Friday, January 2, 2015

TERBAIKKK! LAWAK TERBAIK DARI ANWAR AL-JUB. TAK ADA TIKET NAK BALIK?..PUIIIII!

JUMAAT, 02 JANUARI 2015
GAMBAR sudah cukup menceritakan segala-galanya. Puak-puak pembangkang mengkritik dan menghentam Perdana Menteri kita, DS Najib Tun Razak kerana bermain 'golf' ketika negara dan rakyat sengsara di landa 'musibah' banjir luar biasa. Cuba kita lihat pulak gambar di atas tu. Siapa yang tersenyum macam 'beruk' berbasikal ketika bercuti di luar negara? Tak payah IBM perkenalkan. Jadi, kenapa hal ini puak-puak pembangkang diam dan tidak mempertikaikan? Kerana si Nuar tu bukan PM? tapi, kan dia ketua Pembangkang. Sudah tentu khidmat beliau diperlukan. Jangan hanya pandai menuduh dan bercakap sahaja. Maka, terdengarlah alasan dari Ketua pembangkang si Anwar Ibrahim tu sambil berkata (alasan), beliau tidak dapat pulang lebih awal daripada bercuti ketika banjir buruk melanda pantai timur semenanjung kerana tidak dapat mengubah semula jadual perjalanannya. Laporan sebuah portal tempatan pula menyebut, Anwar juga meminta   semua pihak, termasuk jentera partinya agar tidak “terlalu berpolitik” dan lebih menumpukan pada usaha menyalurkan bantuan. 

Beliau minta maaf kalau beliau lambat datang. Memang beliau tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar. Boleh pakai ke alasan tersebut? Janganlah nak kelentung Nuar oii. Penerbangan antara bangsa untuk balik ke Malaysia, melambak-lambak. Hanya hendak tak hendak je. Kalau nak kelentung tu, berpada-pada le sikit. Dikhabarkan, Anwar al-jub juga mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi. Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat, katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. Anwar menerima kritikan kerana kelibatnya tidak dapat dikesan ketika penduduk pantai timur, yang mesra dengan gelaran “rakyat” oleh ketua pembangkang itu, menderita akibat banjir. Manakala, Blog pro-UMNO/Kerajaan turut menerbitkan gambar menunjukkan beliau sedang mengayuh basikal di satu destinasi percutian. Anwar bagaimanapun menjelaskan bahawa gambar itu sudah dirakam lama sebelum kejadian bencana banjir tersebut. 


Gambar beliau mengayuh basikal yang disebarkan itu sebenarnya sebelum banjir lagi, takkan dia naik basikal sebelum banjir pun nak dijadikan isu, katanya. Kalau
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga pada minggu lalu menerima kritikan meluas apabila gambarnya sedang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, tersebar luas di Internet dan mendapat perhatian media antarabangsa oleh para pemimpin Pakatan giat mengkritik DS Najib kerana mengutamakan permainan golf ketika bah besar melanda pantai timur. Tapi, DS Najib pulang awal dari bercuti dan terus di Kota Bharu pada Sabtu lalu bertemu dengan mangsa-mangsa banjir.  Maka kenapa dipertikaikan pula bila blog-blog pro kerajaan mengkritik dan menghentam Anwar kaw-kaw. Apapun, itu semua adalah alasan  dari Awnar yang tak masuk akal. Bolehlah di ketogerikan sebagai 'lawak bodoh tahun baru 2015' dari Anwar Al-Jub. Wassalam ~ IBM

TAK MASUK AKAL LANGSUNG. HARGA NASI CAMPUR RM23 SEPINGGAN?? GILO KE APO?

