Tuesday, November 29, 2011

WOWWW!! CANGGIHNYA.......

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

TOYOTA PERKENALKAN KERETA TELEFON PINTAR

HEBAT, memang hebat orang-orang Jepun ni. Hari ke-hari ada saja ciptaan terbaru mereka di dalam apa jua produk dan dipamirkan kepada orang ramai. Setiap kali barangan/produk yang mereka pamirkan mendapat sambutan dari masarakat dunia.

Terkini, sebuah kereta berkonsepkan 'Futuristik' dicipata. Wow!..memang canggih dan menawan. Tapi, harganya tidak pulak dinyatakan. IBM yakin, ianya akan mendapat perhatain dunia. Agak-agak, bilalah negara kita boleh mengeluarkan produk-produk seperti ini?. 2020?...tak mustahil kot. Apapun kita tunggu dan lihat samada negara kita boleh bersaing dengan negara-negara lain seperti Jepun ini. Harap yang terbaik dari negara kita Malaysia. Slogan Malaysia 'boleh' diteruskan, insyallah - IBM


PRESIDEN syarikat Toyota Motor Corp., Akio Toyoda bergambar di sisi kereta konsep dan skuter yang ditunggang sambil berdiri, Winglet di Tokyo semalam.



TOKYO - Presiden syarikat Toyota Motor Corp, Akio Toyoda memperkenalkan kereta konsep futuristik yang memiliki bentuk menyerupai sebuah telefon pintar gergasi dalam satu majlis di sini semalam.
Dinamakan Fun-Vii, beliau menggelarkan kereta konsep tersebut sebagai "sebuah telefon pintar bertayar empat".
Kereta itu berfungsi seperti sebuah komputer peribadi dengan pemandunya boleh berhubung dengan orang lain dengan mengetuk panel pintu kereta tersebut.
Pintu kenderaan itu dilengkapi skrin besar dengan fungsi sentuh yang beroperasi seperti sebuah telefon pintar.
"Sebuah kereta perlu mempunyai daya tarikan," kata Toyoda.
Beliau turut memperkenalkan sebuah skuter yang boleh ditunggang sambil berdiri yang dinamakan Winglet pada majlis berkenaan. - Agensi

Gara-Gara SMS, Penjara Menunggu!!

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

RAMAI di kalangan kita lupa atau sengaja lupa ataupun tidak takut pada hukuman dan undang-undang yang sedia ada. Ramai yang menyalahkan gunakan kemudahan canggih yang  kita perolehi dik kerana perubahan masa. Segala-segalanya dah canggih. Seperti contoh, handfon yang dijual di pasaran sekarang, semuanya telah di bekalkan kemudahan internet, seperti wifi, sistem SMS dan banyak lagi. Tak payahlah hendak di terangkan, kerana anda mungkin lebih arif lagi.

Akibat menyalahgunakan kemudahan tersebut, samada di sengajakan atau tidak, boleh menyebabkan kita ditangkap dan dipenjara oleh pihak yang berwajib. Begitulah juga dengan Dr kita seorang ni. Akibat mengugut seseorang melalui pesanan ringkas (SMS), beliau merengkuk dalam penjara. Ikhlas dari saya yang benar - IBM


DR. AHMAD RAMZI (kanan) tersenyum selepas dijatuhi hukuman penjara setahun atas kesalahan menghantar SMS fitnah dan ugutan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang bekas setiausaha politik, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir selepas didapati bersalah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) serta memfitnah bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu dua tahun lalu.

Ahmad Ramzi, 39, yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh didapati menghantar SMS ugutan itu pada 13 April 2009 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Paka, Mohd. Ariffin Abdullah, Abd. Halim Jusoh (ADUN Permaisuri) dan Datuk Rosol Abd. Wahid (ADUN Ajil).
Hakim M. Bakri Abd. Majid memerintahkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap tuduhan dan dijalankan secara berasingan mengikut peruntukan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun.
Ahmad Ramzi dituduh melakukan kesalahan tersebut di rumah nombor E726, Kampung Kubang Parit antara pukul 11.21 malam dan pukul 11.25 malam pada tarikh tersebut dengan mesej SMS berbunyi, 'Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?'
Selain itu, Ahmad Ramzi juga dihukum penjara tiga bulan lagi selepas didapati bersalah memfitnah Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu, Wan Ahamad Wan Muda (kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri).
Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Ramzi menghantar SMS ugutan itu melalui talian Internet menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Anwar Kata Kerajaan BN Zalim Dan Penakut??


ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

TINDAKAN keluar dewan oleh MP Pembangkang, jelas menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati dewan kerana dewan masih lagi bersidang. Mereka keluar kononnya tidak puas hati pada dan protes terhadap Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman yang sedang di bahaskan. Menerusi Ketua Pembangkangnya, DS Anwar Ibrahim, menyifatkan RangUndang-undang itu bukan untuk menjaga keselamatan negara, tapi undang-undang untuk menjaga kepentingan kerajaan yang sedia ada dan golongan yang tertentu.

