Thursday, February 2, 2012

Hadi Nak Berundur??, Perbetulkan Akidah Pengikut Pas Dulu, Kata Bekas Pemimpin Pas Pusat...

HEBOH dah satu negara pasal Hj Hadi Awang, Presiden Pas ni yang katanya tak mahu lagi bertanding di PRU akan datang. Apa puncanya?. Hanya dia dan Pas saja yang tahu. Ada dikalangan pemimpin-pemimpin Pas dan juga Pakatan Rakyat mensyorkan agar beliau jangan tarik diri. Belaiu merupakan 'aset' dalam Pas juga Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) di PRU akan datang ni. Dan...ada juga yang mengatakan penarikkan diri Hj Hadi adalah satu keputusan yang bijak

Dikalangan pemimpin-pemimpin kerajaan pula, memuji di atas tindakkan Hj Hadi dan mereka menyatakan bahawa Hj Hadi berbeza dengan Tok guru Nik Aziz yang masih lagi mahu bertanding dan pegang jawatan dalam politik 'sampai mati'. Bayangkan betapa tamaknya Mursyidul Am Pas, Nik Aziz ni. Bagi dia, dialah seorang 'ulama' yang ulung dalam Pas, dan dialah pejuang agama Islam yang tulin. Podah!!.

Masih ingatkan anda semua "Amanat Hadi" yang menyesatkan pengikut-pengikutnya?

Dalam pada itu, bekas anggota Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd Noor Deris, menyambut baik kesedian Presiden Pas, Datuk Seri Hj Hadi Awang untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Tapi, katanya, Hj Hadi mesti bertanggungjawab untuk membetulkan kembali akidah pengikut -pengikut Pas yang terpesong disebabkan amanat beliau yang mengkafirkan UMNO. Mengikut sumber-sumber yang lain, IBM sendiri pun ada dengar bahawa masih ramai pengikut Pas berpegang kepada 'amanat' tersebut yang menganggap mati syahid kerana menentang UMNO. Sedangkan pegangan itu jelas bertenntangan dengan ajaran Islam.

Dan, bukan itu saja, kata Prof . Madya Mohd Noor, tidak cukup dengan Hj Hadi berundur begitu saja. Beliau mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui 'Amanat Hadi' yang membawa mala petaka, ini termasuk tercetusnya Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan dan akidah pengikut Pas yang rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut.

Diantara kata-kata Hj Hadi Awang di dalam 'Amanat Hadi" yang mengkafirkan orang UMNO

Oleh itu wahai Hj Hadi Awang, dengarlah nasihat kawan-kawan mu ni. Kerana apa, mereka-mereka ni semua tahu apa yang berlaku di dalam Pas. Mereka kata pada masa itu mereka terlibat sama. Kini, ramai yang telah insaf dan kembali ke pangkal jalan dan telah pun meninggalkan Pas, Parti yang bertopengkan agama demi mengejar politik kotor, songsang yang kini bergelumang dengan dosa semata-mata memperjuangkan seorang insan yang betul-betul kempunan nak jadi Perdana Menteri. IBM tak payah sebut siapa dia.

Ini bermakna, Hj Hadi Awang ada berhutang dengan kami semua orang - orang UMNO yang telah dikafirkan mengikut Amanat Hadi dan bagi yang keluar Pas di kira murtad. Apa punya amanat ni?



 TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
             __________________________________________________
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...