JUMAAT, 02 JAN 2015
MEMANG tak masuk akal langsung. Gilo ke apo, kata orang negeri. Bayangkan harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan segelas air teh panas mencecah RM23 di bandar yang dilanda banjir baru-baru ini. Ramai yang terkejut apabila perlu membayar harga makanan hampir lima kali ganda daripada harga biasa juadah itu dalam sekitar RM5 pada waktu biasa selepas mengalas perut di sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah bandar ini semalam. Seorang pengunjung terkejut dan bila ditanya peniaga itu memohon maaf dan menyatakan kesukaran mendapatkan bahan mentah dan terpaksa pergi ke Kota Baharu yang terletak kira-kira 70 km dari sini. Kita semua faham kalau mahu menaikkan harga tetapi jangan sampai ia jadi tidak munasabah dan membuat ramai orang terkejut dengan harga itu, kata seorang pengunjung. Sementara itu tinjauan oleh Bernama mendapati hanya beberapa buah kedai makan sahaja yang telah beroperasi di bandar ini selepas banjir buruk yang menenggelamkan keseluruhan bandar berkenaan baru-baru ini. Di Pasar Besar Tanah Merah yang telah kembali beroperasi dilihat sesak dengan orang ramai yang mahu membeli barangan basah itu. Sementara itu,  kekurangan bekalan minyak petrol dan diesel di bandar ini menjadikan bahan api itu perniagaan segera yang paling laris di jajahan ini sehingga ada menjualnya dalam botol. Perniagaan itu tumbuh bak cendawan selepas hujan di sepanjang perjalanan antara Pasir Mas ke Tanah Merah. Seorang peniaga yang enggan disebut nama dan berusia 20-an berkata sebotol besar 1.5 liter minyak petrol dijual sebanyak RM15. Harga petrol RON95 kini RM1.91 seliter manakala RON97 RM2.11 seliter. Aduhai, kenapa boleh jadi begini. Di dalam keadaan rakyat yang masih lagi didalam kesedihan di timpa musibah banjir yang luar biasa, kenapalah ada manusia yang tidak prihatin dan mengambil kesempatan untuk mencari lebih untung langsung tidak memikirkan kesengsaraan orang lain? Akan jadi 'orang kaya segera' kah mereka-mereka tu semua? Berkat ke duit yang depa semua dapat? Fikir-fikirkan. Di dunia korang boleh lepas, tapi, tidak di akhirat. Disana, akan dituntut segala-galanya. RM23 sepinggan nasi campur? Memang tak lojik. Orang gila pun akan kata, gilo korang ni. Wassallam ~ IBM

DS NAJIB SERTAI SOLAT 'HAJAT'. TAPI, TIDAK NAMPAK KELIBAT PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS. MANA DEPA SEMUA PERGI YE??

JUMAAT, 02 JANUARI 2015
SATU ketika, teruk kaw-kaw Perdana Menteri di hentam oleh pembangkang disaat rakyat jelata merana di landa musibah banjir. Ketika itu Perdana Menteri sedang bercuti di luar negara dan sedang bermain 'golf' pulak tu dengan pemimpin no 1 dunia, iaitu Presiden Amerika Syarikat. Bermacam-macam tomahan, maki-hamun dilamparkan terhadap DS Najib ketika itu. PM yang tak bertanggun jawab lah, menghabiskan duit rakyatlah, dan bermacam-macam lagi. Tapi, apabila PM kembali ketanah air serta memendekkan percutian beliau dan terus turun padang melawat, meninjau keadaan banjir di seluruh negara, pembangkang terdiam pulak. Langsung tak berbunyi, apatah lagi ungkapan 'terima kasih.' Apapun, PM langsung tidak mengambil hati. Beliau sudah serasi dengan tomahan-tomahan dan maki-hamun dari pembangkang. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menamatkan kerja terakhir untuk tahun 2014 dengan mendekati mangsa-mangsa banjir di negeri ini. 

Beliau meluangkan masa bermula dari pukul 3 petang hingga 9 malam untuk melihat dan merasai sendiri perit getir yang dialami mangsa banjir di daerah Tanah Merah serta Tumpat. Perdana Menteri turut mengambil kesempatan menyambut tahun baharu 2015 dengan menunaikan solat hajat bersama mangsa-mangsa banjir serta penduduk setempat di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, di sini malam tadi. Sebelum menunaikan solat hajat yang diimamkan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, para jemaah terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak. Malah Najib yang berbaju Melayu dan berkain pelikat tanpa kekok atau sebarang protokol makan serta bersantai bersama mangsa banjir serta penduduk setempat di pusat pemindahan tersebut. Ketika menyampaikan amanat tahun baharu, Perdana Menteri menyeru rakyat di negara ini untuk bersama-sama menginsafi kelemahan yang terdapat dalam diri setiap insan bagi mendapatkan keredaan Allah SWT. 2014 adalah tahun yang berat buat kita semua. 

