SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA
Debat mengenai isu 1MDB di antara presidennya Arul Kanda Kandasamy dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua adalah peluang untuk menyerlahkan keberanian dan kejantanan masing-masing bagi mencari kebenaran berhubung isu yang menyelubungi syarikat pelaburan negara itu yang kini sarat hutang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sekiranya Pua mahu isu 1MDB diselesaikan dengan baik, beliau seharusnya menggunakan platform perdebatan itu dengan baik dan jangan berdolak-dalik. "Kalau berani cabar maka hendaklah bayar dengan 'harga tunai' iaitu dengan keberanian, keikhlasan dan bukannya dengan cacamarbakan cabaran itu.
"Jangan bagi alasan untuk melarikan diri dan menghilang dan mencabut kejantanan yang ada," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat peringkat Jawatankuasa Tertinggi mengenai Agensi Keselamatan Sempadan di Putrajaya hari ini. Arul Kanda pada Sabtu menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Pua tanpa sebarang syarat, dengan menarik balik syarat terdahulu untuk Pua meletakkan jawatannya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Ahmad Zahid berkata, beliau percaya Arul Kanda sebagai seorang yang profesional mampu menjawab dengan baik sebarang persoalan yang bakal diajukan seterusnya memberi gambaran sebenar mengenai isu melanda 1MDB.

KESIMPULANNYA :
Adakah Tony Puaka ni berani menyambut cabaraN dari DS Ahamd Zahid untuk BERDEBAT dengan Arul Knada? Dan...adalah Tonya Puaka ni benar-benar jantan?? Bagi IBM Tony Pua adalah 'penyundal politik'. Berani cakap dan buat fitnah. MP PJU sundal ni sebenarnya sudah kehabisan modal, tiada idea. Maka, jom kita singkirkan DAPigs ini dari Petaling Jaya Utara (PJU). Dari saya - IBM#PJUTETAPDIHATIKU