Wednesday, December 30, 2015

SALAM PERPADUAN UMNO - PAS LABUH TIRAI 2015

RABU, 30 DISEMBER 2015

Sama ada pembangkang mahupun parti pemerintah Barisan Nasional (BN), tahun ini menyaksikan mainan pelbagai emosi antara kecewa, marah, suka dan duka membabitkan barisan kepimpinannya. Sungguhpun demikian, insiden yang berlaku di kalangan parti-parti komponen pembangkang dan BN gagal dimanfaatkan oleh mana-mana pihak demi kepentingan politik mereka. Jika disingkap kembali kalendar politik negara sejak permulaan  2015, komponen pakatan pembangkang sebelum ini yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR tidak pernah sunyi daripada krisis hingga akhirnya membawa kepada perpecahan. Bibit-bibit keretakan sebenarnya bermula sejak penghujung 2014 apabila PAS secara terbuka menolak pilihan PKR dan DAP untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Kemarau di pihak pembangkang semakin jelas apabila pemimpin utama mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Ia susulan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari memutuskan Anwar bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Selepas ketiadaan bekas ketua pembangkang itu yang selama ini bertindak sebagai ejen penyatuan khususnya antara PAS dan DAP, pakatan pembangkang dilihat tak ubah seperti sebuah kapal yang tiada nakhoda. Umum mengetahui kerjasama pembangkang atas nama Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 2008 kini hanya tinggal sejarah. Dalam hal ini, banyak pihak menyalahkan PAS kerana dianggap menjadi punca kepada berakhirnya kerjasama berkenaan.
Titik perpecahan episod hitam itu dikesan  apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan notis pemberitahuan mengenai usul berkaitan hudud kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah pada 18 Mac. Rentetan daripada itu, PAS turut membentang dan meluluskan enakmen undang-undang berkaitan hudud di Kelantan pada 19 Mac lalu. Tindakan Hadi yang dilihat membelakangi DAP dan PKR dalam hal berkenaan menimbulkan kemarahan bukan sahaja dikalangan rakan sekutunya itu namun mencetuskan rasa kurang senang pemimpin progresif dalam PAS sendiri. DAP memberi tentangan paling hebat dalam isu hudud yang diperjuangkan PAS hingga Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu yang bermesyuarat pada 23 Mac mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi namun mahu kekal bekerjasama dengan parti Islam berkenaan.
Sejak itu PAS dan DAP saling bercakaran antara satu sama lain selepas prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju' yang  digunapakai mereka sejak sekian lama gagal difahami dan dipatuhi. Serangan demi serangan DAP terhadap Abdul Hadi nyata tidak disenangi ahli parti Islam itu hingga perwakilan Muktamar Tahunan PAS ke-61 mengambil keputusan untuk berpecah dengan DAP pada 6 Jun lalu. Lebih parah, pada muktamar yang sama pimpinan progresif dalam PAS yang sering dikaitkan sebagai ejen DAP turut disingkirkan dalam pemilihan parti itu. Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, proses 'pembersihan' yang dilakukan PAS terhadap bekas pemimpinnya membawa kepada perkembangan terkini situasi politik dalam negara.
Kata Ahmad Atory, PAS akan berhadapan masalah besar dalam pilihan raya akan datang susulan terhakisnya sokongan terhadap mereka khususnya di kalangan pengundi di kawasan bandar. "Apa yang terjadi, inilah harga yang perlu dibayar oleh PAS. Mereka kena tanggung risiko apabila ramai ahli keluar PAS. "Paling nyata PAS kehilangan beberapa pemimpin berpengaruh dalam menarik sokongan pengundi seperti Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja). Mereka ini menang besar di kawasan bandar dan kerusi campuran," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.
Buktinya pada 13 Julai lalu bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan hasrat menubuhkan parti politik baharu yang diterajui pemimpin progresif dalam PAS. Pada ketika itu kumpulan berkenaan bergerak atas nama Gerakan Harapan Baru. Akhirnya pada 16 September lalu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu melancarkan penubuhan parti politik baharu yang dikenali sebagai Parti Amanah Negara (Amanah). Kehadiran Amanah akhirnya memberi lembaran baharu kepada DAP dan PKR selepas PAS mengambil langkah untuk bergerak bersendirian di peringkat Persekutuan.
Susulan itu satu persidangan meja bulat yang melibatkan DAP, PKR, Amanah dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diadakan pada 22 September bagi mencari penyelesaian terhadap kerjasama pembangkang yang dilihat longgar. Pertemuan berkenaan akhirnya mengambil kata putus untuk menubuhkan kerjasama pembangkang yang baharu atas nama Pakatan Harapan tanpa melibatkan PAS.
PERPADUAN UMNO - PAS
Disebalik perpecahan Pakatan Rakyat dan krisis dalaman PAS, tahun ini sebenarnya membawa kepada lembaran baharu dalam arena politik negara. Ia berlaku secara spontan tatkala Umno selaku parti dominan dalam BN turut berhadapan krisis membabitkan pimpinan tertingginya. Ia bermula apabila satu rakaman video ucapan keras bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kerugian syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Janda Baik tersebar di Internet pada 21 Mei lalu. Bermula daripada itu Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dilihat semakin  berani menyuarakan kebimbangannya berhubung masa depan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.
Selepas itu pada 26 Julai, Muhyiddin sekali lagi mengulangi gesaannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyelesaikan isu 1MDB seperti yang dituntut rakyat. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Muhyiddin apabila Najib bertindak memecatnya menerusi rombakan Kabinet dua hari selepas itu iaitu pada 28 Julai lalu. Turut digugurkan, Naib Presiden Umno yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal. Kesan daripada itu, Umno berhadapan krisis kepimpinan yang meruncing akibat kebangkitan kumpulan penyokong Ahli Parlimen Pagoh itu kerana membantah tindakan Najib.
Bagi Ahmad Atory, beliau menyifatkan krisis kepimpinan Umno yang berlaku di era pemerintahan Najib adalah yang terburuk sejak penubuhan parti itu. Malah beliau turut bersetuju bahawa ia lebih buruk daripada krisis yang berlaku pada 1988 yang membawa kepada pengharaman parti berkenaan. Sehubungan itu, menurutnya, 'salam perpaduan' yang dihulurkan Umno kepada PAS pada Perhimpunan Agung Umno 2015 awal bulan ini berlaku secara bersebab. "Saya percaya PAS sekarang hadapi isu perpaduan dan Umno juga hadapi isu yang sama.
"Jadi dua parti yang sama-sama lemah ni nak bergabung. Umno hulurkan tangan perpaduan dan PAS juga seakan mahu hulurkan perpaduan dengan Umno. "Kiranya yang lemah sama lemah nak bergabung dan diharapkan mendapat kekuatan baharu, dimensi baharu untuk berdepan dengan serpihan-serpihan mereka," katanya. Jelas Ahmad Atory, beliau melihat kerjasama yang bakal terbentuk antara Umno-PAS merupakan 'talian hayat' kepada kedua-dua parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Di pihak PAS sudah pasti ada tentangan dalaman. Dalam Umno pun tak kurang juga yang menentang kepimpinan yang ada hari ini.
"Bezanya Umno tak menubuhkan parti baharu. Tapi saya fikir sama sahaja, kalau tak bentuk parti pun, tapi kalau tak mengundi dalam pilihan raya tak guna juga," katanya. Tambah Ahmad Atory lagi, kalendar 2015 bakal ditutup dengan isu perpaduan antara Umno dan PAS yang sudah sekian lama diperkatakan. "Jadi tahun 2015 adalah bermulanya perpaduan dan kerjasama antara PAS dan Umno yang sama-sama lemah bagi mencari kekuatan baharu. "Kita boleh fikir mengikut logik dalam perniagaan. Sesuatu syarikat itu akan bergabung apabila ia tidak mempunyai wang yang  mencukupi. "Kalau Umno kuat, hendak ke Datuk Seri Najib hulurkan tangan...sorry lah. 
Tapi sebab Umno lemah ia terjadi. Saya yakin kalau Umno tak hulurkan tangan kepada PAS, Umno akan ketandusan dan mungkin susah untuk bentuk kerajaan," katanya. Bagaimanapun Ahmad Atory mengandaikan bahawa formula perpaduan antara Umno dan PAS hanya akan berhasil secara bersyarat. "Kalau jadilah kerjasama ini, saya yakin ia akan berjalan secara bersyarat. "Kalau isu yang dihadapi oleh Umno dan kerajaan tak selesai dan rakyat tak menerima penyelesaiannya...ia pasti susah," katanya. SUMBER.
P/S - Harap-harap perpaduan UMNO-PAS ini berjaya bagi menyatukan umat Islam di negara ini yang sekian lama berpecah-belah gara-gara politik. Insyallah. Dari saya - IBM. #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

