Saturday, May 28, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :

28 MEI

Gambar Hiasan
Logo Wanita UMNO

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.

PERSIDANGAN AGUNG KAUM IBU UMNO DI ARAU PERLIS
Tarikh Peristiwa : 28.05.1949

Peranan wanita dalam pembangunan negara memang tidak dapat dinafikan. Peranan mereka dalam politik, ekonomi dan pendidikan amat penting sekali bagi membantu dan menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat dan seterusnya negara. Pada hari ini 28 Mei 1949, satu Persidangan Agung Kaum Ibu UMNO telah diadakan di Arau, Perlis. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis.Turut hadir di majlis tersebut ialah Cik Putih Mariah bt Ibrahim Rashid, Ketua Kaum Ibu, ahli-ahli jawatankuasa kaum ibu pusat, wakil-wakil kaum ibu dari negeri-negeri dan pemerhati dari beberapa negeri juga. Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis pun hadir sama dan menyampaikan ucapan. Semasa menyampaikan titah ucapan di majlis tersebut Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis mengingatkan bahawa telah sampai masanya orang-orang Melayu bangun dan brusaha dengan lebih gigih lagi untuk memeperbaiki hidup mereka. Mereka diminta supaya jangan membuang masa, tetapi perlu bekerja bersungguh-sungguh memperbaiki kehidupan sehari-hari serta menambah pelajaran anak-anak. Titah Baginda lagi pelajaran tinggi penting bagi faedah kaum dan bangsa di masa akan datang. Melalui pelajaran sahaja kaum dan bangsa Melayu akan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih aman dan damai. Baginda juga bertitah bahawa kerajaan akan menubuhkan sebuah universiti tidak lama lagi yang akan dibuka kepada seluruh penduduk Tanah Melayu dan Singapura. Universiti ini terbuka kepada semua tanpa mengira agama dan bangsa. Bagi orang-orang Melayu yang kasihkan negara perlu menggalakkan anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh dan memasuki universiti tersebut, kerana anak-anak yang berjaya itu akan membantu serta berguna kepada bangsa dan tanah airnya. Sesungguhnya apa yang disarankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis di Persidangan Kaum Ibu UMNO di Arau pada hari ini dalam tahun 1949 telah menjadi kenyataan. Seruan Baginda telah disambut oleh penduduk-penduduk Tanah Melayu ketika itu dengan baik. Cerdik pandai Melayu merupakan golongan yang berusaha keras menuntut kemerdekaan dari penjajah, dan seterusnya membina negara Malaysia sehingga disegani dan dikenali di seluruh dunia.


SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Friday, May 27, 2011

Kelakar : Bob Lokman buat lawak bodoh lagi..

DARI MEJA IBM :

"Tugas saya bantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya" - Bob Lokman

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.

Macam-macam hal si Bob ni. Semasa berkempen di PRK DUN Merlimau yang lepas, dalam ceramahnya, beliau mengatakan bahawa calon Pas akan memenangi PRK tersebut. Terlalu konfiden dia berceramah, tapi akhirnya calon Pas tumpas, kecundang akhirnya.

Kini, sekali lagi Bob buat lawak, lawak bodohnya yang mana dia kan pastikan Pakatan Rakyat akan dapat menawan Putrajaya. Saya tak hairan kalau satu hari nanti, bob akan berceramah di seluruh negara menyatakan sesiapa yang masuk dan menyokong Pas akan masuk syurga seperti apa yang dikatakan oleh Tok gurunya Nicky Ajis.

Aduhai, kenapalah sebegini 'Gobloknya' si Bob ni. Kalau tak masuk Pas tak masuk syurga ke..?..dan kalau tak masuk Pas segala dosa atau taubat kita tak di terima Allah ke..? Ramai rakan-rakan selebreti yang seangkatan dengannya merasa kesal dan mempertikaikan kenyataan Bob yang mengatakan bahawa dunia hiburan banyak melalaikan. Baru nak membersihkan diri daripada dosa, kini ditambah lagi dengan dosa yang baru. Bob, bob, ruginya kamu.

PKR hilang pejabat-9 Jun penentu nasib

DARI MEJA IBM :

Ibu Pejabat PKR yang akan dilelong

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah

SHAH ALAM - Ibu Pejabat PKR yang terletak di Merchant Square berkemungkinan besar dilelong pada 9 Jun ini kerana pemilik bangunan yang disewa parti tersebut gagal membayar balik pinjiman Bank.

Kesian Anwar. Bermacam-macam bala yang menimpa beliau. Itulah bala yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t kepada orang yang sombong, angkuh, memecah belahkan bangsa sendiri dan mengkhianat bangsa dan agama demi politik songsang yang di amalnya.

