Balu Allahyarham Azis Terima Sumbangan RM100,000
SEMPORNA - Kerajaan Sabah hari ini menyerahkan sumbangan bernilai RM100,000 kepada keluarga Sjn Azis Sarikon, anggota keselamatan yang terkorban dalam serangan militan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini pada 2 Mac lepas. Sumbangan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman kepada balu allahyarham, Siti Badorah Mahalil di kediamannya di Taman Pelangi, dekat sini.

Ramlee berkata sumbangan itu tanda keperihatinan dan penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan anggota keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.Allahyarham Abd Azis, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau merupakan seorang daripada enam anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan hendap pengganas di perkampungan air itu, dan berasal dari Batu Pahat, Johor.
IBM Kata : Syukur alhamdulillah. Moga rohnya tenang di sana. Dan, terima kasih kepada kerajaan yang begitu prhatin kepada keluaraga allahyarham di atas sumbangan tersebut, kerana ranjau-ranjau hidup masih panjang bagi balu dan keluarga allahyarham. Terima kasih sekali lagi pada kerajaan Barisan Nasional (BN).
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA