Friday, February 24, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


24 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

RANG UNDANG-UNDANG BAHASA KEBANGSAAN
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1967,  satu  rang  undang-undang  Bahasa  Kebangsaan  sebagai  bahasa  rasmi  telah  diterbitkan. Rang undang-undang ini mula berkuatkuasa  penggunaannya  mulai  1  September  1967,  dan   tidak  melibatkan  negeri-negeri  Borneo. Menurut  rang  undang-undang  ini,  Bahasa  Kebangsaan  akan  digunakan  bagi  semua  urusan  rasmi  dan  tertakluk  kepada  fasal  152  Perlembagaan. Ini bagi membolehkan  penggunaan  secara  liberal  bahasa-bahasa  lain  di  Persekutuan  setakat  yang  dikehendaki. Yang  di-Pertuan  Agong  diberi  kuasa untuk  mengizinkan  penggunaan terus  Bahasa  Inggeris  bagi  tujuan-tujuan  rasmi  yang  dianggap perlu. Bahasa  Kebangsaan dan  Bahasa  Inggeris  akan  digunakan bagi:  semua  undang-undang  atau  pindaan  selanjutnya  yang  dibentangkan  dalam  Parlimen  atau  Dewan  Undangan  Negeri; semua  undang-undang Parlimen  dan  lain-lain  undang-undang  selanjutnya  yang  dibuat  oleh  kerajaan; semua undang-undang dan lain-lain  undang-undang  lanjutan  darinya  yang dibuat  oleh  kerajaan  negeri  dan semua undang-undang  yang  dimasyhurkan  oleh  Yang di-Pertuan  Agong. Naskhah  yang  sahih  ialah  dalam  Bahasa  Kebangsaan kecuali  terdapat  ketentuan  lain  oleh  Yang  di-Pertuan  Agong.  Manakala  semua  urusan  kecuali  keterangan  oleh  seorang  saksi  dalam  mahkamah  akan  dijalankan  dalam  Bahasa  Kebangsaan  atau  Bahasa  Inggeris  atau  separuh-separuh.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Sampai Bila Nik Aziz Mahu Putar Belit Untuk Cuci "Najis" Anwar??

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron menyelar sikap Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang tidak tegas dalam menyatakan pendirian berhubung sokongan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kepada usaha menjaga keselamatan Israel.

Katanya, sebagai sekutu pembangkang maka seharusnya kenyataan Anwar adalah selaras dengan pendirian anggota pakatan di dalamnya namun demikian bagaimana pula Nik Aziz boleh menyerahkan ia kepada individu terbabit semata-mata.
“Di mana prinsip perjuangan Pas yang selama ini melaungkang sokongan kepada Palestin dan mengutuk Israel tetapi kemudiannya apabila Anwar menyatakan pendirian menyokong Israel maka beliau boleh menyerahkannya kepada Anwar begitu sahaja?” soalnya.
Terbaru, Nik Aziz dipetik telah menegaskan sekali lagi bahawa pendirian Pas tidak mengiktiraf negara haram Israel dan menganggap Israel sebagai suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin.
Menteri Besar Kelantan itu menyatakan adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.
Namun demikian, kenyataan Anwar adalah terserah kepada dirinya sendiri. "Persoalanya kenapa apabila terkena pada Anwar terserah kepada dirinya sendiri tetapi jika pada Barisan Nasional (BN) dan UMNO mala pelbagai tuduhan dan fatwa dikeluarkan walhal pendirian kita terhadap Israel adalah jelas. Apa istimewanya Anwar sehingga Nik Aziz tidak berani memutuskan salah atau tidak sebaliknya menyerahkan kembali pada Anwar?" katanya kepada UMNO-Online.
Dilaporkan, semalam Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz selama 40 minit berhubung kenyataannya dalam akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dan menyatakan bahawa salah faham isu itu timbul disebabkan media UMNO hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada kenyataannya terbabit.