BERTAUBATLAH WAHAI ANWAR. Baliklah kepangkalan jalan. cita-cita kamu untuk menjadi 'Perdana Menteri' sudah tertutup rapat. Jangan salahkan orang lain. Salahkan diri kamu sendiri. Sebelum tidur, eloklah kamu cermin-cerminkan diri kamu dulu.

Yang pasti, pintu besi di Sungai buloh sedang menanti kamu. Ucapkan selamat tinggal kepada para pengikut fanatik kamu, keluarga kamu dan karier politik kamu yang mana telah sampai ke penghujungnya.

Nik Ajis mengamalkan 'KRONISME'

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T DAN SALAM UKHWAH

DARI MEJA IBM :

"Nak jadi Timbalan Presiden atau Naib Presiden itu masalah kedua, yang penting ada calon supaya pengalaman di Kelantan boleh dibawa ke Pusat" - Nik Aziz


Mursyidul Am Pas sokong Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tanding Naib Presiden dalam pemilihan parti bulan depan

Realitinya, pemimpin PAS merupakan orang politik yang tidak bertanggung jawab kerana mempunyai naluri untuk tamak kuasa dan harta membatasi kepertanggung jawaban melunaskan amanah yang rakyat . Pemimpin PAS yang selalu mengambil peluang memperkudakan keyakinan orang ramai atas perjuangan mereka yang kunun kunun berlandaskan ‘Al Quran dan Sunnah’ kini sah dikategorikan dalam rumpun amalan kronyism, terutama menjaga kepentingan sendiri.

Ini terbukti bila Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong penuh dan merestui dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk bertanding sebagai Naib Presiden dalam pemilihan parti itu pada 3 Jun depan.

Alasan beliau, katanya, Kelantan ada kerajaan Pas, oleh itu perlu ada pemimpin Pas Kelantan dipusat dan juga bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran parti. Apapun alasan yang di beri oleh MB Kelantan, Datuk Nik Aziz, jelas menunjukan bahawa beliau memang mengamalkan 'Kronisme' dan lebih teruk lagi bila beliau menuduh pemimpin-pemimpin UMNO mengamalkan 'Kronisme'. Inilah yang dikatakan, kata paku papan serpeh, kata orang awak yang lebih.

Yang nyatanya, tindakan MB Kelantan Nik Aziz ini sebenarnya memperlupuri amalan Muawiyah Abi Suffian diKelantan, yang memulakan pemerintahan hierraki Khalifah Ummaiyah dalam menghalalkan amalan dinasti dan menghentikan amalan musyawarah Khalifah Ar Rashidin. Nik Aziz memang HAMPEH..!!

Hari Ini Dalam Sejarah

27 MEI

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.

HARI INI DALAM SEJARAH :

Makanan ringan ini dipasarkan di bawah jenama kerepek 7 F hasil dari program pembangunan Industri Kampung

Pembangunan Industri Kampung juga menghasilkan Tenungan Songket

PELANCARAN KEMPEN KESEDARAN RANCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KAMPUNG
Tarikh Peristiwa : 27.05.1983

Tumpuan pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan tidak pernah melupakan masyarakat luar bandar. Sebahagian besar daripada penduduk di Malaysia tinggal di luar bandar. Salah satu daripada usaha yang dijalankan oleh Kerajaan ialah pembangunan dalam industri kecil dan sederhana. Pada hari ini 27.5.1983, Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Rancangan Pembangunan Industri Kampung dan Karyaneka di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berucap semasa merasmikan pelancaran kempen ini, Perdana Menteri menggesa masyarakat luar bandar supaya memulakan perusahaan kampung secara besar-besaran dan lebih sistematik. Selain daripada itu, strategi pengeluaran barangan industri kampung mestilah dikeluar secara teratur, tepat pada masa yang diperlukan dan bilangan yang boleh memenuhi kehendak pasaran. Sekiranya langkah-langkah di atas dapat diambil, Pengusaha-pengusaha Industri Kampung akan dapat menguasai pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Pada kempen kesedaran ini, seramai 3,000 orang telah hadir, pelbagai acara dijalankan seperti pembentangan kertas kerja yang berkaitan dengan modal & teknologi serta peluang-peluang industri yang akan dapat berkembang dan terdapat pasaran yang besar. Kempen Kesedaran Rancangan Pembangunan Industri Kampung ini telah menghasilkan kejayaan, apabila lahirnya usahawan kecil dan sederhana yang telah berjaya menembusi pasaran dalam dan luar negeri hari ini.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...