Tuesday, December 29, 2015

BENAR KATA KU LI.........

SELASA, 29 DISEMBER 2015
PAS Dan UMNO Saling Memerlukan.......

Cadangan kerjasama UMNO dan PAS bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan kerana kedua-dua parti saling memerlukan untuk menarik sokongan orang Melayu. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, adalah penting untuk UMNO menarik sebanyak mungkin undi kaum Melayu yang menjadi kelompok majoriti pada pilihanraya umum akan datang lantaran sokongan kelompok pengundi kaum lain yang telah menyusut. “Saya tidak mahu komen tetapi merasakan pandangan dari seluruh negara menunjukkan bahawa cadangan UMNO itu adalah berasaskan kebimbangan tidak mendapat sokongan bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang,” katanya pada sidang media Perkasa di ibu negara, Selasa.
Veteran UMNO yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, PAS, lebih memerlukan sokongan UMNO untuk merealisasikan cita-cita pelaksanaan hudud terutamanya selepas pertikaian parti Islam itu dengan parti sekutu dalam Pakatan Rakyat yang telah dibubarkan. “Mereka memerlukan sokongan untuk perjuangan mereka daripada pihak yang berpengaruh seperti UMNO. Jika mereka mahu mengamalkan undang-undang hudud, ia tidak boleh dilakukan kecuali dengan meminda enakmen Syariah di Kelantan dan Terengganu. “Nombor dua, mungkin mereka (PAS) mahu majoriti dua pertiga di Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan (untuk membolehkan hudud). Jika kedua-dua parti bekerjasama, semua yang seperti perancangan mungkin berlaku,” jelasnya.
Majoriti orang Melayu katanya, akan gembira jika UMNO dan PAS berkerjasama namun mungkin menjejaskan sokongan Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak. UMNO katanya, mungkin mendapat lebih banyak sokongan Melayu kerana bekerjasama dengan PAS namun parti itu tidak mampu untuk tidak memberi perhatian kepada pengundi di Sabah dan Sarawak. “Mereka mungkin merasakan bahawa kerjasama dengan PAS tidak akan menegakkan hak mereka kerana pengundi di Sabah dan Sarawak tidak melihat Islam sebagai agama rasmi negeri,” katanya lagi.
Beliau bagaimanapun kemudiannya enggan mengulas lanjut mengenai cadangan kerjasama UMNO-PAS itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sewaktu Perhimpunan Agung UMNO lalu menghulurkan salam silaturrahim kepada PAS yang disambut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan bekerjasama selagi ianya berdasarkan kepada prinsip-prinsip Islam.  - SUMBER.
p/s - Satu pandangan dari seorang veteran dalam politik yang cintakan perdamaian. IBM setuju dengan saranan Ku Li. Bila lagi? Sampai bila UMNO dan PAS ingin bertelengkah? Fikir-fikirkan demi untuk bangsa melayu, anak cucu-cicit kita dan akhirnya agama Islam itu sendiri. Wasallam. Dari - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

AZMIN ALI TERNYATA GAGAL!!