Banyak musibah yang menimpa kita berkaitan kapal terbang dan bencana banjir ini. Mudah-mudahan apabila melangkah tahun baharu, 2015 kita dapat mengaitkan musibah yang berlaku pada tahun ini dengan rasa apa yang berlaku mempunyai pengajaran dan peringatan kepada kita, katanya. Turut hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Kini menjadi tanda tanya dari rakyat jelata khususnya rakyat di Kelantan. Kemana perginya para pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama PAS yang pandai-pandai, alim. Kenapa mereka tidak sama-sama menyertai solat hajat di Pengkalan Kubor bersama Perdana Menteri (PM). Adakah PAS menggangap solat hajat yang disertai oleh pemimpin-pemimpin UMNO tidak mujarab atau tidak diterima oleh Allah swt? Atau mereka sendiri yang takut dengan bayang-bayang mereka kerana dik selalu bersembahyang hajat mendoakan supaya hancurkan pemimpin-pemimpin UMNO memakan diri sendiri? Fikir-fikirkan. Wassallam ~ IBM

Thursday, January 1, 2015

DEMI RAKYAT : UMNO-PAS PERLU BERSATU. ITUPUN DIKATAKAN UMNO/BN JAHAT? PUIIII!

KHAMIS, 01 JANUARI 2015
DIKETIKA kita semua memasuki tahun baharu, 2015, kita sepatutnya melihat kehadapan, melangkah kehadapan, jangan jadi benggong seperti Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar ini. Memang biol, benggong dan hati busuk manusia yang bernama Mahfuz Omar@Mr Bean Malaysia. Langusng dihatinya tidak mempunyai ciri-ciri dan niat yang baik. Malah, busuk bak buah yang rosak. UMNO nak buat baik demi untuk menyatukan orang-orang Melayu pun dikatakan jahat. Manusia apa dia ni (Mahfuz)? Katanya, cadangan pembentukan kerajaan campuran UMNO-PAS di Kelantan menunjukkan “betapa jahat” parti lawannya itu. Ia juga, kata Mahfuz, menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan selama ini sukar menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan. Katanya, cadangan pemilik Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub juga memberi gambaran bantuan hanya akan diberikan jika idea kerajaan campuran itu menjadi kenyataan. Beliau ucap terima kasih kepada Datuk Hussamuddin yang buat cadangan ini. 

Tetapi melihat kepada sebalik kenyataan ini, ia menunjukkan betapa UMNO dan BN ini jahat. Beliau juga gambarkan kenyataan itu sebagai bagaimana UMNO dan BN itu memiliki tiga sifat iaitu pendera, penzalim dan pembuli. Maknanya, kalau nak minta tolong UMNO kena ada kerajaan campuran. Dia (Hussamuddin) orang Kelantan, dia tau betapa Kelantan sudah nak dapat bantuan kerajaan pusat, katanya. Dari sini, rakan-rakan pembaca yang IBM hormati, ini jelas betapa busuknya hati si Mahfuz ini. Sentiasa bersangka 'buruk' setiap kali (UMNO) ingin menghulurkan bantuan. Siapa kata UMNO yang paksa PAS bersatu demi untuk kebaikan orang-orang Melayu, khusunynya di Kelantan?. Itu semua adalah cadangan dari orang-orang yang mempunyai pemikiran yang jauh, cerdik, bukan seperti anak haram si Mahfuz tu. 

