Friday, January 2, 2015

TAK MASUK AKAL LANGSUNG. HARGA NASI CAMPUR RM23 SEPINGGAN?? GILO KE APO?

JUMAAT, 02 JAN 2015
MEMANG tak masuk akal langsung. Gilo ke apo, kata orang negeri. Bayangkan harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan segelas air teh panas mencecah RM23 di bandar yang dilanda banjir baru-baru ini. Ramai yang terkejut apabila perlu membayar harga makanan hampir lima kali ganda daripada harga biasa juadah itu dalam sekitar RM5 pada waktu biasa selepas mengalas perut di sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah bandar ini semalam. Seorang pengunjung terkejut dan bila ditanya peniaga itu memohon maaf dan menyatakan kesukaran mendapatkan bahan mentah dan terpaksa pergi ke Kota Baharu yang terletak kira-kira 70 km dari sini. Kita semua faham kalau mahu menaikkan harga tetapi jangan sampai ia jadi tidak munasabah dan membuat ramai orang terkejut dengan harga itu, kata seorang pengunjung. Sementara itu tinjauan oleh Bernama mendapati hanya beberapa buah kedai makan sahaja yang telah beroperasi di bandar ini selepas banjir buruk yang menenggelamkan keseluruhan bandar berkenaan baru-baru ini. Di Pasar Besar Tanah Merah yang telah kembali beroperasi dilihat sesak dengan orang ramai yang mahu membeli barangan basah itu. Sementara itu,  kekurangan bekalan minyak petrol dan diesel di bandar ini menjadikan bahan api itu perniagaan segera yang paling laris di jajahan ini sehingga ada menjualnya dalam botol. Perniagaan itu tumbuh bak cendawan selepas hujan di sepanjang perjalanan antara Pasir Mas ke Tanah Merah. Seorang peniaga yang enggan disebut nama dan berusia 20-an berkata sebotol besar 1.5 liter minyak petrol dijual sebanyak RM15. Harga petrol RON95 kini RM1.91 seliter manakala RON97 RM2.11 seliter. Aduhai, kenapa boleh jadi begini. Di dalam keadaan rakyat yang masih lagi didalam kesedihan di timpa musibah banjir yang luar biasa, kenapalah ada manusia yang tidak prihatin dan mengambil kesempatan untuk mencari lebih untung langsung tidak memikirkan kesengsaraan orang lain? Akan jadi 'orang kaya segera' kah mereka-mereka tu semua? Berkat ke duit yang depa semua dapat? Fikir-fikirkan. Di dunia korang boleh lepas, tapi, tidak di akhirat. Disana, akan dituntut segala-galanya. RM23 sepinggan nasi campur? Memang tak lojik. Orang gila pun akan kata, gilo korang ni. Wassallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...