Wednesday, February 29, 2012

Konsert Erykah Badu Dibatalkan, DAPig Bengang Habis!!



KUALA LUMPUR - Konsert penyanyi wanita Amerika, Erykah Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara malam ini dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr beliau berkata, persembahan itu juga dibatalkan kerana melanggar syarat-syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia.
Erykah Badu yang berasal dari Dallas, Texas pernah memenangi anugerah Grammy dan dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini. Erykah sudah pun berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu.
Rais berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.
"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.
p/s IBM Kata, "pagi tadi semasa IBM tengah minum pagi bersama beberapa orang rakan di sebuah Restoran, terdengar perbualan dua remaja Cina berumur didalam lingkungan 20an bercerita tentang konsert Erykah Badu yang dibatalkan. Mereka meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap kementerian yang berkaitan kerana membatalkan konsert tersebut. Kata mereka, Malaysia bukan lagi negara yang demokrasi dan mengamalkan kebebasan bersuara, malah terlalu 'rasis'. Aduh, berdentum jantung IBM dibuatnya. Rasa nak IBM tampar je muka dua eko budak Cina tu. Dalam perbualan mereka lagi, mengharapkan agar DAP dapat bersuara dan merayu agar konsert itu diteruskan. Nasib baik mereka bercakap dalam bahasa Inggeris. Dan, cara mereka bercakap sebiji macam 'politician' dari parti DAP. IBM dapat rasakan mereka itu adalah pelapis muda dari parti DAP. Memang mereka amat marah apabila konsert itu dibatalkan. Nampaknya DAP sudah melebarkan sayapnya...hati-hati semua.....
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH

Gambar Hiasan 

29 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

KHIDMAT `EKSPRES KTM' BERMULA DARI KUALA LUMPUR KE SINGAPURA DAN BUTTERWORTH
Pada hari ini dalam tahun 1980, Pengurus Penumpang Keretapi Tanah Melayu, Encik Zainal Abidin bin Abdul Talib, melalui satu sidang akhbar, bertempat di Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur, telah memaklumkan kepada para wartawan, bahawa Keretapi Tanah Melayu akan memulakan perkhidmatan laju antara bandar, bergelar `Ekspres KTM', yang akan bertolak serentak dari Kuala Lumpur ke Singapura dan ke Butterworth pada pagi 1.3.1980.  Pelancaran perkhidmatan itu dirasmikan oleh Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu, Datuk Ishak bin Tadim. Perkhidmatan Ekspres KTM mengandungi 5 buah koc, 2 di antaranya berhawa dingin dan boleh memuatkan kira-kira 370 penumpang. Perkhidmatan ekspres tersebut akan berlepas serentak dari Kuala Lumpur ke Singapura dan ke Butterworth pada jam 7 pagi dan dijangka tiba di Singapura pada jam 12.45 tengah hari dan di Butterworth pada jam 12.40 tengah hari. Kedua-dua keretapi tersebut akan kembali ke Kuala Lumpur pada hari yang sama iaitu dari Singapura pada jam 1.15 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 7 malam manakala dari Butterworth pula pada jam 1.10 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 6.55 petang. Keretapi Ekspres itu hanya akan berhenti di Ipoh bagi perkhidmatan ke Utara dan di Johor Baharu bagi perkhidmatan ke Selatan. Sesungguhnya dengan terlancarnya perkhidmatan ekspres KTM, diharap akan dapat memberi lebih keselesaan kepada para penumpang dan di samping itu, KTM diharap akan terus meningkatkan lagi mutu perkhidmatannya dengan lebih cemerlang.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Tuesday, February 28, 2012

Akhbar The Star Kurang Ajar Dan Pelekeh Agama Islam, Patut Digantung!!


KUALA LUMPUR,   Mufti Perlis Dr Juanda Jaya(gambar) telah mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas, dengan menggantung penerbitan akhbar The Star berikutan penyiaran gambar artis irama R&B wanita Erykah Badu yang amat menghina Islam.