SELASA, 29 DISEMBER 2015

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali diingatkan agar tidak terus menyepi untuk memberikan penjelasan lebih lanjut terhadap beberapa isu di negeri yang sarat dengan kontroversi sebelum ini seperti Darul Ehsan Investment Group (DEIG), dana penstrukturan air di negeri berkenaan serta kos naik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan.
IBM bersetuju dengan saranan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, YB Halimaton Saadiah Hj Borhan. Selaku Menteri Besar, beliau perlu memberikan secara panjang lebar terhadap perkara yang dibangkitkan sebelum ini oleh pelbagai pihak termasuk bekas MB, Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam soal dana penstrukturan air.
Menurut YB Halimaton, sampai bila soal berkenaan akan terus berlalu begitu sahaja dan jika ada sekalipun sebelum ini ianya adalah tidak menyeluruh dan masih lagi memerlukan penerangan serta penjelasan lanjut mengenai soal yang dibangkitkan itu.

“Jika bukan Menteri Besar yang perlu memberikan penjelasan apakah tidak ada pihak-pihak lain yang ada hubungkait dengan soal-soal yang dibangkitkan itu untuk tampil ke depan memberikan penjelasan sewajarnya?.

Secara keseluruhannya, Azmin dan kerajaan pakatan Selangor hanya pandai bercakap, berjanji sahaja. Maka, YB Halimaton sekali lagi mengingatkan Azmin agar tidak terus mengunci mulut dalam pelbagai isu kontroversi dengan mengharapkan rakyat akan lupa kerana isu berkenaan membabitkan bukan sahaja jutaan malah ribuan juta wang rakyat Selangor.
Selain dari YB Halimaton, IBM berpendapat keatas pelbagai pertanyaan yang dibangkitkan berhubungkait dengan kontroversi sebelum ini adalah semata-mata untuk mengetahui secara nyata soal-soal terbabit dan bukannya mahu mengaibkan sesiapa. Kerana kita sedia maklum bahawa kerajaan Pakatan Selangor semasa kempen PRU ke-13 dengan bongkak dan menabik dada bahawa merekalah yang terbaik. Tapi, kini, apa sudah jadi.
Tindakan mengunci mulut atau penjelasan secara acuh tak acuh hanya membuatkan kita merasakan kerajaan Selangor cuba menyembunyikan tindakan jahat, kata YB Halimaton lagi. Akhir sekali IBM nak sentuh sikit tentang wawasan dan janji-janji kerajaan Pakatan Selangor utntuk mengurangkan 'kemiskinan' rakyat Selangor. Apa sudahnya? Bagi IBM, Azmin dan kerajaan pakatan Selangor gagal. Wasallam. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

Sunday, December 27, 2015

KEJAMKAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN) ??

AHAD, 27 DISEMBER 2015
 Anwar Dibenar Keluar Penjara Lawat Anak Di Hospital

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga Anwar Ibrahim mengesahkan perkara ini dan menambah bahawa permohonan telah dibuat untuk Anwar melawat anak perempuannya di hospital. “Beliau telah dibenarkan untuk melawat anaknya pukul 5 petang (23 Disember). “Dia stabil dan sedar. Hanya perlu banyak berehat,” kata sumber itu ketika dihubungi.


Anwar kini dipenjarakan di Sungai Buloh dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun. Dan menurut CheguBard memandangkan kecederaan yang dialami Nurul Nuha agak serius, Anwar Ibrahim telah dibawa dari Penjara Sungai Buloh untuk melawatnya semalam.

P/S : 

Mudah je kan..anak bini sakit je boleh keluar melawat...emmm kalau cam nilah ringannya hukuman terhadap pesalah jenayah merogol sesama jantan. Kalau lagu tu, baik bebaskan si peliwat tu dan jadikah PM. Huhuhuhu.....Tapi....persoalanya, zalimkah kerajaan BN ni? - IBM#UMNOPJUTETAPDIHATI

Friday, December 25, 2015

ZALIM BENARKAH UMNO HINGGA TAK BOLEH DIMAAFKAN??

