Tuesday, November 30, 2010

AHLI KELUARGA BN BERTAMBAH


USNO Umum Hasrat Sertai BN Sebagai Ahli Gabungan.

KOTA KINABALU 30 Nov. - Persatuan Bajau Sabah Bersatu (USBO) muncul sebagai badan bukan kerajaan (NGO) pertama di negara ini yang mengumumkan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ahli gabungan.

Sambil menyambut baik keputusan Dewan Tertinggi BN untuk membuka pintu kepada keahlian secara terus oleh individu dan persatuan, Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, USBO sentiasa memberi sokongan atau bersikap pro-BN selama ini.

"Ini adalah peluang keemasan buat kami dalam USBO. Kami berpendapat bahawa sebagai sebuah NGO, masanya sudah tiba untuk memformalkan sokongan berterusan kami kepada gagasan ini dengan menyertainya sebagai ahli gabungan.

"Kami mahu membantu memperkukuhkan gagasan ini dalam apa jua cara yang boleh dan menarik lebih banyak orang, terutamanya belia, untuk menyertai Barisan Nasional yang memerintah,” katanya di sini hari ini. - Bernama


# IBM : Alhamdulilah. Bertambah kuatlah BN di Sabah. Selamat maju jaya USBO....ingat..!..perjuangan kita masih belum selesai.......

Jangan Sesuka Hati Guna Ayat Al-Quran : Mufti Kelantan


KOTA BHARU 30 Nov. – Para pemimpin politik bukan Islam tidak boleh menggunakan ayat suci al-Quran secara sesuka hati di dalam ceramah mereka.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, al-Quran merupakan kitab suci yang kesucian dan kehormatannya perlu dijaga dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya terutama untuk tujuan ceramah politik.

Beliau berkata, tidak salah sekiranya orang bukan Islam berhasrat mempelajari kitab suci umat Islam itu, tetapi ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan dengan cara yang tidak betul sehingga boleh menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai.

"Kalau peringkat awal belajar, ia hendaklah digunakan untuk peribadi dahulu, tak boleh gunakan untuk orang lain, nanti orang salah faham,” katanya. - Utusan


# IBM : PAS dan rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat (PR) patut mengambil iktibar di atas saranan Mufti kelantan ini, kerana mereka-merekalah yang selalu membenarkan rakan2 mereka dari kaum Cina dan India membuat tafsiran ayat Al-Quraan yang kurang tepat tidak betul, seolah-olah mereka2 ini mempersendakan Al-Quran. Tapi ini di pandang sepi oleh PAS......HamPEH....memang HamPEH.....!!

Nenek Telan Gigi Palsu Sendiri


CERITA DARI KOTA MEDAN :

Mungkin nenek ini lupa kalau ia menggunakan gigi palsu. Saat menelan obat pereda flu, tanpa sadar ia menelan 3 gigi palsu yang ia pakai. Nenek berusia 66 tahun bernama Farida Hanum itu pun dibawa ke Rumah Sakit Umum (RSU) Pirngadi Medan, Sumatera Utara.

Farida Hanum memasang gigi palsunya pada seorang tukang gigi keliling
yang melintas di depan rumahnya. Sudah enam bulan gigi palsu itu dipakainya.

“Waktu itu ibu minum obat pakai air putih. Pas ditelan sangkut. Ibu lalu
makan pisang biar obatnya cepat masuk. Tak sangka tiga giginya ikut
tertelan,” kata Lestari, anak sang nenek, Lestari (27), yang tinggal di Kelurahan Young Panah Hijau, Kecamatan Medan Marelan, Medan kepada wartawan di Rumah Sakit Umum (RSU) Pirngadi Medan Jl. HM Hamin, Medan.

Tiga hari berikutnya, sang nenek mulai merasakan perih pada bagian tenggorokan dan dadanya. Kemudian dia memeriksakan diri ke RSU. Pirngadi Medan.

Menurut Humas RSU. Pirngadi Medan, Susyanto mengatakan, dari hasil foto rongent, tiga gigi palsu sang nenek terlihat tersangkut di saluran tenggorokan. “Tim dokter sedang mempelajari kondisi kesehatan pasien. Jika tidak memungkinkan menggunakan sedotan, dokter akan melakukan operasi,” kata Susyanto.



Source: Berita Cerita Kota Medan » News Archive » Nenek Telan Gigi Palsu Sendiri http://www.medantalk.com/nenek-telan-gigi-palsu-sendiri/#ixzz16lK8Y4GB
Copyright: www.MedanTalk.com

# IBM : kah kah kah...memang kelakar. Kenapa boleh jadi macam itu sih......?

TOURIST INFO : MONSOON CUP TERENGGANU 2010



Pulau Duyong Ri-Yaz Hotel
PULAU DUYONG

This is it. This is where the coveted cup will take place. A place that sits at the mouth of Terengganu River, Pulau Duyong is renowned for brilliant sailing vessels built meticulously and masterfully by local boat builders—no blueprint needed, just paint a picture into these craftsmen's heads and they will work their magic based on working memory and experience.

