Friday, May 27, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

27 MEI

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.

HARI INI DALAM SEJARAH :

Makanan ringan ini dipasarkan di bawah jenama kerepek 7 F hasil dari program pembangunan Industri Kampung

Pembangunan Industri Kampung juga menghasilkan Tenungan Songket

PELANCARAN KEMPEN KESEDARAN RANCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KAMPUNG
Tarikh Peristiwa : 27.05.1983

Tumpuan pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan tidak pernah melupakan masyarakat luar bandar. Sebahagian besar daripada penduduk di Malaysia tinggal di luar bandar. Salah satu daripada usaha yang dijalankan oleh Kerajaan ialah pembangunan dalam industri kecil dan sederhana. Pada hari ini 27.5.1983, Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Rancangan Pembangunan Industri Kampung dan Karyaneka di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berucap semasa merasmikan pelancaran kempen ini, Perdana Menteri menggesa masyarakat luar bandar supaya memulakan perusahaan kampung secara besar-besaran dan lebih sistematik. Selain daripada itu, strategi pengeluaran barangan industri kampung mestilah dikeluar secara teratur, tepat pada masa yang diperlukan dan bilangan yang boleh memenuhi kehendak pasaran. Sekiranya langkah-langkah di atas dapat diambil, Pengusaha-pengusaha Industri Kampung akan dapat menguasai pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Pada kempen kesedaran ini, seramai 3,000 orang telah hadir, pelbagai acara dijalankan seperti pembentangan kertas kerja yang berkaitan dengan modal & teknologi serta peluang-peluang industri yang akan dapat berkembang dan terdapat pasaran yang besar. Kempen Kesedaran Rancangan Pembangunan Industri Kampung ini telah menghasilkan kejayaan, apabila lahirnya usahawan kecil dan sederhana yang telah berjaya menembusi pasaran dalam dan luar negeri hari ini.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...