Tuesday, November 29, 2011

Imbasan : Ke Mana Hala tuju 'AMANAH' Cuba Dibawa Oleh Ku Li??

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

IBM merasa muskil akan hala tuju perjuangan politik pemimpin veteran Umno kita ini, Tengku Razaleigh Hamzah  dengan kenyataan terbukanya menyatakan tiada lagi ruang kebebasan  untuk ahli-ahli Umno bersuara  yang menyebabkan beliau menubuhkan 'AMANAH' baru-baru ini. Dia masih lagi ahli Umno dan menjawat Ketua Umno Bahagian gua Musang, kerana ada ura-ura yang mengatakan dia akan keluar dari Umno. Bila diajukan soalan tersebut, dia berkata, siapa kata saya keluar Umno, saya masih ahli Umno.

Persoalan yang timbul di kepala IBM dan ramai lagi, termasuk penganalisis politik, apakah sebenarnya agenda Ku Li, dan apakah yang tersirat, terbuku di hatinya?. Kecewa, tiada tempat untuk memegang jawatan didalam Majlis tertinggi Umno? Penting sangatkah pangkat di dalam Umno Ku Li?

Di harap, sebelum menjelang PRU k3-13 ini, Ku Li dapat menerangkan tujuan sebenarnya dia menubuhkan Amanah walaupun beliau sudah menerangkan bahawa amanah adalah sebuah pertubuhan NGO, tiada kiatannya degan Politik. Tapi.....penjelasan itu masih kabur, tidak terang. IBM yakin, Ku Li ada jawapannya. Tepuk dada tanya selera Ku Li, jangan ada lagi perpecahan orang-orang melayu, kususnya ahli Umno. Ikhlas dari saya yang benar : IBM


Keputusan pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menerajui sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat sivil, Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, mencetuskan teka-teki di kalangan ramai ahli politik dan penganalisis politik.NONEMengapa beliau harus menyertai sebuah NGO? Apakah agenda beliau terutama ketika beliau masih dianggap seorang pemimpin Umno dan ahli parlimen BN yang memerintah?

"Apakah tujuan sebuah NGO sedemikian? Apakah langkah mereka seterusnya? Tiada MP mahu membentuk sebuah NGO tanpa sebarang agenda. Beliau punya sesuatu yang tersembunyi," kata ahli politik veteran MCA Datuk Yap Pian Hon, yang juga ketua publisiti BN Selangor.

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) percaya ahli-ahli politik di belakang Amanah, yang juga telah memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan minoriti, mungkin berhasrat menjadi pemangkin kepada apa yang dipanggil "kuasa ketiga" dalam BN.

Beliau berkata mungkin mereka memerlukan sebuah platform untuk mengulas isu-isu semasa oleh kerana kebanyakan pemimpin mereka pernah berada dalam kerajaan pada masa lalu.  
NONETengku Razaleigh pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan. Sementara timbalan presiden Amanah Datuk Seri Ong Tee Keat, pernah menjadi presiden MCA dan menteri pengangkutan manakala Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah menteri pelancongan dan penerangan; dan Datuk S Subramanian adalah timbalan menteri.
Corak undian

Ahli akademik itu berkata mereka akan menunggu untuk melihat sama ada Amanah dapat mempengaruhi corak undian dalam pilihan raya umum akan datang.   

Secara peribadi, beliau tidak fikir mereka boleh, tetapi jika mereka dapat menentukan tindakan dengan betul, mereka boleh menjadi sebuah kuasa yang perlu diambil kira.  
azlanBeberapa orang peramal politik percaya Ku Li mungkin cuba meletakkan dirinya pada kedudukan yang membolehkannya membuat tawaran: dengan berada dalam Amanah beliau mendapat kedudukan terbaik bagi mendapatkan tawaran terbaik dari kedua-dua puak politik bertentangan.  

Misalnya, kata mereka, ini terutama berlandaskan latar belakang kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang, disabitkan kesalahan terhadap tuduhan sodomi dan dimasukkan penjara.  

Dan isteri beliau yang juga presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah tidak layak untuk bertanding bagi tempoh lima tahun selepas beliau meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar memenangi kerusi itu dalam pilihan raya kecil.
NONEBeberapa orang penganalisis berpendapat Tengku Razaleigh mungkin muncul sebagai calon untuk memimpin pembangkang jika Anwar terpinggir. 
Namun Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng (kanan) pula menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tetap menjadi calon pilihan Pakatan Rakyat untuk jawatan perdana menteri sekalipun beliau diheret ke penjara.   
"Tidak ada rundingan langsung (untuk Tengku Razaleigh menjadi pilihan Pakatan untuk jawatan perdana menteri). Kami tidak tahu pendirian politik Ku Li," kata anggota CEC DAP Jeff Ooi.

Naik helikopter

"Beliau tidak boleh menaiki helikopter (pantas) (untuk ke atas). Kami (PKR-DAP-PAS) telah bertungkus lumus membentuk sebuah front alternatif. Jika beliau ingin menyertai kami, kami tidak akan terus menolaknya tetapi hakikatanya bagi kami, beliau setakat mempunyai taraf putera raja".  
parliament briefing 030408 jeff ooiOoi juga berkata beliau tidak fikir pemimpin-pemimpin Amanah boleh memberi sebarang cabaran langsung terhadap Pembangkang kerana beliau percaya kebanyakan mereka adalah
dari 
"era sudah berlalu" dan kurang daya tarikan kini.  
"Ambil Tengku Razaleigh sebagai contoh. Beliau orang luar kepada Umno dan orang luar kepada Pakatan. Beliau hanya berada dalam kumpulannya sendiri. Tidak membawa sebarang kerosakan kepada kami," kata beliau, dan menambah langkah putera Kelantan itu mengetuai Amanah hanya menarik sedikit perhatian.   
Jadi apakah percaturan Amanah? Tengku Razaleigh masih "non-commital" dan samar-samar tentang rancangan.  

Pada sidang akhbar semalam, untuk mengumumkan keputusan Pendaftar Pertubuhan meluluskan penubuhan Amanah, Tengku Razaleigh berkata walaupun Amanah akan kekal sebagai sebuah NGO dalam masa terdekat, beliau tidak menolak kemungkinan ia akan bergerak aktif dalam politik.   

Pelbagai kemungkinan

NONE"Terpulang kepada anggota...Saya tidak kata ya atau kata tidak kerana ia bergantung pada anggota. Anda tidak boleh menolak apa jua perkara kerana kemungkinannya ada," kata beliau.   

Bila ditanya mengenai peranan beliau dalam pilihan raya umum akan datang, Ku Li menimbulkan teka teki kepada setiap orang bila beliau berkata adalah amat sukar untuk menyatakan apa beliau akan lakukan seterusnya.    

- Bernama
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...