Saturday, May 28, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :

28 MEI

Gambar Hiasan
Logo Wanita UMNO

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.

PERSIDANGAN AGUNG KAUM IBU UMNO DI ARAU PERLIS
Tarikh Peristiwa : 28.05.1949

Peranan wanita dalam pembangunan negara memang tidak dapat dinafikan. Peranan mereka dalam politik, ekonomi dan pendidikan amat penting sekali bagi membantu dan menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat dan seterusnya negara. Pada hari ini 28 Mei 1949, satu Persidangan Agung Kaum Ibu UMNO telah diadakan di Arau, Perlis. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis.Turut hadir di majlis tersebut ialah Cik Putih Mariah bt Ibrahim Rashid, Ketua Kaum Ibu, ahli-ahli jawatankuasa kaum ibu pusat, wakil-wakil kaum ibu dari negeri-negeri dan pemerhati dari beberapa negeri juga. Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis pun hadir sama dan menyampaikan ucapan. Semasa menyampaikan titah ucapan di majlis tersebut Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis mengingatkan bahawa telah sampai masanya orang-orang Melayu bangun dan brusaha dengan lebih gigih lagi untuk memeperbaiki hidup mereka. Mereka diminta supaya jangan membuang masa, tetapi perlu bekerja bersungguh-sungguh memperbaiki kehidupan sehari-hari serta menambah pelajaran anak-anak. Titah Baginda lagi pelajaran tinggi penting bagi faedah kaum dan bangsa di masa akan datang. Melalui pelajaran sahaja kaum dan bangsa Melayu akan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih aman dan damai. Baginda juga bertitah bahawa kerajaan akan menubuhkan sebuah universiti tidak lama lagi yang akan dibuka kepada seluruh penduduk Tanah Melayu dan Singapura. Universiti ini terbuka kepada semua tanpa mengira agama dan bangsa. Bagi orang-orang Melayu yang kasihkan negara perlu menggalakkan anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh dan memasuki universiti tersebut, kerana anak-anak yang berjaya itu akan membantu serta berguna kepada bangsa dan tanah airnya. Sesungguhnya apa yang disarankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis di Persidangan Kaum Ibu UMNO di Arau pada hari ini dalam tahun 1949 telah menjadi kenyataan. Seruan Baginda telah disambut oleh penduduk-penduduk Tanah Melayu ketika itu dengan baik. Cerdik pandai Melayu merupakan golongan yang berusaha keras menuntut kemerdekaan dari penjajah, dan seterusnya membina negara Malaysia sehingga disegani dan dikenali di seluruh dunia.


SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...