JUMAAT, 25 DISEMBER 2015
"SAMPAH DALAM MATA PAS"

Entah mengapa Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad tiba-tiba menjadi sampah di dalam mata ketika partinya dan UMNO sedang membincangkan isu kerjasama bagi kepentingan Melayu dan Islam. Beliau membangkitkan membangkitkan persoalan tentang kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan UMNO sebelum ini. Bagi Pesuruhjaya PAS Selangor dan Adun Chempaka itu, kesalahan yang pernah dilakukan UMNO sebelum ini tidak boleh dimaafkan oleh mana-mana pimpinan. Katanya, kesalahan tersebut hanya boleh dimaafkan oleh pihak yang didakwanya pernah ditindas oleh parti pemerintah itu.
“Siapa yang boleh memaafkan kesalahan UMNO? Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan. Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan UMNO itu sendiri. “Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini. Siapakah mereka? Ramai sekali,” kata Iskandar dalam satu kenyataan, semalam. Beliau menyebut beberapa mangsa yang didakwa ditindas oleh UMNO antaranya bekas tahanan ISA, mangsa peristiwa Memali, seluruh rakyat Kelantan dan Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum serta penjawat awam yang dipindahkan kerana menyokong pembangkang.
“Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini. Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan UMNO,” kata Iskandar lagi. Malang bagi PAS kerana selepas ‘pembersihan’ ketika muktamar dan pemilihan parti Jun lalu, masih ada saki baki yang mempunyai dendam kepada parti sendiri. Iskandar adalah contoh pemimpin yang diberikan tempat di dalam saf kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi seperti Timbalan  Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Idris Ahmad, mereka bertiga agak tidak senang hati dengan hasrat kerjasama PAS- UMNO.
Sedangkan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu sedia memaafkan kesalahan UMNO memandangkan ia sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka. Malah, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata, PAS wajar membuka  lembaran baharu bersama UMNO bagi mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan serta tidak perlu mengungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang dilakukan UMNO. Apa rasional Iskandar membangkitkan atau mengungkit cerita lampau UMNO?
Adakah PAS parti yang dilihat lebih bersih daripada UMNO sedangkan umum tahu bagaimana pemimpin parti Islam itu ‘songlap’ duit tabung Memali? Adakah PAS bersih apabila Koperasi Al Hilal Berhad atau Kohilal juga berdepan salah urus dan tadbir wang yang dikuitp daripada ahli-ahli parti? Zalimkah UMNO sedangkan Iskandar sendiri dapat merasai nikmat pembangunan dan politik daripada warisan UMNO dan Barisan Nasional yang mentadbir  Selangor sebelum diambil Pakatan Rakyat?
Mungkin Iskandar khuatir kedudukannya sebagai Exco Selangor terjejas sekiranya PAS dan UMNO mewujudkan kerjasama membentuk kerajaan negeri yang baru kelak. Sepatutnya, Iskandar, Tuan Ibrahim dan Idris berlapang dada dan menyokong usaha Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kearah kerjasama kedua-dua parti. Tambahan pula, PAS kini hanya menunggu masa ditendang keluar oleh PKR di Selangor walaupun kedua-dua parti mendakwa masih mengekalkan kerjasama politik bagi mentadbir Selangor.
Atau mungkin mereka bertiga sudah merancang untuk mengambil kepimpinan PAS daripada Hadi. Insyallah, jika panjang umur, diizinkan oleh Allah SWT, persoalaan ini akan terjawab juga. Ikhlas - IBM#UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

Monday, December 21, 2015

AZMIN SUDAH BERANI MELAWAN DAPIGS?.....BETUL KE NI???

ISNIN, 21 DISEMBER 2015
SUMBER YANG IBM DAPAT .....

Isu kerjasama antara UMNO dan PAS yang menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini nyata telah mendapat reaksi ramai pihak samada dipihak UMNO mahupun pihak pembangkang. Rata-rata memuji cadangan ini malah ada yang menyifatkan, ianya merupakan langkah berani yang diambil oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam memastikan Islam dan Melayu itu semakin bersatu.

Tidak ketinggalan, Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau dilihat menyokong penuh apa yang diputuskan di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar (WAAG) dengan menyatakan perpaduan Islam dan ummah serta orang-orang Melayu jauh lebih utama daripada kepentingan politik.

Beliau dilaporkan menegaskan, jika mahu melihat Malaysia maju, rakyat harus disatu padukan tanpa mengira fahaman politik bagi memastikan hasrat dan apa yang diusulkan di WAAG itu menjadi kenyataan. Nyata nada beliau kini dilihat lari daripada kebiasaan dan ini pastinya mengundang resah didalam DAP itu sendiri.

Masakan tidak, DAP dalam satu laporan menegaskan, Azmin harus memilih samada ingin terus kekal bersama PAS atau mengiktiraf Pakatan Harapan dan sekaligus memastikan kerusi Menteri Besar beliau sentiasa selamat.

Namun, kelmarin, Azmin nyata menunjukkan kejantanan dan kejaguhannya. Beliau dilihat secara terbuka menyokong usul perpaduan penganut agama Islam dan orang-orang Melayu, yang selama ini diperjuangkan UMNO seorang diri. Ini sekaligus mengingkari kata dua yang diberikan DAP terhadapnya.

Paling menarik, Azmin bukan sekadar mengingkari DAP, malah beliau juga mengingkari ketua beliau sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang sehingga hari ini membisu tentang isu ini. Adakah Azmin lebih rela bersama PAS dan kehilangan jawatannya? Hanya Azmin sahaja yang mengetahuinya. Wasallam.

#UMNOPJUTETAPDIHATIKU - IBM

Saturday, December 12, 2015

CAKAP MAMAK MAHATHIR BERBELIT-BELIT.......CAKAP JAMBAN!!

