SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif (gambar bawah) mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang masih gagal merangka enakmen baharu untuk memberi lebih kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) membendung pertumbuhan pusat judi siber haram di negeri itu. Beliau berkata, enakmen baharu itu perlu digubal secepat mungkin bagi memperketatkan penguatkuasaan PBT ke atas pertumbuhan pusat judi siber haram di Selangor yang semakin berleluasa. “Buat masa ini, kuasa PBT masih terhad kerana hanya mempunyai kuasa menyita dan mendenda premis judi haram dan sekiranya enakmen baharu digubal, ia membolehkan lesen pusat siber haram dirampas.

“Jumlah kutipan yang semakin meningkat saban tahun ini menunjukkan jumlah premis hiburan yang semakin bercambah ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan,” katanya. Dalam perkembangan lain, Shahrum mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali meneruskan pembinaan tiga projek lebuh raya baharu yang diluluskan secara dasar iaitu Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE). Berhubung dengan isu kenaikan tol, beliau berkata kerajaan negeri boleh memainkan peranan mengurangkan masalah rakyat yang tertekan dengan kenaikan tol melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Kumpulan Perangsang Selangor mempunyai sebahagian kepentingan dalam Lebuhraya Kesas dan Sprint. - SUMBER.
RUMUSAN :
Agaknya pemimpin-pemimpin pakatan di Selangor ni kaki judi kot. Nak cepat kaya le katakan. Jadi wakil rakyat belum tentu boleh hidup senang. Huhuhuhu...akhirnya negeri Selangor di gelar 'Negeri Judi Haram'.....bukan lagi 'Selangorku'..Ada depa kisah?....alahai Azmin! Dari saya : IIBM#PJUTETAPDIHATIKU