Rent a bicycle; peddle it around the rustic streets. See the villagers unload bunches of bananas and baskets of chepedak fruits (a very pungent but delicious fruit) at the local market. Admire the timber-laden homes that usually entail a porch at the entrance. Smell the famous dried and salted fish from the friendly neighbourhood stalls.

Kota Lama Duyong
Photography by:Azralramlay
These are the simple pleasures that the locals enjoy every day.
Traditional Boat Making
Photography by:Jidin


Evenings are the best time to go as the young children come out to play on the banks. With their kites, they even have inter-village competitions where they will compete to be the 'king of kites'. There is also a nice 'palace' in Kota Lama (old town), artfully designed with wood carving piercing techniques. Empty inside but the structure gives a good idea to the local architecture of the good old days. Perforated wood panels on the top of solid wall panels provide good ventilation and also allows light to seep into the otherwise dark interior.


Fried Chepedak Fruits
Photography by:Asma UL Husna
Pulau Duyong used to be the residence of scholar Tok Syeikh Duyong (1802-1889), who was respected by the palace as well as the people, and his descendants, and was a seat of religious learning. The Kota Lama Duyong (Duyong Old Fort) is a remnant of his era. Due to its geographical shape and the locational significance in terms of religious scholarship, Pulau Duyong has been referred to as "the tongue of Terengganu".


Pulau Duyong Ri-Yaz Hotel

Terengganu Heritage Bay Club


Arman Azha Abu Hanifah hey you have a damage asshole you wanna make we malays a begging race you mother fucker!!! (Suara Keadilan)

Arman says Dr Wan Azizah remarks are an attack on the constitutional position of the malays - file pic.

KUALA LUMPUR, Nov 29 — Perkasa Youth chief Arman Azha Abu Hanifah described PKR leaders as desperate for non-Malay votes, calling Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail a “political prostitute” for rejecting the concept of Malay supremacy.(Suara Keadilan).


Wira PERKASA Bertindak balik. Ini kenyataan Sidang Akhbar Arman :

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melabelkan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai "pelacurpolitik" kerana mencadangkan konsep "ketuanan Melayu" wajar ditinggalkan.
~~ kalau tak suka, nyah dari muka bumi ini ~~
NONEWira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah juga berkata Dr Wan Azizah adalah pengkhianat sedangkan beliau dan juga timbalan presiden PKR yang baru dilantik, Azmin Ali adalah hasil yang diwujudkan dari konsep "ketuanan Melayu".

"Dr Azizah dan Azmin adalah hasil yang diwujudkan akibat kejayaan konsep itu yang juga telah banyak membantu orang Melayu,” katanya.

"Mereka seperti kacang lupakan kulit. Mereka ini seperti pelacur politik yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina,” katanya.
" kita kena bertindak cepat "
NONEArman juga menggesa Raja-raja Melayu supaya membuang daerah terhadap mana-mana pemimpin Melayu yang menyokong atau mencadangkan konsep ketuanan Melayu digantikan.

Ketuanan Melayu, katanya juga bermakna menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menjatuhkan martabat raka-raja.

Arman juga memperbetulkan persepsi bahawa ketuanan Melayu tidak bermakna bangsa-bangsa lain menjadi subjek kepada orang Melayu.
" senyum macam kerang busuk "
NONE“Apa yang kita mahu ialah supaya kontrak sosial dihormati dan tahu sejarah negara ini,” katanya.

Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR, Sabtu lalu berkata konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya.

# IBM : Tahniah.!.Tahniah.! Wira PERKASA......!!

50 Tahun UMNO Menipu, Anwar Yang Betul.!!!


PETALING JAYA 29 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno menipu orang Melayu bahawa parti tersebut memperjuangkan hak serta mendakwa meningkat taraf ekonomi orang Melayu tetapi bukti menunjukkan keadaan adalah sebaliknya.(Suara Keadilan)


Merujuk kepada laporan Parlimen (Hansard) Anwar berkata daripada lebih 60,000 isi rumah yang berada di bawah paras kemiskinan berdasarkan pendapatan RM800, lebih 90 peratus terdiri daripada orang Melayu.

Justeru itu beliau berkata Umno berusaha menyembunyikan kegagalan dan pengkhianatan mereka terhadap bangsa Melayu dengan memfitnah bahawa Pakatan Rakyat dan KEADILAN akan menghapuskan hak keistimewaan Melayu sekiranya mereka memerintah.

Walaupun diberi peluang oleh rakyat untuk memerintah negara selama lebih 50 tahun, Umno telah memungkiri janji terhadap menjaga kebajikan serta hak orang Melayu.

"Dalam parlimen pada 2007 lalu, disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800.

"Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan berkenaan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Jadi bagaimanakah mereka (Umno) boleh mendabik dada mengangkat ketuanan Melayu," kata Anwar ketika menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan Sivik MBPJ petang semalam.

Berhubung barisan kepimpinan pusat parti yang baru dipilih Anwar mahu mereka berganding bahu dan bekerja keras bersama-sama anggota parti untuk merealisasikan usaha parti mempertahankan hak keistimewaan Melayu.