SABTU, 12 DISEMBER 2015
Saya Ada Banyak Peluang Jika Mahu Hancurkan UMNO - Mamak Mahathir

BAGAIMANA mungkin si mamak Mahathir ini ingin menghancurkan Umno 22 tahun yang lalu. Kerana ketika itu beliau menjadi Presiden dan Perdana Menteri yang berpengaruh, kuat, ego, dan diktator. Tiada siapa yang dapat menandangi si mamak ini ketika itu. Semua lawanya dapat ditewaskan dan ada yang bersara dari politik kerana gagal menumbangkan Mamak Mahathir ini. Maka, tidak timbul ada perasaan ingin menghancurkan Umno dan mengkhianati parti keramat orang Melayu ketika itu. Ini jelas bahawa Mamak Mahathir seorang yang kaki pembohong, lidah bercabang dan mempunyai hati yang busuk. Bagi IBM apa yang dilontarkan oleh mamak Mahathir adalah semata-mata ingin menutup segala kesalahan lampau beliau semasa menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. 
Dan...kalau boleh beliau ingin terus berkuasa lebih lama lagi. Tidak ada pemimpin-pemimpin di dunia ini yang ingin menghancurkan partinya sendiri, sedangkan semasa itu diri mereka begitu disanjung, berpengaruh dan mendapat sokongan rakyat. Jadi, apa motifnya jika 22 tahun dahulu mamak Mahathir ini ingin menghancurkan UMNO? Bercerita pasal peluang seperti yang disuarakan oleh si mamak seko ni. Apa peluang yang beliau berikan kepada Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri beliau ketika itu.?? Semua mereka-mereka itu habis ditendang dan dipancung oleh si mamak tua seko ini. Begitu juga dengan Pak-Pak Menteri. Melawan terus ditendang keluar oleh si Mamak tua ini.
 Maka, disini  IBM ingin merumuskan bahawa si mamak Mahathir ini adalah seorang pemimpin yang mementingkan diri sendiri. Bagi beliau biar dia sahaja yang hidup, yang lain biar mampus pi, kata orang Kedah. Jesteru, jangan marah dan salahkan IBM jika mamak Mahathir kutty ini dikatakan sudah lalok, nyanyuk dan sudah lupa. Dan.....perlu diingat, motif sebenar mamak kutty ini menyerang dan terus menyerang DS Najib adalah kerana segala pemintaan, nasihat beliau tidak dipatuhi dan diikuti oleh DS Najib kerana DS Najib bukanlah 'Yes' man. Oleh kerana itu, hati dan jiwa mamak tua ini terus terbakar, bengkak. Maka timbulah niat jahat beliau untuk menyingkirkan DS Najib dan memusnahkan UMNO. 
Berjayakah Mamak tua seko ini yang kini telah menubuhkan team 5M bagi menentang DS Najib pada musim pemilihan parti pada 2018 nanti? Kita tunggu dan lihat siapa yang kena nanti. Kesimpulannya, memang ada niat jahat dihati Tun Mamak Mahathir ini. Itu pandangan peribadi saya, IBM. Dan...IBM yakin ramai diluar sana sependapat dengan IBM. Kononnya si mamak tua ni tak sabar nak menunggu musuh ketatnya, Anwar Ibrahim keluar dari penjara bagi membantu beliau untuk menjatuhkan DS Najib. Dulu musuh ketat, kini jadi kawan. Puiiii! Dasar politik songsang si mamak begitulah. Cakap berbelit-belit, cakap-cakap jamban. Huhuhuhu....Apapun UMNO tetap relevan, kukuh tanpa mamak Mahathir. Dari saya - IBM#UMNOPJUTETAPDIHATIKU.  

Friday, December 11, 2015

PENTAKSUB TUN M SEMAKIN TAKSUB DAN LUAR JANGKA......KAKI BODEK LE KATAKAN!!

JUMAAT, 11 DECEMBER 2015
MEMETIK dari portal Negara Pakatan Harapan di www.negarapakatanrakyat.com, Tan Sri Sanusi Junid dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang mendakwa, sesiapa sahaja ahli UMNO yang di pecat hanya kerana menentang Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai 'mati syahid'. Nyata kenyataan sebegini seolah-olah mempermainkan istilah syahid dikalangan umat Islam hanya semata-mata mahu meraih sokongan politik terhadap gerakan yang dilakukan oleh Tun M dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kenyataan ini dipetik daripada sebuah majlis yang diadakan di Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur petang tadi. Hadir sama, Tamrin Tun Ghaffar, Anina Saadudin, Datuk Khairuddin Abu Hassan, Umi Hafilda Ali, Tun M dan beberapa orang lagi. Dalam majlis berkenaan, ianya sememangnya dirancang untuk membolehkan Tun M menzahirkan pendapat dan kemahuannya yang gagal di terjemahkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 bagi meraih perhatian para pentaksub beliau di PWTC.
Persoalannya, apakah kewajaran bagi Tan Sri Sanusi Junid menzahirkan ungkapan demikian hanya untuk membuktikan perjuangan beliau bersama-sama Tun M masih relevan dan mampu mengekalkan sokongan daripada para pentaksub dan penyokong beliau. Dari segi aqidah, nyata ianya amat bertentangan dan adalah sesuatu yang amat dikesali apabila seorang yang pernah berkhidmat didalam kerajaan dan UMNO sanggup mengeluarkan kenyataan demikian hanya semata-mata mahu menampakkan kerelevenannya perjuangan mereka dalam penentangan terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. - SUMBER

P/S - ibm mengambil kesimpulan bahawa veteran-veteran Umno di bawah bimbingan Tun Mamak Mahathir inilah dalang sebenar-benarnya yg menyebabkan Tun Mamak Mahathir begitu ghairah menyerang DS Najib. Ibm kurang faham, apa yg mereka mahukan lagi? Segala kekayaan telah mereka kecap semasa mereka didalam kabinet. Kalau soal agama dicampur adukkan ke dalam politik, apatah lagi soal fitnah. Tak mengapa. Korang jawaplah di akhirat nanti. Dari saya - ibm#UMNOPJUTETAPDIHATIKU

MUHYIDDIN DAN NAJIB AKAN BERPELUK??......DEMI PERJUANGAN PARTI APALAH SALAHNYA.

