Tuesday, November 29, 2011

Liverpool Kempunan, Man City Kekal Rekod Tanpa Kalah

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

SEMBANG-SEMBANG BOLA LIGA INGGERIS BPL :


KECEWA, sedih, apabila Liverpool gagal melenyapkan rekod tanpa kalah Manchester City, walaupun mempunyai advantage bermain di tempat sendiri degan sokongan ribuan peminat-peminat fanatik The Reds, termasuk IBM sendiri. City mengejutkan tuan rumah, Liverpool mendahului 1 gol apabila tandukan ketua pasukan Vincent Kampany menanduk masuk pada minit ke-31.

Bagaimanapun, dua minit kemudian, Liverpool beraksi cemerlang. menerusi Charlie Adam, walaupun sepakkanya tidak lah sekencang mana, tapi bola melantun kepada pemain pertahanan City, Joleon Lescott yang kemudiannya menyebabkan gol sendiri.

Diseparuh masa kedua, City terpaksa bermain dengan 10 pemain pada lapan minit terakhir perlawanan apabila penyerangnya, Mario Balotelli di layangkan kad kuning kedua menyurus kepada kad merah dan dibuang padang. Namun, Liverpool kurang bernasib baik, serangan demi serangan dilakukan, tapi penjaga gol City, Joe Hart bermain dengan cemerlang menyelamat pintu golnya dari serangan bertubi-tubi  penyerang Liverpool.

Tamat 90 minit, Liverpool 1 Man City 1. Memang ramai peminat setia The Reds, kecewa, termasuk juga IBM, peminat setia Liverpool. dulu, kini dan selamanya. ayuh Liverpool, bangkit diperlawanan seterusnya. You can do it and remember, "You'll Never Walk Alone". Ikhlas dari saya yang benar - IBM


LIVERPOOL 1 MANCHESTER CITY 1

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...