Wednesday, March 13, 2013

PM : YAKINLAH KEPADA KERAJAAN BN!!



Kuala Lumpur - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia agar menaruh keyakinan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa mereka masa depan yang lebih baik dan negara ke tahap lebih tinggi. Meskipun Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang signifikan dan rakyat meraih manfaat daripada agenda transformasi kerajaan sejak empat tahun lepas, beliau berkata yang terbaik masih belum tiba."Ini adalah masa untuk kita menaruh keyakinan terhadap kerajaan yang mempunyai rekod pencapaian kukuh, pelan masa hadapan yang amat jelas dan sebuah kerajaan yang berupaya menunaikan janji," katanya dalam program 'Conversation With The PM' yang disiarkan menerusi TV3.

Beliau berkata rakyat tidak seharusnya memperjudikan masa depan mereka dengan membuat ujikaji dengan pakatan pembangkang yang jelas mempunyai agenda berbeza."Mereka tidak ada platform bersama, mereka mempunyai ...perbezaan ideologi yang sangat bertentangan antara sebuah parti dan parti yang lain," katanya dan menambah pakatan pembangkang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat tidak berdaftarpun sebagai sebuah entiti politik.

Datuk Seri Najib berkata mereka malah bertelagah mengenai siapa yang harus menjadi ketua sekiranya mereka membentuk kerajaan. Bagaimanapun, perdana menteri menyuarakan keyakinan bahawa rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan ketika negara membuat persediaan untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 yang sangat dinanti-nantikan itu. Berdasarkan penilaian, beliau berkata rakyat berdiri teguh bersama kerajaan dan berasa lebih selamat dengan BN selaku peneraju.
Katanya beliau menjadi lebih bersemangat berikutan sambutan yang diterimanya ketika menjelajah ke seluruh negara, dengan rakyat keluarberamai-ramai untuk menyambut beliau dalam pelbagai acara. Dalam nada yang serius, Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia dan rakyatnya sentiasa berada dalam fikirannya memandangkan beliau melaksanakan tanggungjawabnya itu sepenuh jiwa raga.

IBM Kata : Insyallah DS, rakyat sudah mula yakin terhadapa kepimpinan dan transformasi yang DS bawa. Cuma pembangkang je yang masih cuba meracuni pemikiran rakyat supaya membenci kerajaan yang ada sekarang ini. Persetankan mereka DS. Yang penting, kita mesti menang di PRU ke-13 nanti. Hidup DS Najib, hidup BN!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...