Anwar juga menuduh Kerajaan BN zalim dan penakut, hanya pemimpin zalim saja yang takut dengan perhimpunan. Zalim?....zalim yang macamana yang dimaksudkan oleh si nuar ni?. Sebenarnya, kalau kita lihat kerenah pemimpin-pemimpin pembangkang ni, termasuk Anwar sendiri, merekalah sebenarnya yang zalim dan penakut. 

Apa tidaknya, pembangkang berusaha berbuat apa saja, menipu, menghasut dan tidak menunaikan janji-janji semasa PRU ke-12 yang lalu, masih tidak ditunaikan, dan...ini yang mereka katakan mereka adalah parti yang terbaik, tidak zalim dan penakut?. Oleh itu, IBM nak berpesan dan menyeru kepada rakyat semua, kalau tidak mahu dizalimi, tolak pembangkang, insyallah kita semua selamat. Fikir-fikirkan, ini pandangan ikhlas dari saya yang benar - IBM.

 Inilah muka-muka pemimpin-pemimpin zalim dari Pakatan Rakyat yang keluar Dewan di ketuai oleh si Anwar Ibrahim

DAN INILAH MUKA KETUA PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG ZALIM. AWAS!! HINDARI DARI MENDEKATINYA. KALAU TERJUMPA, REPORT KAT POLIS. NEGARA AMAN TANPA MUKA SI ZALIM INI.

Liverpool Kempunan, Man City Kekal Rekod Tanpa Kalah

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

SEMBANG-SEMBANG BOLA LIGA INGGERIS BPL :


KECEWA, sedih, apabila Liverpool gagal melenyapkan rekod tanpa kalah Manchester City, walaupun mempunyai advantage bermain di tempat sendiri degan sokongan ribuan peminat-peminat fanatik The Reds, termasuk IBM sendiri. City mengejutkan tuan rumah, Liverpool mendahului 1 gol apabila tandukan ketua pasukan Vincent Kampany menanduk masuk pada minit ke-31.

Bagaimanapun, dua minit kemudian, Liverpool beraksi cemerlang. menerusi Charlie Adam, walaupun sepakkanya tidak lah sekencang mana, tapi bola melantun kepada pemain pertahanan City, Joleon Lescott yang kemudiannya menyebabkan gol sendiri.

Diseparuh masa kedua, City terpaksa bermain dengan 10 pemain pada lapan minit terakhir perlawanan apabila penyerangnya, Mario Balotelli di layangkan kad kuning kedua menyurus kepada kad merah dan dibuang padang. Namun, Liverpool kurang bernasib baik, serangan demi serangan dilakukan, tapi penjaga gol City, Joe Hart bermain dengan cemerlang menyelamat pintu golnya dari serangan bertubi-tubi  penyerang Liverpool.

Tamat 90 minit, Liverpool 1 Man City 1. Memang ramai peminat setia The Reds, kecewa, termasuk juga IBM, peminat setia Liverpool. dulu, kini dan selamanya. ayuh Liverpool, bangkit diperlawanan seterusnya. You can do it and remember, "You'll Never Walk Alone". Ikhlas dari saya yang benar - IBM


LIVERPOOL 1 MANCHESTER CITY 1

Imbasan : Ke Mana Hala tuju 'AMANAH' Cuba Dibawa Oleh Ku Li??

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

IBM merasa muskil akan hala tuju perjuangan politik pemimpin veteran Umno kita ini, Tengku Razaleigh Hamzah  dengan kenyataan terbukanya menyatakan tiada lagi ruang kebebasan  untuk ahli-ahli Umno bersuara  yang menyebabkan beliau menubuhkan 'AMANAH' baru-baru ini. Dia masih lagi ahli Umno dan menjawat Ketua Umno Bahagian gua Musang, kerana ada ura-ura yang mengatakan dia akan keluar dari Umno. Bila diajukan soalan tersebut, dia berkata, siapa kata saya keluar Umno, saya masih ahli Umno.

Persoalan yang timbul di kepala IBM dan ramai lagi, termasuk penganalisis politik, apakah sebenarnya agenda Ku Li, dan apakah yang tersirat, terbuku di hatinya?. Kecewa, tiada tempat untuk memegang jawatan didalam Majlis tertinggi Umno? Penting sangatkah pangkat di dalam Umno Ku Li?

Di harap, sebelum menjelang PRU k3-13 ini, Ku Li dapat menerangkan tujuan sebenarnya dia menubuhkan Amanah walaupun beliau sudah menerangkan bahawa amanah adalah sebuah pertubuhan NGO, tiada kiatannya degan Politik. Tapi.....penjelasan itu masih kabur, tidak terang. IBM yakin, Ku Li ada jawapannya. Tepuk dada tanya selera Ku Li, jangan ada lagi perpecahan orang-orang melayu, kususnya ahli Umno. Ikhlas dari saya yang benar : IBM


Keputusan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menerajui sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat sivil, Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, mencetuskan teka-teki di kalangan ramai ahli politik dan penganalisis politik.NONEMengapa beliau harus menyertai sebuah NGO? Apakah agenda beliau terutama ketika beliau masih dianggap seorang pemimpin Umno dan ahli parlimen BN yang memerintah?