Menurutnya, ahli parti perlu menyemai keikhlasan dalam memperjuangkan perjuangan parti dan bangkit menghadapi segala cabaran dan tentangan khususnya dari Umno.

"Saya melihat kongres kali ini lebih penting dari kongres sebelumnya dengan barisan pimpinan baru yang dipilih serta cabaran serta serangan yang dihadapi sepanjang proses pemilihan ," kata beliau lagi.

Tegas Anwar kongres yang selesai semalam adalah penting untuk membuka lebaran baru dalam memastikan usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada PRU- 13 kelak.


# IBM : Si bahlol ini ingat bila dia menjadi PM, dia akan bela nasib orang2 Melayu..?..apa dia ingat UMNO abaikan nasib orang2 Melayu selama ini....kalau dah dasar kaki pembohong, pembohong jugak....

AddThis Social Bookmark Button

MELAYU GADAI MELAYU

DYMM SULTAN SELANGOR

Sultan Selangor dukacita kerana ada individu yang berhijrah ke Negeri itu, terutama orang Melayu sanggup persoal peranan Institusi Raja Melayu dan kedudukan serta keistimewan bangsa Melayu.
Katanya lagi : " Orang Melayu sendiri sanggup gadai kepentingan orang Melayu."



# IBM : Siapalah yang dimaksudkan oleh Duli Tuanku tu ye...?
Memang ramai dah orang2 Melayu kita lupa diri, lupa daratan, sehingga
ada yang tidak mengaku dia tu Melayu, malu konon jadi Melayu.....Melayu..oh Melayu.........!

Monday, November 29, 2010

Poligami Tidak Mudah. Bukan Hak Eksklusif Suami




POLIGAMI adalah penawar dan ia sepatutnya tidak menimbulkan masalah kerana tujuan pensyariatannya bagi menyelesaikan masalah.
Bahkan poligami disyariatkan bagi mengelak masyarakat terbabit dengan pelbagai gejala moral yang boleh meruntuhkan institusi rumah tangga.
Malah, jika diteliti keburukan berpoligami jauh lebih baik bagi masyarakat, keluarga dan individu dibandingkan dengan keburukan membiarkan umat Islam terbabit dengan kancah zina dan persundalan dengan sewenang-wenangnya.
Jesteru itu, sesiapa saja yang ingin berpoligami perlu menikut segala peraturan ditetapkan sama ada berlandaskan hukum syarak yang menetapkan syarat berlaku adil mahupun aspek perundangan syariah negara bagi mengelak suasana haru-biru yang mencemarkan imej institusi kekeluargaan Islam.
Malah, lebih memburukkan keadaan apabila ada yang mengambil jalan mudah berpoligami di negara jiran seperti di Selatan Thailand yang boleh dipertikaikan status pernikahannya.
Di Malaysia kebenaran untuk berpoligami tertaluk kepada peruntukan Undang-undang keluarga Islam yang dikanunkan di seluruh negeri.
Disamping itu, ia juga bagi memelihara keperluan anak-anak yang kemungkinan terabai akibat perkahwinan yang baru.
Peruntukan sebegini juga perlu supaya keharusan berpoligami tidak disalahgunkan dan imej poligami Islam yang baik dapat dilahirkan.
Perlu juga diingat poligami bukan tiket untuk berseronok dan melepaskan nafsu semata-mata.
Poligami juga bukan hak eksklusif untuk suami berkahwin lagi. Suami yang ingin berpoligami tertaluk kepada syarat boleh berlaku adil antara suami isteri dan anak-anak yang di bawah tanggungannya.

# IBM : Bukan mudah nak berpoligami ni. Sesiapa saja yang ingin berpoligami perlu mengikuti segala peraturan ditetapkan...belum ada hati lagi nak berpoligami...

Apa Maksud Sebenar Pengganas..??

Adakah dia ini seorang pengganas..??
Islam juga Anti Pengganas..!
Bagaimana dengan Osama Bin Ladin...??

Pernah terfikir soalan ni."Apa maksud sebenar pengganas" atau " Siapa sebenarnya pengganas"??Akta Patriot AS mendefinisikan keganasan sebagai ‘perbuatan jenayah yang bertujuan memaksa atau mengancam orang awam untuk mempengaruhi dasar atau menjejaskan tindakan kerajaan melalui pembunuhan atau penculikan.’..Tapi pernah tak korang terfikir,kenapa hanya bila pelakunya orang Islam,baru dipanggil pengganas,sedangkan kalau pelakunya bukan orang Islam, mereka bukan pengganas..

Aku ada baca artikel tentang tajuk ni kat Utusan Malaysia, dan aku rasa sangat menarik dan bermanfaat..Nak baca lebih lanjut,baca kat sini :


Artikel Utusan Malaysia tentang "Siapa sebenarnya pengganas"

ak'Negara-negara tertentu' dah berjaya mempengaruhi dunia,untuk melabel umat Islam sebagai pengganas,hatta untuk mempertahankan negara sendiri,sedangkan jenayah yang dilakukan oleh orang bukan Islam,sedikit pun tak dikatakan orang pengganas.Sebagai contoh,jika dijumpai selaras senapang dalam kereta seorang Muslim,dengan pantas dan tanpa usul periksa atau tanpa bukti,terus dia dilabel sebagai pengganas dan dilokap,diseksa,dan disoal siasat,termasuk orang-orang terdekatnya.Kalau situasi yang sama berlaku pada orang bukan Islam,pasti situasi dia berbeza kan?