“Bagaimana Anwar boleh putarbelitkan Nik Aziz dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan hari ini apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz adalah berbeza. Terbukti Anwar berjaya mencipta helah atau menipu Nik Aziz dengan tambahan satu babak lagi dalam sandiwara politiknya.
“Nik Aziz takut untuk menjatuhkan hukum terhadap Anwar biarpun sudah jelas apa yang dinyatakan oleh Anwar. Persoalannya mengapa Nik Aziz memilih-milih untuk menjatuhkan hukum sedangkan apabila terkena pada UMNO/BN terus saja kata haram tanpa dengar penjelasan.”
Bidas beliau lagi, bagaimana mungkin dalam satu pakatan boleh mempunyai dua pendirian sebagaimana Pas yang menyokong Palestin sedangkan Anwar sebagai ketua pembangkang menyokong Israel.
“Apakah sebenarnya prinsip atau kaedah yang digunakan oleh Nik Aziz dalam mengadili pendirian Anwar sedangkan sebelum ini apa yang diputuskan oleh Majlis Syura adalah berbeza,” katanya.
Sebelum ini, Majlis Syura Pas telah memberikan dua pilihan kepada Anwar sama ada menarik balik kenyataannya atau menyaman WSJ namun demikian tidak ada pula apa-apa bayangan untuk Anwar membuat salah satu daripada pilihan terbabit sebaliknya telah menganggap semuanya selesai apabila telah memberi penjelasan kepada Nik Aziz. - MediaUMNO
p/s : IBM Kata, "Pendekkan cerita, kedua-duanya dah nyanyuk dan gila jawatan. Memang kedua-duanya saling kuda mengkuda semasa sendiri. Nik Aziz ingat dia pandai, Anwar pun ingat dia pandai...akhirnya yang untung, siapa?...DAPig. Mereka ketawa berdekah-dekah dan menunggu masa untuk sembelih dua eko manusia yang tak sedar diri ni.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Thursday, February 23, 2012

Hilmi Kata Bukan Dia Buat, Musuh Dalam Selimut..Hehehe.Betul Ke Tu??

SIAPA le agaknya 'musuh dalam selimut' yang dimaksudkan oleh Hilmi hingga terbongkarnya gambar-gambar lucah Elizabeth Wong atau nama timangannya Eli iaitu bekas kekasihnya. Berikutan dengan kejadian itu, Hilmi menjadi seorang perlarian kerana di kehendaki oleh polis kerana beliau disyaki dalang disebalik penyebaran gambar-gambar tersebut yang dipaparkan didalam internet tidak lama dulu.

Oleh kerana takut ditahan polis, Hilmi menghilangkan diri bersembunyi, puas di cari oleh polis, tapi tak jumpa. Rupa-rupanya beliau lari dan bersembunyi di Indonesia. Tapi..sepandai-pandai tupat melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Hilmi dapat dikesan. Beliau ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana tinggal di Indonesia melebihi had masa dan juga menyamar dengan menggunakan nama lain, takut dikesan oleh pihak berkuasa  Indonesia dan Malaysia.

HILMI semasa ditemu bual wartawan Kosmo! di Polresta, Barelang, Batam, Indonesia kelmarin.

Berikutan dengan itu, hidup beliau bertambah sukar dan penuh dengan keaiban dan begitu juga bekas kekasihnya, Elizabeth Wong. Hilmi percaya, ini adalah permainan kotor politik Pakatan Rakyat sendiri. Bermula pada tahun 2009, Hilmi menjadi buruan polis Kuala Lumpur. Beliau menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya didalam menyebarkan gambar-gambar bogel ADUN kawasan Bukit Lanjan itu. Eli adalah kekasihnya, dulu le....tak kan tergamak beliau berbuat demikian. Bagaimana pun, beliau hairan bagaimana dan siapakah yang menyebarkan gambar-gambar tersebut?

Kemungkinan ada 'musuh dalam selimut', lebih kurang begitulah kata Hilmi. Tapi, beliau tidak tahu siapakah musuh yang menganiayanya itu. Beliau tidak menolak kemungkinan ada musuh yang menyimpan dendan dan dengki terhadap beliau atau Eli, maklumlah ketika itu mereka berdua begitu 'intim' bak sepasang burung merpati. Namun, katanya beliau tidak tahu apakah motif mereka berbuat demekian.

Sejak tiga tahun menjalani kehidupan sebagai pelarian sebelum ditahan pada 3 Februari lalu, Hilmi masih disiasat oleh polis Indonesia mengenai dokumen palsu yang digunakan sepanjang berada di Indonesia. Mengikut cerita lagi, Hilmi menanggis mengenang musihabah yang menimpa diri Elizebeth dan dirinya. Mereka mengambil keputusan untuk sama-sama tidak membuka mulut mengenai isu tersebut. Tapi....bak kata perpatah, 'mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut manusia?...hehehe..faham-faham je le. 

