Zahid Akui Terkena 'Tempias' Politik Kebencian.....

Tapi.....adakah mereka tahu apa yang dilakukan oleh beliau adalah melaksanakan tanggungjawab sebagai pembantu DS Najib serta atas prinsip setiakawan yang diamalkan selama ini. Bagi pihak diri beliau, kalau kita tidak pertahankan Perdana Menteri, siapa lagi?. Takkan lah beliau selaku Timbalan Perdana Menteri nak korek kapal tidak sokong Perdana Menteri. Atas sebab itu, beliau pertahankan DS Najib kerana prinsip kesetiakawanan. Tidak lebih dari itu, kata Zahid. Oleh kerana itu, janganlah apabila kapal kena ribut, kena gelombang, kita angkat nakhoda kita campak ke laut. Itu bukan setiakawan namanya, katanya.
Jesteru, IBM berharap politik kebencian yang kini dilihat begitu berluas-luasa dan sudah menjadi trend di dalam UMNO harus di hentikan. Kesan yang amat mendalam telah kita semua alami. Dalam hal ini siapa yang rugi dan siapa yang untung? Mahukah kita BN/UMNO jadi 'pembangkang' pada PRU ke-14 nanti?? Sama-sama kita fikir-fikirkan. Dari saya - #IBMPJUTETAPDIHATIKU.