Apa yang aku paling sedih adalah,negara yang mengaku negara Islam dengan jumlah penduduk Islam ke-4 terbesar,sangat senang menjoloki umat Islam di negara mereka sendiri dengan
"teroris"..Orang yang hanya disyaki sebagai 'teroris',ditembak mati.Dah tembak,baru cari fakta tentang orang tersebut..Kemudian,bangga menggunakan perkataan 'teroris' didada-
dadahbar dan segenap berita di televisyen..Walaupun kelompok yang diperangi oleh kerajaan mereka adalah kadet yang dilatih untuk berjihad di negara Islam yang lain seperti Afghanistan,Palestin dan sebagainya,tanpa segan silu beribu-ribu tentera dan polis diarahkan untuk memusnahkan markas mereka..

Adilkah ini semua untuk dunia Islam??Aku bagi lagi contoh..Tengok gambar kat atas ni..

# IBM : Islam memang antikan Pengganas....perkara ini sengaja di perbesarkan oleh Negara2 yang antikan negara Islam. Oleh itu negara Islam perlu bersatu bagi menghapuskan Pengganas yang sebenar.....
Sumber Dari :http://encik-adie.blogspot.com.

' Kapal PKR Hampir Tenggelam '


Muhyiddin tempelak Wan Azizah mengenai isu ketuanan Melayu

KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kenyataan Prsiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan, bagaikan 'kapal yang hampir tenggelam'.

Beliau berkata kenyataan Dr Wan Azizah, yang juga isteri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, sebagai usaha unyuk mendapatkan sokongan masyarakat terhadap parti berkenaan.
Katanya, pemimpin PKR sepatutnya menghormati Fasal 153 Perlembanggan Perseketuan yang menjamin hak orang Melayu dan bumiputra serta menjamin bangsa lain serta menjadikan ia sebagai pegangan untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Fasal 153, kata muhyiddin, perlu menjadi pegangan dan perjuangan sesiapa sahaja sebagai pemimpin Malaysia namun ini tidak dilakukan pemimpin PKR.
Mengenai kenyataan Dr. Wan Azizah yang mensifatkan Anwar sebagai anugerah Tuhan untuk memimpin rakyat negara ini, Muhyidin berkata, Dr Wan Azizah perlu bersifat realistik berhubung perkara itu - Bernama.

# IBM : Ketawa besar bila mendengar kenyataan Wan Azizah tentang suaminya, anugerah Tuhan...memang kelakar....dan geram pulak bila Wan Azizah mempertikaikan 'ketuanan Melayu'...hilang akal ke dia ni, atau Wan Azizah sendiri sudah tidak mengaku dia adalah melayu, seperti kata TGNA, malu jadi orang Melayu....inilah pandangan sempit pemimpin-pemimpin PR.
Apa pun IBM setuju dengan kenyataan Tim. Perdana Menteri, Kapal PKR hampir tenggelam......

Pictures That Make You Want To Go "awww" or "www"

Stop, look, go..
Ikut prinsip sang arnab. Demi keselamatan, ikut peraturan.Insyallah selamat.

Bumi Hijau
Alangkah indahnya pandangan bumi yang serba hijau. Bolehkah kita kekalkan kehijauannya.?
Prince of King Cobra
Pewaris bangsa. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..
Jom cuti-cuti

Bercuti satu amalan yang patut kita amalkan. Jauh berjalan banyak pengalaman.


# IBM : Macam-macam ada........


Sunday, November 28, 2010

KES FITNAH II : DOKTOR SOROK NOTA BUKTI ANWAR TIDAK BERSALAH.?


Jom Baca.... Satu lagi Helah Dan Tuduhan Dari Peguam Anwar.

Selepas pihak pendakwa raya enggan menyerah dokumen sebelum bermula perbicaraan kes Fitnah II terhadap Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kali ini pula menolak permohonan untuk mendapatkan nota Klinikal pemeriksaan Saiful Bahari Azlan.
Dalam Penghakimannya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberi alasan, hujah pasukan pembelaan tidak memenuhi keperluan perundangan dan hanya boleh membuat permohonan itu jika saksi mahu membuat rujukan ketika memberi keterangan lisan.
Sebaliknya, Zabidin memutuskan laporan perubatan hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengandungi nota klinikal itu, diterima sebagai bahan bukti, walaupun dibantah peguam utama, Karpal Singh.
Pada prosiding sebelum ini, Karpal Singh percaya keterangan ketiga-tiga Doktor HKL, bercanggah dengan keterangan lisan mereka di Mahkamah.

# IBM : Itulah satu cara dan tektik Peguam Anwar bagi melambat-lambat kesnya ini. Bila Hakim tolak permohonan, Anwar mohon hakim di tukar....apa dia ingat Mahkamah ni 'bapak' dia yang punya....?....harap-harap kes ini tidak di pospone lagi.....tak sabar nak tengok anwar ke dalam..........:)

KES DERA ISTERI : AZAB DISEKSA SUAMI




Baran Tanda Sakit Jiwa.