JUMAAT, 11 DECEMBER 2015
PAU 2015 : Perwakilan Nak Tengok Muhyiddin Dan Najib Berpeluk...........

SETIAP parti di negara ini tidak lari dari masalah. Begitu juga dengan parti UMNO, parti keramat orang Melayu. Agak hangat juga PAU 2015 ini kerana perselisihan dan pergeselan diantara Presiden dan Timbalan Presiden menjadi perbualan dan tumpuan hangat oleh para perwakilan kali ini. Perwakilan yang hadir pada PAU 2015 mahu perselisihan itu dihentikan segera dan cari penyelesian sebeberapa segera yang boleh. Jesteru, perwakilan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir merayu kepada Tan Sri Muyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya saling berpelukan di hadapan ribuan perwakilan semasa ucapan penggulungan presiden sebagai isyarat berdamai.
Gesaan tersebut mendapat sorokan dan tepukan gemuruh perwakilan yang hadir pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Khamis. Mengikut kata Datuk Musa, semasa ucapan penangguhan Presiden, Presiden dan Timbalan Presiden kena berpelukan di hadapan para perwakilan. Tunjukan kepada mereka semua bahawa kemelut dalaman diantara Presiden dan Timbalan Presidsn hanyalah bersifat sementara sahaja. Para perwakilan yang dibawah ini menasihatkan supaya yang diatas (pemimpin) supaya mendengar suara mereka. Ini bukan perkara main-main. Mereka semua sebulat suara mahu yang diatas berbaik-baik xsemula, demi untuk meneruskan perjuangan parti.
Malah, perwakilan dari Pulau Pinang menasihatkan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno supaya tidak lagi mengadakan 'roadshow' mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sebaliknya, Musa meminta Muhyiddin supaya membantu memperkukuhkan Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14). Kenyataan tersebut sekali lagi mengamatkan suasana di dalam dewan perbahasan. Mudahan-mudahan dengan tepukan yang gemuruh dari semua para perwakilan dan yang diluar dewan akan didengar oleh kedua-dua pemimpin tersebut. Insyallah. Amiinn!. Hidup UMNO!! Dari saya - ibm#UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

Thursday, December 10, 2015

TOLAK SISTEM DUA PARTI KERANA IANYA AKAN MEMUDARATKAN NEGARA...

KHAMIS, 10 DECEMBER 2015

PAU 2015 : Jangan Terperangkap Jerat Sistem Dua Parti - Najib

TAK kala ada sesetengah pihak menyatakan bahawa kerajaan sekarang ini menyalahkan gunakan sistem 'demokrasi', itu adalah satu pembohongan yang terancang dan dirancang. Dan...ada yang mencadangkan untuk menggunakan sistem dua parti. Apa motif mereka-mereka itu? Walau pun negara mengamalkan demokrasi namun kerajaan UMNO/BN tidak sekali-kali akan menerima pelaksanaan sistem dua parti. Itu janji Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Kerana katanya, sistem dua parti itu hanya akan membahayakan negara. Mana boleh? Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi dari sudut falsafah dan perjuangan UMNO itu sendiri yang memartabatkan bangsa dan mempertinggikan syiar Islam. 
Semasa berucap di hadapan para perwakilan pada PAU 2015 hari ini, beliau bertanya kepada perwakilan dan ahli UMNO semua.  Takkan kita tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu, kata DS Najib kepada perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini. Dalam pada itu, Perdana Menteri ke enam itu menegaskan beliau tidak akan sekali-kali akan membenarkan mana-mana "individu tertentu" melaksanakan sistem dua parti sekali gus mengingatkan perwakilan agar lebih berwaspada. Ada suara-suara sumbang diluar sana yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Tun Mamak Mahathir yang kian lupa suara dari Tun Mahathir itu menyatakan sistem demokrasi yang baik adalah apabila wujud sistem dua parti dalam sesebuah negara demokrasi. 
Walaupun beberapa tahun lalu beliau (Tun Mamak Mahathir) menegaskan belum tiba masa yang sesuai untuk melaksanakan sistem dua parti di Malaysia, hujun November lalu beliau, Tun Mahathir membayangkan pendiriannya cenderung ke arah itu. Cadangan ke arah itu harus ditolak, kata DS Najib. Menurut DS Najib lagi, orang Melayu di negara ini perlu berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Jangan sampai kita tersilap langkah, jangan sampai kita terjun ke dalam perangkap ini. Siapa yang rugi?. IBM percaya anda semua ada jawapanya. Dari saya - IBM#UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

UMNO TERBAIK!!

