Friday, February 24, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


24 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

RANG UNDANG-UNDANG BAHASA KEBANGSAAN
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1967,  satu  rang  undang-undang  Bahasa  Kebangsaan  sebagai  bahasa  rasmi  telah  diterbitkan. Rang undang-undang ini mula berkuatkuasa  penggunaannya  mulai  1  September  1967,  dan   tidak  melibatkan  negeri-negeri  Borneo. Menurut  rang  undang-undang  ini,  Bahasa  Kebangsaan  akan  digunakan  bagi  semua  urusan  rasmi  dan  tertakluk  kepada  fasal  152  Perlembagaan. Ini bagi membolehkan  penggunaan  secara  liberal  bahasa-bahasa  lain  di  Persekutuan  setakat  yang  dikehendaki. Yang  di-Pertuan  Agong  diberi  kuasa untuk  mengizinkan  penggunaan terus  Bahasa  Inggeris  bagi  tujuan-tujuan  rasmi  yang  dianggap perlu. Bahasa  Kebangsaan dan  Bahasa  Inggeris  akan  digunakan bagi:  semua  undang-undang  atau  pindaan  selanjutnya  yang  dibentangkan  dalam  Parlimen  atau  Dewan  Undangan  Negeri; semua  undang-undang Parlimen  dan  lain-lain  undang-undang  selanjutnya  yang  dibuat  oleh  kerajaan; semua undang-undang dan lain-lain  undang-undang  lanjutan  darinya  yang dibuat  oleh  kerajaan  negeri  dan semua undang-undang  yang  dimasyhurkan  oleh  Yang di-Pertuan  Agong. Naskhah  yang  sahih  ialah  dalam  Bahasa  Kebangsaan kecuali  terdapat  ketentuan  lain  oleh  Yang  di-Pertuan  Agong.  Manakala  semua  urusan  kecuali  keterangan  oleh  seorang  saksi  dalam  mahkamah  akan  dijalankan  dalam  Bahasa  Kebangsaan  atau  Bahasa  Inggeris  atau  separuh-separuh.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...