Friday, January 2, 2015

DS NAJIB SERTAI SOLAT 'HAJAT'. TAPI, TIDAK NAMPAK KELIBAT PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS. MANA DEPA SEMUA PERGI YE??

JUMAAT, 02 JANUARI 2015
SATU ketika, teruk kaw-kaw Perdana Menteri di hentam oleh pembangkang disaat rakyat jelata merana di landa musibah banjir. Ketika itu Perdana Menteri sedang bercuti di luar negara dan sedang bermain 'golf' pulak tu dengan pemimpin no 1 dunia, iaitu Presiden Amerika Syarikat. Bermacam-macam tomahan, maki-hamun dilamparkan terhadap DS Najib ketika itu. PM yang tak bertanggun jawab lah, menghabiskan duit rakyatlah, dan bermacam-macam lagi. Tapi, apabila PM kembali ketanah air serta memendekkan percutian beliau dan terus turun padang melawat, meninjau keadaan banjir di seluruh negara, pembangkang terdiam pulak. Langsung tak berbunyi, apatah lagi ungkapan 'terima kasih.' Apapun, PM langsung tidak mengambil hati. Beliau sudah serasi dengan tomahan-tomahan dan maki-hamun dari pembangkang. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menamatkan kerja terakhir untuk tahun 2014 dengan mendekati mangsa-mangsa banjir di negeri ini. 

Beliau meluangkan masa bermula dari pukul 3 petang hingga 9 malam untuk melihat dan merasai sendiri perit getir yang dialami mangsa banjir di daerah Tanah Merah serta Tumpat. Perdana Menteri turut mengambil kesempatan menyambut tahun baharu 2015 dengan menunaikan solat hajat bersama mangsa-mangsa banjir serta penduduk setempat di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, di sini malam tadi. Sebelum menunaikan solat hajat yang diimamkan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, para jemaah terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak. Malah Najib yang berbaju Melayu dan berkain pelikat tanpa kekok atau sebarang protokol makan serta bersantai bersama mangsa banjir serta penduduk setempat di pusat pemindahan tersebut. Ketika menyampaikan amanat tahun baharu, Perdana Menteri menyeru rakyat di negara ini untuk bersama-sama menginsafi kelemahan yang terdapat dalam diri setiap insan bagi mendapatkan keredaan Allah SWT. 2014 adalah tahun yang berat buat kita semua. 

Banyak musibah yang menimpa kita berkaitan kapal terbang dan bencana banjir ini. Mudah-mudahan apabila melangkah tahun baharu, 2015 kita dapat mengaitkan musibah yang berlaku pada tahun ini dengan rasa apa yang berlaku mempunyai pengajaran dan peringatan kepada kita, katanya. Turut hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Kini menjadi tanda tanya dari rakyat jelata khususnya rakyat di Kelantan. Kemana perginya para pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama PAS yang pandai-pandai, alim. Kenapa mereka tidak sama-sama menyertai solat hajat di Pengkalan Kubor bersama Perdana Menteri (PM). Adakah PAS menggangap solat hajat yang disertai oleh pemimpin-pemimpin UMNO tidak mujarab atau tidak diterima oleh Allah swt? Atau mereka sendiri yang takut dengan bayang-bayang mereka kerana dik selalu bersembahyang hajat mendoakan supaya hancurkan pemimpin-pemimpin UMNO memakan diri sendiri? Fikir-fikirkan. Wassallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...