kata Papanya betui. Tajuk yang diatas tu saja nak saja nak buat 'Gempak'. Biar Nurul panas sikit. Hehehe.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
              _________________________________________________

Hadi Nak Berundur??, Perbetulkan Akidah Pengikut Pas Dulu, Kata Bekas Pemimpin Pas Pusat...

HEBOH dah satu negara pasal Hj Hadi Awang, Presiden Pas ni yang katanya tak mahu lagi bertanding di PRU akan datang. Apa puncanya?. Hanya dia dan Pas saja yang tahu. Ada dikalangan pemimpin-pemimpin Pas dan juga Pakatan Rakyat mensyorkan agar beliau jangan tarik diri. Belaiu merupakan 'aset' dalam Pas juga Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) di PRU akan datang ni. Dan...ada juga yang mengatakan penarikkan diri Hj Hadi adalah satu keputusan yang bijak

Dikalangan pemimpin-pemimpin kerajaan pula, memuji di atas tindakkan Hj Hadi dan mereka menyatakan bahawa Hj Hadi berbeza dengan Tok guru Nik Aziz yang masih lagi mahu bertanding dan pegang jawatan dalam politik 'sampai mati'. Bayangkan betapa tamaknya Mursyidul Am Pas, Nik Aziz ni. Bagi dia, dialah seorang 'ulama' yang ulung dalam Pas, dan dialah pejuang agama Islam yang tulin. Podah!!.

Masih ingatkan anda semua "Amanat Hadi" yang menyesatkan pengikut-pengikutnya?

Dalam pada itu, bekas anggota Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd Noor Deris, menyambut baik kesedian Presiden Pas, Datuk Seri Hj Hadi Awang untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Tapi, katanya, Hj Hadi mesti bertanggungjawab untuk membetulkan kembali akidah pengikut -pengikut Pas yang terpesong disebabkan amanat beliau yang mengkafirkan UMNO. Mengikut sumber-sumber yang lain, IBM sendiri pun ada dengar bahawa masih ramai pengikut Pas berpegang kepada 'amanat' tersebut yang menganggap mati syahid kerana menentang UMNO. Sedangkan pegangan itu jelas bertenntangan dengan ajaran Islam.

Dan, bukan itu saja, kata Prof . Madya Mohd Noor, tidak cukup dengan Hj Hadi berundur begitu saja. Beliau mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui 'Amanat Hadi' yang membawa mala petaka, ini termasuk tercetusnya Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan dan akidah pengikut Pas yang rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut.

Diantara kata-kata Hj Hadi Awang di dalam 'Amanat Hadi" yang mengkafirkan orang UMNO

Oleh itu wahai Hj Hadi Awang, dengarlah nasihat kawan-kawan mu ni. Kerana apa, mereka-mereka ni semua tahu apa yang berlaku di dalam Pas. Mereka kata pada masa itu mereka terlibat sama. Kini, ramai yang telah insaf dan kembali ke pangkal jalan dan telah pun meninggalkan Pas, Parti yang bertopengkan agama demi mengejar politik kotor, songsang yang kini bergelumang dengan dosa semata-mata memperjuangkan seorang insan yang betul-betul kempunan nak jadi Perdana Menteri. IBM tak payah sebut siapa dia.

Ini bermakna, Hj Hadi Awang ada berhutang dengan kami semua orang - orang UMNO yang telah dikafirkan mengikut Amanat Hadi dan bagi yang keluar Pas di kira murtad. Apa punya amanat ni?



 TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
             __________________________________________________
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...