KUALA LUMPUR - Suami yang panas baran dan sanggup mendera isteri, ibarat menghidap penyakit yang berpunca daripada jiwa memberontak si lelaki.
Menurut Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali, penyakit panas baran boleh menjadi melarat dan menjadi bertambah teruk jika dibiarkan berlarutan.
Katanya, dalam Islam sendiri, Nabi Muhammad SAW menyamakan sifar marah sebagai barah api dan ia perlu dikawal.
"Marah dan baran bukan persoalan kecil, ia menyebabkan emosi terganggu yang boleh mengkibatkan pelbagai perkara negatif seperti mencederakan orang lain, termasuk insan yang mereka sayang.
"Kemarahan ini bersifatkan spiritual, jadi perlu mencari jalan terbaik bagi menangainya. Jangan biarkan kemarahan dalam diri menguasi diri kita, sebaliknya ia perlu dibuang," katanya.

Antara Kes Dera Isteri :

~ 14 Februari 2005,
Seremban, Negeri Sembilan -
Seorang guru Sekolah Menengah di Rantau berusia 43 tahun membuat lapuran Polis kerana sering didera suaminya yang juga pegawai Kastam berusia 47 tahun selama dua tahun. Mangsa yang berasal dari Kelantan didera suaminya dirumah mereka di Taman Tuanku Jaafar, senawang. Lelaki itu menolak isterinya ke lantai beberapa kali hingga mencederkan badan mangsa.

~ 6 April 2000, Cheras, Kuala Lumpur -
Seorang suami memperlakukan isterinya seperti binatang apabila mengikat leher dan kaki mangsa menggunakan rantai besi sepanjang tiga meter dan dikunci dengan mangga besar. mangsa turut diikat pada dinding rumah. Kadangkala suaminya mengheret keluar rumah dan mengikatnya pada tiang pagar di depan rumah di depan anak serta jiran.

# IBM : Sungguh bersimpati dgn Isteri2 yg kena dera ini. Kepada si suami di luar sana, sayangilah isteri-isteri anda, jangan salah gunakan kuasa lelaki anda yg bergelar ' Suami '....isteri anda juga manusia biasa......

Anwar, Azizah : angkat bakul..?




Suami Isteri Dan Meroyan dan Meroyan......

Azizah kata : " Anwar Anugerah Tuhan."
Anwar kata : " Azizah Tokoh muslim Paling Berpengaruh."

Itulah yang diucapkkan oleh dua pasangan suami isteri, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak merasa segan silu, dengan erti kata lain, ' Masuk Bakul Angkat Sendiri '.
Para penyokongnya pula tersenyum lebar, mereka percaya itulah Pemimpin yang mereka tunggu-tunggu, pemimpin yang akan membela nasib mereka dan nasib seluruh rakyat Malaysia....


# IBM : Oleh kerana terlalu taksub, tak mustahil penyokong 'Fanatik' si anwar ni akan kata, bahawa Anwar anugerah tuhan dan Rasul melayu yg terakhir di Abad ini...?...mana le tahu....

Saturday, November 27, 2010

" Katakan TIDAK ! Bersama kita Hentikan Keganasan Terhadap Wanita"

Y.B Senator Dato' Sri ShahRizat Abdul Jalil

Penderaan Psikologi & Emosi, Seksual, Sosial, Kewangan & Fizikal.......

KEGANASAN terhadap wanita adalah perbuataan yang menganiayai golongan hawa dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana mereka dianggap tidak mempunyai taraf sama dengan seorang lelaki. Keganasaan terhadap wanita meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mencatatkan bilangan kes bagi keganasan rumah tangga di seluruh negara adalah sebanyak 529 kes pada tahun 2007.
KPWKM komitted anjurkan kempen 'Katakan Tidak! bersama kita hentikan keganasan terhadap wanita.
Kemuncak kepada kempen adalah pelancaran yang akan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil.


# IBM : Keganasan terhadap wanita perlu dihapuskan....' katakan TIDAK !

PAS BAKAL CALON PM..?



Jika Anwar Dipenjara.......

KUALA LUMPUR - Tiada siapa pun yang berani mempertaruhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Perdana Menteri (PM) selagi kes mahkamah isu liwat ii nya b elum selesai. Rata-rata berkeyakinan pihak PAS sendiri akan menunggu sehingga kes perbicaraan mahkamah DSAI selesai sebelum membuat keputusan secara total siapa lebih layak sebagai PM salam Pakatan Rakyat (PR).

Semasa satu sidang akhbar di Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akhbar ini pernah bertanya dengan Presiden PAS Datuk seri Abdul Hadi Awang adakah DSAI bakal calon PM Pakatan Rakyat.?..lalu antara lain Hadi menjawab : " kena tunggu sehingga mahkamah selesai membicarakan kes liwat ii DSAI." Ini bermakna sebarang keputusan siapa bakal PM parti pembangkang itu akan diketahui selepas mahkamah selesai membuat keputusannya.

