SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA

Mengikut DS Salleh, beliau pun tidak faham asas kepada pandangan Tun Dr Mahathir itu, malah katanya beliau rasakan tidak ada. Dan sekali lagi beliau menambah yang manan beliau tak nampak apa-apa yang telah dilanggar oleh Perdana Menteri dalam hal ini. Bagi IBM sekiranya Tun Mamak Mahathir membuat kenyataan sedemikian beliau harus mengemukakan asas-asas tuduhan tersebut. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan tidak berbangkit soal beliau itu harus didakwa atau tidak. Ini semua gara-gara cemburunya Tun Mamak Mahathir akan kejayaan DS Najib mengendalikan negara.
Difahmakan, Tun Mamak Mahathir menerusi blognya menulis dan mendakwa Perdana Menteri yang seharusnya didakwa kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara bukannya pemberi maklumat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang. Beliau juga (Tun Mamak) menuduh mereka-mereka yang menubuhkan dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengurusannya adalah pihak yang mensabotaj negara ini, yang mempunyai rekod pengurusan kewangan dan sistem perbankan yang baik.
Bagi pandangan IBM, apa yang dinyatakan oleh Tun Mamak Mahathir hanya merupakan kenyataan politik. Tun Mamak sudah lupa, mudah lupa. Dari saya - IBM#PJUTETAPDIHATIKU.