KHAMIS, 10 DESEMBER 2015
UMNO Hanya Terbaik Buat Orang Melayu Dan Bumiputra- Najib

DENGAN jumlah kejayaan yang tidak terhitung dalam membantu masyarakat Melayu dan Bumiputera di negara ini, UMNO adalah harapan terbaik dalam mempertingkatkan taraf kehidupan mereka. Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata agenda Bumiputera oleh UMNO bukan lagi sekadar agenda nasional, sebaliknya kini sudah diangkat dan diiktiraf di persada dunia. “Kita sesekali tidak apologetik dalam mempertahankan Agenda Bumiputera,” katanya dalam ucapan dasarnya yang bertemakan “UMNO: Menyempurnakan Sebuah Perjuangan” semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib, yang juga Perdana Menteri turut berikrar akan bermati-matian untuk terus memimpin perjuangan mulia ini bagi membela nasib orang Melayu dan Bumiputera. UMNO mesti terus menjulang kepentingan dan kedudukan bangsa serta keturunan Melayu dan Bumiputera di tanah tumpah darahnya sendiri, katanya. Najib berkata selama puluhan tahun di bawah kepimpinan UMNO yang menonggak kerajaan, pelbagai kejayaan telah diraih dan dinikmati termasuk memperkukuhkan dasar pendidikan negara, sehingga melahirkan ratusan ribu graduan cemerlang, para teknokrat, ulama dan usahawan cemerlang.
“Realitinya, ikhtiar UMNO selama ini telah merubah lanskap kehidupan orang Melayu dan Bumiputera kepada yang lebih baik ataupun disebut mobiliti sosial yang berlaku secara menegak, dalam tempoh hanya satu generasi,” katanya. “Contohnya: Anak buruh kasar telah menjadi Menteri, anak penoreh getah menjadi Timbalan Menteri dan Ketua Menteri, anak nelayan telah menjadi Menteri Besar, anak petani dan pekebun menjadi Ketua Setiausaha, ahli-ahli korporat serta pemimpin-pemimpin masyarakat,” katanya.
Najib turut mengambil contoh mengenai seorang tokoh yang satu ketika dahulu susah tetapi kini memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan sebagai Ketua Setiausaha Negara. “Saya tersentuh hati, apabila dimaklumkan bahawa, betapa sukar dan susahnya hidup sewaktu membesar dulu, ada hari makan gulai berlauk ikan kembung, manakala esoknya pula hanya dapat menjamah kuahnya sahaja. Tapi sekarang, Alhamdulillah, tokoh penjawat awam yang saya sebutkan ini, dah pun menjawat jawatan begitu tinggi, yakni sebagai Ketua Setiausaha Negara.
“Jelas sekali, sebegitu banyak warna-warna kejayaan orang Melayu dan Bumiputera, yang telah dilakar dan dilukis hasil perjuangan UMNO, tidak terungkap oleh kata-kata, tak terhitung pula oleh angka,” katanya. Presiden UMNO berkata menjelang usia ke-70 Mei tahun depan, UMNO akan memegang rekod sebagai parti yang berjaya mempertahankan kemampuan dan kalibernya, mengemudi Malaysia yang pesat membangun, sejak dulu, kini dan selamanya.
Malah Perhimpunan Agung UMNO telah menjadi tempat untuk memuktamadkan usul-usul sehingga menjadi dasar negara, dan di perhimpunan UMNO juga lahir usul untuk mewujudkan sebuah universiti iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), selain nasib penjawat awam dibela, dan Raja-Raja Melayu terus dipermuliakan.
“Dan yang paling utama, di jamaah dan himpunan inilah, syiar agama Islam dipertinggikan, dan di perhimpunan inilah juga orang Melayu menghitung masa depan keturunan mereka agar tidak merempat di watan sendiri,” katanya. Perdana Menteri berkata selama berdekad-dekad, UMNO telah menyongsong pembawaan syiar Islam, yang memenuhi tuntutan kerangka Maqasid Syariah.
“Sampai kini, Malaysia semakin dikenali sebagai sebuah negara Islam progresif lagi dinamik, seraya menjadi contoh dalam kalangan negara membangun serta negara Islam yang lain di dunia. Kita bukan beromong kosong, fakta ini dikukuhkan melalui Indeks Syariah Malaysia, yang saya lancarkan pada 10 Feb 2015 yang lalu… sebagai yang pertama seumpamanya di dunia.
“Insya-Allah,… awal tahun hadapan hasil penilaian pertama bakal diumumkan dan bersandarkan dapatan ini,… saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri berikrar dan berjanji akan komited sepenuhnya untuk memperkembangkan dan mempertinggikan syiar Islam di Malaysia,” katanya. Najib berkata dalam mengangkat syiar Islam di negara ini, kerajaan yang ditunjangi UMNO tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Walaupun dengan pelbagai kejayaan yang dicapai oleh parti itu, Najib melahirkan kekecewaan dengan sikap segelintir pihak yang cuba menjatuhkan parti itu. “Malangnya ada sesetengah pihak yang telah dan sedang menebuk lubang bahtera perjuangan ini, dengan tujuan menenggelamkan lawannya. Sayang seribu kali sayang, mereka terlupa bahawa tindakan khianat sedemikian, bukan setakat boleh melemaskan pihak lawannya, akan tetapi, akhirnya yang karam dan tenggelam, adalah seluruh bangsa keturunan dan tamadun kita ini,” katanya. - SUMBER.
p/s - Selamat bersidang kepada semua para perwakilan UMNO dari seluruh negara. Moga UMNO terus kukuh dan disegani serta dihormati oleh rakyat. UMNO kini dillihat terus relevan walaupun ada krisis dalaman yang melanda UMNO. Tapi, ianya akan berakhir tidak lama lagi. Insyallah. #PJUTETAPDIHATIKU - IBM

Sunday, December 6, 2015

POLITIK KEBENCIAN MERASAP DIDALAM UMNO??

AHAD, 06 DECEMBER 2015
Zahid Akui Terkena 'Tempias' Politik Kebencian.....