Bersandarkan kepada perkara diatas, pihak PAS kena bersiap sedia dan meneliti segala kemungkinan berlaku dalam keadilan dan DSAI khususnya. Siapa calon PM dikalangan PAS itulah yang sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat yang menyokong parti itu. Adakah Hadi Awang atau Dato' Nik Abdul Aziz Ni Mat??

# IBM : Berangan betul nampaknya parti PAS ni....rakyat tak terbela, negeri yang mereka terajui kelam kabut, rakyat diabaikan, kini bercita-cita nak jadi PM pulak....kita tunggu di PRU ke - 13 nanti....kita tengok siapa yang kena......

Friday, November 26, 2010

Sandra Dewi's Nude Picture : Real or Fake..?





Fake celebrity photos in the digital world of photo-editing are fairly common. They are usually made by cutting and pasting the heads of celebrities onto the bodies of nude models, although sometimes the parts of nude models are pasted onto a picture of a celebrity. Generally, fake celebrity pics are produced just for fun. Moreover, there are community forum dedicated to collect and display fake images that made by members.

# IBM : So, what do you think, real or fake..?

PKR SALAHKAN MEDIA..??

Satu lagi Fitnah dari PKR, mari baca........:

MEDIA ARUS PERDANA SENGAJA BURUKKAN PKR..?

PETALING JAYA, 26 Nov: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail mendakwa media arus perdana sengaja memburukkan parti itu dengan menggunakan gambar-gambar dan keterangan yang mengelirukan rakyat dalam proses pemilihan parti.

Saifuddin dalam sidang media di Kongres Nasional PKR hari ini merujuk satu gambar yang memaparkan seorang pengawas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sedang menuding jari kepada seorang ahli yang sedang mengundi.

"Sedangkan, pengawas itu sedang membantu seorang pengundi yang buta huruf. Senarai calon panjang, bukan seperti pilihan raya umum yang ada dua atau tiga calon sahaja. Untuk MPP sahaja, kita ada 20 calon," katanya yang juga ahli Parlimen Machang.

Menurut Saifuddin, insiden di Cabang Merbok itu digembar-gembur akhbar The Star, seolah-olah gambar berkenaan menjadi bukti sahih hingga mendorong pembaca menyangka 'penyelewengan' sedemikian benar-benar berlaku.

Dalam laporan sebuah portal pula, beliau berkata, media itu menyiarkan gambar kiriman ahli parti dengan merujuk individu yang sedang mengundi adalah seorang pengawas JPP sedangkan ia tidak benar.

Beliau turut hairan apabila aduan beserta gambar yang diemel kepada portal berita itu tidak disalurkan kepada JPP.

"Bagaimana kita hendak siasat jika aduan dihantar kepada Regina (wartawan Malaysiakini) tetapi tidak sampai ke meja JPP?" katanya berseloroh.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, hanya 12 aduan peringkat cabang dari 289 keseluruhan aduan yang masih dalam siasatan manakala sembilan lagi di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sedang diteliti.

# IBM : Bila sendiri buat silap menyalahkan orang lain pulak. Itulah PKR, Parti Kelentong Rakyat. PKR lupa selama ini media juga yang banyak menolong menaikkan nama mereka. apabila media mendapat cerita yang benar, itu hak media untuk mempaparkan di akhbar2 mereka, kenapa PKR mesti melenting...?


' Jambatan Bengkok, ' Tiada Implikasi Undang-undang - Tun Mahathir.



KUALA LUMPUR 26 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembinaan jambatan baru ke Singapura tidak akan melibatkan implikasi undang-undang jika ia menggunakan kaedah ‘jambatan bengkok’ yang pernah dicadangkan sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia kerana model ‘jambatan bengkok’ itu langsung tidak mendapat bantahan daripada republik itu.

Beliau turut percaya keyakinan rakyat Johor yang marah sehingga menyerahkan enam kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada pembangkang pada pilihan raya 2008 akan dapat dikembalikan dengan pembinaan jambatan baru. - Utusan


# IBM : Isu yang baru diutarakan semula iaitu Isu Jambatan Bengkok..Secara peribadinya saya amat2 bersetuju dengan Sultan Johor yang mencadangkan supaya Isu ini dilihat semula..

Idea untuk menggantikan tambak johor ini kepada jambatan bengkok adalah cetusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir..Projek ini telah pun di laksanakan tetapi dengan adanya PM baru yang menggantikan Tun Mahathir, Jambatan ini terpaksa dihentikan..


Kes Pembunuhan Sosilawati : Sarawanan di Paksa mengaku.?