"Apakah tujuan sebuah NGO sedemikian? Apakah langkah mereka seterusnya? Tiada MP mahu membentuk sebuah NGO tanpa sebarang agenda. Beliau punya sesuatu yang tersembunyi," kata ahli politik veteran MCA Datuk Yap Pian Hon, yang juga ketua publisiti BN Selangor.

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) percaya ahli-ahli politik di belakang Amanah, yang juga telah memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan minoriti, mungkin berhasrat menjadi pemangkin kepada apa yang dipanggil "kuasa ketiga" dalam BN.

Beliau berkata mungkin mereka memerlukan sebuah platform untuk mengulas isu-isu semasa oleh kerana kebanyakan pemimpin mereka pernah berada dalam kerajaan pada masa lalu.  
NONETengku Razaleigh pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan. Sementara timbalan presiden Amanah Datuk Seri Ong Tee Keat, pernah menjadi presiden MCA dan menteri pengangkutan manakala Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah menteri pelancongan dan penerangan; dan Datuk S Subramanian adalah timbalan menteri.
Corak undian

Ahli akademik itu berkata mereka akan menunggu untuk melihat sama ada Amanah dapat mempengaruhi corak undian dalam pilihan raya umum akan datang.   

Secara peribadi, beliau tidak fikir mereka boleh, tetapi jika mereka dapat menentukan tindakan dengan betul, mereka boleh menjadi sebuah kuasa yang perlu diambil kira.  
azlanBeberapa orang peramal politik percaya Ku Li mungkin cuba meletakkan dirinya pada kedudukan yang membolehkannya membuat tawaran: dengan berada dalam Amanah beliau mendapat kedudukan terbaik bagi mendapatkan tawaran terbaik dari kedua-dua puak politik bertentangan.  

Misalnya, kata mereka, ini terutama berlandaskan latar belakang kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang, disabitkan kesalahan terhadap tuduhan sodomi dan dimasukkan penjara.  

Dan isteri beliau yang juga presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah tidak layak untuk bertanding bagi tempoh lima tahun selepas beliau meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar memenangi kerusi itu dalam pilihan raya kecil.
NONEBeberapa orang penganalisis berpendapat Tengku Razaleigh mungkin muncul sebagai calon untuk memimpin pembangkang jika Anwar terpinggir. 
Namun Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng (kanan) pula menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tetap menjadi calon pilihan Pakatan Rakyat untuk jawatan perdana menteri sekalipun beliau diheret ke penjara.   
"Tidak ada rundingan langsung (untuk Tengku Razaleigh menjadi pilihan Pakatan untuk jawatan perdana menteri). Kami tidak tahu pendirian politik Ku Li," kata anggota CEC DAP Jeff Ooi.

Naik helikopter

"Beliau tidak boleh menaiki helikopter (pantas) (untuk ke atas). Kami (PKR-DAP-PAS) telah bertungkus lumus membentuk sebuah front alternatif. Jika beliau ingin menyertai kami, kami tidak akan terus menolaknya tetapi hakikatanya bagi kami, beliau setakat mempunyai taraf putera raja".  
parliament briefing 030408 jeff ooiOoi juga berkata beliau tidak fikir pemimpin-pemimpin Amanah boleh memberi sebarang cabaran langsung terhadap Pembangkang kerana beliau percaya kebanyakan mereka adalah
dari 
"era sudah berlalu" dan kurang daya tarikan kini.  
"Ambil Tengku Razaleigh sebagai contoh. Beliau orang luar kepada Umno dan orang luar kepada Pakatan. Beliau hanya berada dalam kumpulannya sendiri. Tidak membawa sebarang kerosakan kepada kami," kata beliau, dan menambah langkah putera Kelantan itu mengetuai Amanah hanya menarik sedikit perhatian.   
Jadi apakah percaturan Amanah? Tengku Razaleigh masih "non-commital" dan samar-samar tentang rancangan.  

Pada sidang akhbar semalam, untuk mengumumkan keputusan Pendaftar Pertubuhan meluluskan penubuhan Amanah, Tengku Razaleigh berkata walaupun Amanah akan kekal sebagai sebuah NGO dalam masa terdekat, beliau tidak menolak kemungkinan ia akan bergerak aktif dalam politik.   

Pelbagai kemungkinan

NONE"Terpulang kepada anggota...Saya tidak kata ya atau kata tidak kerana ia bergantung pada anggota. Anda tidak boleh menolak apa jua perkara kerana kemungkinannya ada," kata beliau.   

Bila ditanya mengenai peranan beliau dalam pilihan raya umum akan datang, Ku Li menimbulkan teka teki kepada setiap orang bila beliau berkata adalah amat sukar untuk menyatakan apa beliau akan lakukan seterusnya.    

- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...