Berdasarkan penjelasan Hilmi itu, agak-agak bole ke diterima pakai?...boleh ke kita membuat andaian atau membuat keputusan bahawa Hilmi tidak bersalah?...itu bukan perbuatan beliau dan terinaya?...IBM tahu, anda semua ada jawapanya, dan satu lagi IBM nak tanya. Kalau hubungi mereka ini diteruskan, sudah tentu Hilmi ingin mengawini Eli kerana menurut Hilmi mereka saling cinta mencintai. Dan sudah tentu Eli kena memeluk agama Islam, baru boleh kahwin. Soalan 'cupu emas' IBM, agak-agak le apa nama Islam yang akan digunakkan oleh Eli?...hehehe..saja nak tanya. Sekian.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH


23 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PERISTIWA BUKIT KEPONG
 
Pada  hari  ini  dalam  tahun 1950,  Bukit  Kepong  telah  bermandi  darah  apabila  seramai 25 orang anggota polis  termasuk ahli keluarga telah terkorban manakala beberapa orang pengkhianat juga dipercayai turut mati dan tercedera.  Komunis  telah  menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang  terletak  di  Muar, Johor  pada  waktu  subuh.  Mereka   yang  terbunuh ialah  tiga  Pegawai Polis berpangkat rendah, enam orang polis biasa, tiga orarig polis "Marine", dua orang polis tambahan, lima orang polis bantuan, dua orang isteri serta dua orang anak anggota  polis biasa  dan  dua orang awam.  Balai  Penghulu, Balai Polis dan Berek Polis  turut  musnah.  Ketaat setiaan dan semangat juang mereka telah diuji dan dicabar habis-habisan oleh komunis. Walaupun  berpeluang untuk menyerah, anggota-anggota tersebut tetap berjuang hingga ketitisan darah terakhir. Berbekalkan kecekalan dan kekuatan serta  beberapa laras senapang, anggota-anggota Balai Polis Bukit Kepong di bawah pimpinan Sarjan Jamil Mohd Shah  telah  berjuang  mempertahankan  balai.  Ketabahan  dan  semangat  juang perwira-perwira  yang  gugur  itu harus  menjadi  inspirasi  dalam mengekalkan  kebebasan,  kemerdekaan  dan  keharmonian  negara.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Lagi Ahli PKR Keluar Parti....Akan Berkuburlah PKR!!!

SALAM SEMUA,
Ramai penyokong-penyokong PKR sudah mula bosan dan hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan Parti dan kini, sedikit demi sedikit mereka telah sedar dan insaf dan keluar parti. Tinjauan dan kajian yang IBM telah buat, ramai lagi yang akan keluar dan ada juga yang akan menunggu saat-saat ketika menjelangnya PRU ke-13, mereka akan menggunakan kuasa 'undi' mereka untuk mengkuburkan PKR.

Terbaru, di Arau Perlis, ahli-ahli PKR telah keluar parti dan menyertai Umno. Butirannya baca di bawah :

 48 ahli PKR sertai UMNO

ARAU  - Sebanyak 48 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak nekad keluar dari parti berkenaan apabila secara rasminya menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang, malam tadi. Mereka adalah antara 102 ahli baharu yang menyertai UMNO DUN Tambun Tulang pada satu majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Gelam, Tambun Tulang dekat sini.

Borang menjadi ahli UMNO diserahkan oleh enam bekas ahli PKR Ranting Tambun Tulang, Behor Mempelam, Alor Ara 2, Kepala 10, Changkat Lada, Seri Gelam dan Long Boh. Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menerima penyerahan borang tersebut. Shahidan berkata, 198 lagi ahli baharu UMNO, termasuk anggota PKR dan Pas akan menyerahkan borang sebagai ahli parti berkenaan pada majlis yang bakal dianjurkan secara berperingkat-peringkat.

Katanya, sudah tiba masanya ahli PKR dan Pas meninggalkan parti tersebut untuk menyertai UMNO yang ternyata telah berjaya membuktikan kemampuan memerintah negara dengan baik selama ini. "UMNO Tambun Tulang mengalu-alukan ahli baharu bagi menambahkan lagi kekuatan yang telah sedia ada," katanya. Selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, katanya, beliau juga akan terus memastikan DUN Tambun Tulang menjadi 'kubu terkuat' UMNO di negeri ini.


p/s : IBM kata, "Memang patut dan tiba masanya mereka2 ini yang telah di tipu hidu-hidup oleh PKR meninggalkan parti tersebut. Tak apa-apa faedahnya, kerana PKR hanya buat janji bagi memancing undi di PRU sahaja. Janji2 mereka adalah janji2 kosong macam tin sardin. Hanya BN sahajalah yang boleh membela nasib rakyat di negara ini. IBM harap ramai lagi penyokong2 PKR yang akan keluar meninggalkan parti, bbukan saja di Arau, malah di seluruh negara. Apapun tahniah kepada DS Shahidan Kassim yang berjaya membuka mata dan minda warga di Arau, terutamanya para penyokong PKR untuk menyokong BN. Tahniah sekali lagi."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...