K Sarawanan
SHAH ALAM: Pekerja ladang yang dihukum penjara tujuh tahun kerana membakar dan melupuskan bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, memfailkan notis usul dan afidavit sokongan bagi mengemukakan bukti baru bahawa dia dipaksa mengaku salah atas pertuduhan itu. Justeru, dia memfailkan notis usul itu menerusi peguam A S Dhaliwal untuk memohon supaya Mahkamah Tinggi meminda dan memperbetulkan nota keterangan atau rekod rayuan kes yang dihadapinya.
Click Here
K Sarawanan, 19, dalam notis usul yang difailkan kelmarin, juga mendakwa dipukul, disepak pada kemaluan serta diugut seorang pegawai polis sehingga menyebabkannya berbohong bahawa dia melakukan kesalahan itu dengan mengadakan satu cerita, semata-mata mahu melepaskan diri daripada didera polis.
Sarawanan berkata, dia ditahan 12 September hingga 14 Oktober lalu dan pada 11 Oktober, seorang pegawai polis bernama Tuan Govin menyatakan dia terbabit dalam satu kes bunuh bersama peguam, N Pathmanabhan di sebuah ladang di Banting. “Saya juga menegaskan saya diarahkan oleh Tuan Govin untuk bercakap bahawa Pathmanabhan menyuruh saya membunuh si mati. “Saya juga diberitahu bahawa sekiranya saya berbuat demikian, saya akan dibebaskan oleh mahkamah,” katanya. Pada 15 Oktober lalu, Sarawanan dan seorang lagi pekerja ladang, U Suresh, 26, mengaku bersalah membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38. Sarawanan juga mendakwa dia diugut akan ditembak jika enggan menjadi saksi polis. Katanya, ketika ditahan reman, dia dibawa berjumpa seorang detektif bernama Sri Hari yang memberi akujanji kepadanya dan bapanya, N Kandasamy bahawa dia akan dilepas dan dibebaskan jika memilih peguam polis iaitu Roslie Sulle, selain dipaksa menandatangani satu borang yang tidak diketahui kandungannya. “Sri Hari juga berkata saya akan dilepaskan di Mahkamah Telok Datok pada 15 Oktober lalu,” katanya. Sarawanan turut mendakwa Rosli dan peguam M Puravalen memberitahunya dia akan dilepaskan dan disuruh mengangguk ketika dibawa di hadapan majistret dan dia hanya menganggukkan kepala kerana ketakutan. “Pada 15 Oktober, ketika di mahkamah saya nampak bapa saya hadir bersama dengan peguam Dhaliwal yang datang untuk mewakili saya, tetapi memandangkan saya takut dengan ugutan polis dan kerana dijanjikan akan dibebaskan, saya tidak mengendahkan mereka,” katanya. Pada prosiding semalam, peguam bela Pathmanabhan, Amer Hamzah Arshad turut memfailkan notis usul untuk mencelah dan mengambil bahagian serta berhujah dalam pendengaran rayuan dan semakan kehakiman itu. Amer Hamzah berkata, permohonan itu adalah kerana anak guamnya dan tiga lagi tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih belum dibicarakan. Katanya, segala pengakuan, fakta dan keterangan kes Sarawanan jelas bersifat prejudis kepada Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain, selain satu tindakan menghina mahkamah serta penyalahgunaan proses mahkamah, berikutan perbicaraan terhadap pemohon masih belum bermula. Notis itu juga menyebut pengakuan bersalah Sarawanan dan Suresh adalah tidak sah dari segi undang-undang dan harus diketepikan. Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof memohon mahkamah supaya diberikan masa bagi menjawab notis usul dan afidavit dikemukakan Sarawanan. Hakim Datuk Mohtarudin Baki kemudian menetapkan 10 Januari depan untuk pendengaran semakan dan rayuan serta permohonan mencelah oleh Amer Hamzah.

# IBM : Kita tunggu perkembangan selanjutnya........
Sumber berita : Berita Harian online.

SUKAN ASIA GUANGZHOU 2010












KEDUDUKAN PINGAT TERKINI SUKAN ASIA GUANGZHOU 2010

Hari ke-13 (sehingga jam 11:30 malam ) :

Ranking : Ke 9

Kutipan pingat : Emas: 9 Perak : 17 Gangsa : 13


Jumlah Kutipan Pingat : 38

Penyumbang Pingat ( Terkini )

EMAS
1. Pasukan Squah (W) berpasukan

PERAK
1. Pasukan Squah (L) berpasukan
2. Pasukan Hoki (L)

GANGSA
1. Terjun Papan Anjal 10m (W)
2. Terjun Papan Anjal 3m (L)

Sumber : Website rasmi sukan Asia 2020 GuangZhou.

Nampaknya Malaysia masih ada peluang untuk menambah pingat dan semoga sasaran untuk dapat 9 emas akan tercapai nanti. Untuk mengikuti perkembangan Sukan Asia, boleh tengok siaran langsung di saluran Astro Arena 801.

Kemaskini:
4.00 pm: Malaysia menambah 3 lagi pingat (menjadikan 32 pingat keseluruhan). 1 pingat gangsa menerusi acara terjun (Cheong Jun Hoong), 1 pingat Perak (Regu Sepak Takraw) dan 1 pingat emas menerusi acara Karate (Puvaneswaran Ramasamy).. tahniah. Sudah 8 pingat emas, tinggal 1 lagi jadi sasaran.


# IBM : Syabas dan tahniah Malaysia.!..sasaran 9 pingat Emas berjaya dicapai.

Thursday, November 25, 2010

Pok Nik Sedih, Dukacita..!!!