Apapun, bagi UMNO, itu tidak menjadi kudis. Biar apa yang dikatakan oleh si Mahfuz banggang tu, kita ibaratkan dia tu dah sewel, otak kuning. Maka, tempat yang sesuai bagi si Mahfuz tu, ialah di rumah orang-orang kurang siuman, di Tampoi atau pun di Tanjung Rambutan. Cadangan UMNO-PAS bersatu itu harus diteruskan. Terima kasih kepada pemilik Sinar Harian, Datuk Hussamuddin yang mencadangkan semua itu, demi untuk orang-orang Melayu. Oleh itu, selepas redanya banjir dan segala kesusahan rakyat dapat diselesai, eloklah UMNO-PAS duduk semeja. Carilah jalan yang terbaik demi untuk kita orang-orang Melayu semua. Ingatkan masa depa anak-cucu kita semua. Itu sahaja. Wassalam ~ IBM

TPM SERU RAKYAT, BERSATU HATI KETEPIKAN PERBEZAAN DAN SAMBUT TAHUN 2015 DENGAN HATI YANG TABAH!

KHAMIS, 01 JANUARI 2015
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT TAHUN BAHARU SEMUA,

SARANAN dan nasihat TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin ini patut kita semat di sanubari kita jika kita sayangkan negara dan inginkan kesejahteraan. IBM sebagai seorang penulis blog bebas yang pro kepada kerajaan juga berhasrat untuk meningkatkan tulisan yang berupakan nasihat, tapi, berjanji akan terus melawan arus kejahatan, kepalsuan yang dilakukan oleh pembangkang dan Cyber trooper pembangkang yang sengaja ingin menimbulkan kekecohan terhadap kerajaan. Maka, dengan itu rakyat perlu terus membuktikan bahawa mereka bersatu hati dalam apa juga keadaan selain mengetepikan segala perbezaan demi negara dicintai terutama ketika sedang dilanda pelbagai ujian termasuk banjir besar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau begitu bangga melihat penyatuan hati rakyat Malaysia dalam menghadapi krisis yang berlaku termasuk bencana alam itu ketika dunia memasuki tahun baharu 2015. Katanya, walaupun ada segelintir yang memperlekehkan usaha kerajaan dan menyebarkan api kebencian, majoriti rakyat Malaysia berfikiran rasional dan tidak terikut-ikut dengan rentak permainan pihak yang mempunyai niat memporak-perandakan masyarakat Malaysia yang harmoni. 

Beliau bersyukur kerana rakyat Malaysia bersatu hati menggerakkan usaha meringankan penderitaan mangsa bencana, katanya dalam Perutusan Tahun Baharu 2015 semalam, Rabu. Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia mempunyai tempoh lima tahun sahaja lagi sebelum mencapai sasaran menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Secara peribadi beliau berharap 2015 akan menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang lebih rancak, katanya. Bajet 2015 Ekonomi Keperluan Rakyat’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri akan menjadi pegangan dalam mendahulukan kepentingan dan keperluan rakyat pada masa hadapan. Selanjutnya pada bulan Mei 2015, bermulalah jendela Rancangan Malaysia Ke-11, pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia menuju status ‘Negara Maju’. Dengan itu, secara peribadi beliau berharap tahun 2015 akan menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang lebih rancak dan pengagihan kekayaan negara yang lebih saksama dalam mengatasi jurang ketidakseimbangan di antara kaum serta bandar dan luar bandar, katanya. 

Katanya lagi, kemajuan ekonomi negara telah mendapat pengiktirafan antarabangsa yang amat membanggakan pada tahun 2014 apabila dalam Laporan Bank Dunia ’Doing Business 2015 Report’, Malaysia telah berjaya naik dua anak tangga ke kedudukan ke-18 daripada 189 buah negara manakala pencapaian negara di dalam Laporan Daya Saing Global 2014 juga meningkat ke tempat ke-20, dari kedudukan ke-24 daripada 148 buah negara pada tahun 2013. Ini mencerminkan bahawa Kerajaan komited dan bertanggungjawab dalam mewujudkan persekitaran yang benar-benar kondusif bagi pembangunan ekonomi negara, terutamanya dalam memacu faktor-faktor yang akan menjana produktiviti dan nilai tambah yang lebih tinggi setiap tahun, katanya. Selamat Tahun Baharu 2015 semua. Wassallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...