KEBENCIAN didalam politik adalah satu amalan yang tidak sihat dan ianya boleh memecah-belahkan sesebuah parti. Dari aspek kestabilan dan ekonomi negara juga akan terjejas akibat 'kebencian' yang melampau di dalam politik. Itu yang sedang dialami oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui turut ter­kena 'tempias' akibat politik kebencian yang disemai oleh pihak ter­tentu hanya kerana tindakan beliau mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam hal tersebut, DS Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau dikatakan sebagai 'kuat kipas', kuat pertahan dan kuat menolong Presiden parti DS Najib.

Tapi.....adakah mereka tahu apa yang dilakukan oleh beliau adalah melaksanakan tanggungjawab sebagai pembantu DS Najib serta atas prinsip setiakawan yang diamalkan selama ini. Bagi pihak diri beliau, kalau kita tidak pertahankan Perdana Menteri, siapa lagi?. Takkan lah beliau selaku Timbalan Perdana Menteri nak korek kapal tidak sokong Perdana Menteri. Atas sebab itu, beliau pertahankan DS Najib kerana prinsip kesetiakawanan. Tidak lebih dari itu, kata Zahid. Oleh kerana itu, janganlah apabila kapal kena ribut, kena gelombang, kita angkat nakhoda kita campak ke laut. Itu bukan setiakawan namanya, katanya. 

Jesteru, IBM berharap politik kebencian yang kini dilihat begitu berluas-luasa dan sudah menjadi trend di dalam UMNO harus di hentikan. Kesan yang amat mendalam telah kita semua alami. Dalam hal ini siapa yang rugi dan siapa yang untung? Mahukah kita BN/UMNO jadi 'pembangkang' pada PRU ke-14 nanti?? Sama-sama kita fikir-fikirkan. Dari saya - #IBMPJUTETAPDIHATIKU. 

Saturday, December 5, 2015

PENGANALISIS POLITIK PRO PEMBANGKANG MULUT MACAM 'LONGKANG'...

SABTU, 05 DECEMBER 2015

Penganalisis Politik Pro Pembangkang Menuduh PM Sembunyikan Sesuatu......

SUDAH menjadi lumrah. Bak kata perpatah orang-orang tua, 'tak dapat tandunk telinga dipulas'. Begitulah pael dan perangai buruk penganalisis politik pro pembangkang yang menuduh dan cuba menfitnah Perdana Menteri Datuk Najib Razak yang kononnya dari kaji selidik bodoh mereka bahawa Perdana Menteri mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan apabila menyerahkan tanggungjawab membuat penjelasan berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion di Dewan Rakyat, semalam kepada Timbalannya DS Zahid Hamidi.
Penganalisis politik pro pembangkang itu memberi gambaran bahawa DS Najib benar-benar mahu menyembunyikan sesuatu. Tuduhan tersebut IBM petik dari portal pembankang yang tersohor, apa lagi kalau tidak MalaysiakiniSeterusnya si penganalisis ini seolah-olah menyindir serta yakin bahawa peguam negara memberi nasihat yang betul kepada DS Najib untuk tidak bercakap mengenai isu berkenaan bagi mengelakkan perkara subjudis. Dan beliau dengan penuh yakin menyuarakan bahawa masyarakat belum mempercayai sepenuhnya AG baru itu. Dengan erti kata lain, AG baru itu pembohong dan mengikut kata dan telunjuk DS Najib.
Ini adalah gara-gara apabila bekas Peguam Negara disingkir pada hari yang sama pengkritik DS Najib di kabinet dipecat dan Peguam Negara sekarang masih kurang dipercayai, itu mengikut kata hatinya yang cuba mengabuli mata masyarakat. Dengan tidak kehadiran DS Najib di Parlimen untuk berdepan dengan pengkrritiknya secara peribadi, katanya, DS Najib gagal untuk mengubah persepsi orang ramai berhubung isu itu. Beliau bermaksud bahawa Perdana Menteri takut dan cuba lari dari kenyataan.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis yang diupah oleh Malaysiakini menyuara dan meluahkan perkara yang sama memberitahu bahawa apa yang berlaku semalam menunjukkan bahawa DS Najib tidak mengambil berat berhubung persepsi orang ramai lagi. Kononnya dengan ahli Parlimen kelab penyokong BN begitu jinak dan pemberontakan sesuatu yang mustahil dan DS Najib boleh meluluskan apa-apa sahaja di Parlimen, maka, mengapa beliau (DS Najib) perlu peduli dengan persepsi orang ramai?. Tambahnya seolah-olah mencuarah minyak petrol kedalam api.
Sempat ditanya oleh pemberita sama ada sikap tidak peduli DS Najib terhadap persepsi orang ramai adalah kerana pilihan raya umum (PRU) akan datang masih jauh lagi, katanya itu bukan isu sebenarnya. Ada agenda tersembunyi yang disembunyikan oleh DS Najib. Maka, IBM ingin merumuskan bahawa kritikan-kritikan penganalisis-penganalisis pro pembangkang ini mengkritik bukanlah mengkritik untuk kebaikan semua. dihati mereka sudah terlalu hitam kerana diasak, dihasut dan diperguna-gunakan oleh pembangkang bagi membakar kebencian masyarakat terhadap kerajaan yang sedia ada termasuk Perdana Menteri DS Najib.
Gara-gara sekumpulaan yang ingin menjatuhkan DS Najib mendorong penganalisis pro pembangkang ini terus menyerang dan mengkritik DS Najib. Tapi....sampai mana, sampai bila dan berjayakan mereka menjatuhkan Ds Najib dengan kritikan demi kritikan yang tidak berasas tanpa fakta? Apakah mereka (pembangkang) menggangap segala perancangan mereka itu akan berjaya? Kita tunggu dan lihat. Dari saya - IBM#PJUTETAPDIHATIKU.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...