Nik Aziz Dukacita.

Kota Bharu : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Abdul Aziz Nik Mat dukacita dengan keadaan masyarakat di negara ini yang masih bersikap curiga-mencurigai di antara satu kaum dengan yang lain walaupun sudah 53 tahun merdeka.
Menurutnya, pendekatan yang dibuat Kerajaan Pusat terbukti gagal merapatkan jurang antara kaum di negara ini, walaupun banyak menghabiskan masa dan wang mengadakan pelbagai program.
" saya sebagai ketua kerajaan (Kelantan) terfikir macam mana nak merapatkan bangsa di negara ini yang dicurigai pihak tertentu.
" saya dukacita dengan sikap curiga mencurigai antara bangsa kerana Islam itu adalah agama antarabangsa,' katanya ketika ditemui selepas melawat Ekspo Cheng Ho, disini, semalam.
Dalam lawatan hampir dua jam, Nik Aziz yang ditemani isterinya, Datin Tuan Sabariah Ishak, dipertontonkan dengan aksi ahli akrobatik terkenal, Adili, merentasi tali serta persembahan Kung Fu Shaolin.
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, usaha kerajaan Negeri menganjurkan Ekspo Cheng Ho adalah inisiatif utntuk merapatkan semua bangsa yang ada di dunia, khususnya masyarakat Islam.
" Kami melihat ( di Ekspo) begitu banyak bangsa Melayu Islam dan Cina disatukan, Cina Muslim rapat sebagai agama, yang tidak rapat sebagai manusia. Sebelum ini, kita termakan umpan daripada orientalis dan Eropah yang mahu pecahkan Melayu. Mereka mengamalkan prinsip pecah dan perintah," katanya.
Menurutnya, Ekspo Cheng Ho membuktikan Kerajaan Negeri berjaya menganjurkan program bersifatkan hiburan dan pendidikan tanpa menggunakan unsur melalaikan seperti manipulasikan perempuan dan sebagainya.

# IBM : kepada Nik Aziz, IBM nak beritahu, satukan dulu masyarakat Melayu di antara Pas dengan UMNO. PAS lah yang selalu mengamalkan sikap curiga-mencurigai diantara bangsa sendiri. Bila Umno mengajak Pas berunding untuk perpaduan orang2 Melayu, Pas menolak, kononnya Umno tidak ikhlas. Nampaknya Nik Aziz ni lebih percayakan bangsa lain (Cina) dari bangsanya sendiri (Melayu). Dah lah Ni Aziz, jangan melalut lagi...










Orang Sudah Tidak Percaya Anwar : Dr. Mahathir.

" Boleh percaya ke apa yang si nuar kata ni..".??- Tun.
KEMAMAN - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihak luar semakin tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada pergi ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia. Lagipun, kata bekas perdana menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan. "Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini. "Tak apalah, saya ingat orang lain pun tak percaya kepada dia dah, siapa nak percaya. Kalau saya, saya tidak peduli. Bukan orang itu yang nak mengundi, yang mengundi orang di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini, hari ini. Dr Mahathir sebelum itu menyampaikan syarahan perdana bertajuk "Cabaran Umat Islam Pada Masa Kini" di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman anjuran Institut Pembangunan Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang kakitangan awam dan masyarakat sekitar. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Norliza Mahmud dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

# IBM : Setuju dengan apa yang dikatakan oleh Mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir. Memang betul, ramai yang tidak percaya kepad si nuar ni......dikalangan ahli-ahli PKR, memang dah lama tidak mempercayai Anwar. Kan apa....takut nanti ahli-ahlinya sendiri yang akan 'Melebamkan' mata si nuar tu sekali lagi....hehehehe....kita tunggu dan lihat....

Fitnah Terhadap Tun, Anwar DiArah Bayar RM70,000


PUTRAJAYA 24 Nov - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim diarah membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000 menolak rayuan beliau terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris.

Ketika membaca penghakiman beliau, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang termasuk Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Arifin memberi alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri sungguhpun penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah dipandang serius.

Beliau merujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang menjelaskan sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Dengan keputusan hari ini maka rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta terhadap Dr Mahathir juga terbatal secara otomatik.

Sebelum itu peguam Dr Mahathir, VK Lingam memohon agar mahkamah mengenakan kos sebanyak RM100,000 atas sebab pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan.

Beliau memberi contoh satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan.

Peguam Anwar, Karpal Singh akan membuat rayuan terhadap keputusan hakim tersebut.

"Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” kata Anwar kepada media.

Mahkamah Rayuan pada 20 Oktober 2009 menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam Bahasa Melayu disamping kegagalan peguam Anwar menandatangani memorandum terbabit menjadikannya cacat.

Saman fitnah tersebut dikemukakan pada tahun 2006 berkaitan kenyataan yang dibuat Dr Mahathir di satu sidang akhbar Suhakam.

# IBM : Padan muka si nuar tu...tapi bagi dia, apa adahal dengan RM70.000. Kacang aje.....IBM syorkan agar si nuar ni buatlah lagi fitnah kat orang, buat lagi dan lagi........Anwar perlu bertaubat..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...