“Kerajaan perlu konsisten dalam ketegasan menangani isu sensitiviti agama,” tegasnya dalam satu kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan hari ini. “Saya yakin semua rakyat Malaysia pelbagai agama kenal kalimah Allah, dan tiada alasan untuk sekadar menyatakan terlepas pandang berkenaan perkara itu.
“Permohonan maaf yang dibuat dengan saiz yang amat kecil itu tidak memadai.
“Kita sokong kebebasan akhbar, tapi tidaklah sehingga mencerca agama dan anutan orang lain,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Juanda turut mendesak Kementerian Penerangan membatalkan konsert penyanyi itu yang dijangka berlangsung 29 Febuari ini, kerana lagu-lagunya mengandungi unsur-unsur lucah dan maksiat yang menjurus kepada keruntuhan akhlak.
Erykah Badu telah menimbulkan kontroversi sebelum ini apabila mencacah tatu menggunakan nama Allah dan Nabi Muhammad di tubuhnya.
p/s : IBM Kata, "memang The Star sudah melampau. Permohonan maaf tu tidak memadai kerana ianya berkisarkan maruah agama Islam. The Star patut di gantung lesennya atau ramai-ramai kita boikot akhbar The star. Apa kata anda semua?
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Peguam Ustaz Badrulamin Kata Media fitnah Dan Gembar-gemburkan Isu anak Guamnya!

KALAU dah buat salah tu, janganlah beri bermacam-macam alasan. Janganlah berselindung disebalik rupa ala ulama, Ustaz, berjanggut, berjubah dan macam-macam lagi.  Apa ke jadahnya di pagi-pagi buta jumpa isteri orang. Dihotel pulak tu. Kalau iapun nak menghulur bantuan, kaunseling ke apa ke, mengapa diwaktu yang orang sedang tidur nyenyak. Alahai Ustaz Badrul, janganlah berdolak-dalik lagi.

Dan satu lagi Ustaz, tolong ajar sikit mulut peguam Ustaz tu.Jangan terlalu celupar dan ikut sedap mulut je. Apa dia ingat dia peguam, dia kebal, tidak boleh didakwa. Bila dah dipanggil polis dan buat keterangan, janganlah beralih pula pada isu yang lain. Sikit-sikit salahkan media, sikit-sikit salahkan Umno. Kononnya Umno le dalangnya dan bermacam tomahan yang tak berasas. Bila dah syok lupa akan akibat yang akan menimpa. 
Elok benarlah tu. Polis pun dah panggil kedua-duanya kebalai. diberitakan, polis mengambil masa dua setangah jam menyoal Ustaz Badrul. Wow..lama tu. Apapun biarlah polis yang membuat siasatan dan biarlah polis juga yang membuat kenyataan sedikit masa lagi. Difahamkan juga Ustaz Badrul rela meninggalkan dunia politiknya demi untuk menyelamatkan maruah partinya PKR.

Bagus betui Ustaz Badrul ni ye. Sanggup berkorban apa saja demi parti. Ini bermakna berkorban untuk Anwar jugak lah tu. Untung Anwar dapat Ustaz seperti ini.  Kepada pemerhati dan pengemar politik, khusunya kepada ahli-ahli PKR, jangan kabur mata dengan pemimpin korang yang bergelar Ustaz, yang berjanggut dan berjubah. Itu luarannya saja, didalam , hanya tuhan yang tahu isi hati mereka. Dah tiba masanya korang buat keputusan yang bijak, sama ada mahu meninggalkan atau terus kekal bersama PKR. Fikir-fikirkanlah.....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH


28 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

WAWASAN 2020 DIUMUMKAN

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1991, Perdana  Menteri, YAB  Dato’  Seri  Dr.  Mahathir  Mohamad  telah  mengumumkan  wawasan  jangka  panjang  Malaysia  untuk  menjadi  negara  maju  menjelang  tahun  2020  pada  Majlis  Perdagangan  Malaysia. Wawasan  ini  telah  dibentangkan  di dalam  satu  kertas  kerja  yang  bertajuk  ‘Malaysia- The Way  Forward’ di mana  di dalam  kertas kerja  tersebut  terdapat  pemikiran  dan   rangka  kerja  mengenai  matlamat  Malaysia  untuk  menjadi  sebuah  negara  maju  menjelang  tahun  2020.  Wawasan  2020  yang  mengandungi  sembilan  cabaran  ini  merangkumi  semua  aspek  kehidupan  daripada segi moral, ekonomi, politik  dan sosial.  Teras  utama  dasar  ini  ialah  pembangunan  menyeluruh  dengan  memberi  keutamaan  kepada  perpaduan  kaum  di  kalangan  rakyat  Malaysia.  Keunikan  mengenai  wawasan  ini  ialah  mengetengahkan  acuan  kemajuan  berdasarkan  acuan  pemikiran  rakyat  Malaysia  sendiri   Matlamat  wawasan  ini  ialah  untuk menjadikan  Malaysia  negara  maju  menjelang  2020  dan  mencapai   kemajuan  yang  seimbang  dari  segi  fizikal  dan  rohani  agar  ia  dapat  melahirkan  satu  Bangsa  Malaysia  yang  kuat  dan  bersatu. 


SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Pak Hitam Bekas Menteri Yang Tak Kenang Jasa!!!

Salam semua.
IBM tak faham politik sekarang ni. Hairan dan tanda tanya, kenapa kebanyakan ahli-ahli politik yang satu ketika dulu menjadi wakil rakyat dan juga memegang jawatan didalam kabinet, sama ada menteri penuh atau timbalan menteri, apabila mereka bersara atau kalah didalam pilihan raya (PRU), mereka buat 'u' turn dengan menyerang kerajaan pulak. Ini yang IBM tak faham. 

Semasa mereka menjawat atau memegang sesuatu jawatan di dalam kerajaan, segala kemudahan, baik dari peluang business dan juga kemewahan telah mereka kecapai, tapi, apabila mereka meninggalkan kerajaan, mereka memusuhi kerajaan pulak. Sedangkan mereka-mereka ini walaupun tidak lagi berada di dalam kerajaan, mereka dibayar pencen yang agak lumayan jugak.


IBM amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Zahrain Mohamed, ahli Parlimen Bayan Baru mengkritik dan menyarankan agar Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Sheikh Fadzir memohon 'maaf' kepada pengundi di kawasan Parlimen Kulim Bandar-Baharu ekoran kenyataannya yang tidak berasas yang mengambarkan pengundi kawasan tersebut mudah untuk 'dibeli'. Tuduhan itu amat-amat serius dan kalau benar ianya berlaku, Abdul Kadir dicabar untuk tampil dengan bukti.

Semasa disebuah forum baru-baru ini, Abdul Kadir berucap. didalam ucapan itu, beliau mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu tektik yang dikenali sebagai 'bom'. Abdul Kadir juga mendakwa bahawa beliau juga sendiri mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

Kalau betul kenyataan Abdul Kadir itu, menurut DS Zahrain, elok benarlah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu memandangkan ianya adalah pengakuan yang dibuat sendiri oleh Abdul Kadir. Apa hukumnya memberi dan menerima rasuah?. IBM pun setuju supaya SPRM memanggil Abdul Kadir dan menyiasat dakwaan itu kerana semasa itu, Abdul Kadir adalah wakil rakyat. Sudah semestinya beliau terlibat. IBM pun hairan, kenapa perkara ini didedahkan kerana ia telah berlaku semasa di PRU yang lepas. Kekalahan pemimpin UMNO pada PRU lalu, termasuklah di Kulim, bukan kerana duit, tapi kerana sikap pemimpin UMNO seperti Abdul Kadir sendiri yang sombong, ego dan tinggi diri.

Sepatutnya, Abdul Kadir berterima kasih kepada UMNO kerana sudah menikmati kemewahan dan kekayaan hasil penyertaannya dalam parti UMNO. IBM nak tanya Abdul Kadir, adakah beliau masih lagi menyokong UMNO atau berhasrat menyertai pembangkang ekorannya sejak kebelakang ini lantang mengkritik parti UMNO dan kerajaan?. Kalau ia, tolong berambus, keluar saja dari UMNO dan jangan jadi seperti 'duri dalam dagaing'. Apabila dah pencen tu, buatlah cara pencen dan wajarlah mendiamkan diri dan tidak perlu mengkritik tanpa asas sehingga boleh menjejaskan parti UMNO yang telah menyenangkan hidup beliau selama ini. Fikir-fikirkanlah.....

 Beli undi: Kadir wajar mohon maaf


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday, February 27, 2012

Menteri Besar Kedah Tertekan. Anwar Tersenyum Jarumnya Masukkk!!!

PERGOLAKAN kerajaan Pakatan Rakyat Kedah berterusan. Pening kepala DS Azizan sukar diubati. Semakin banyak dia telan 'panadol', semakin menjadi-jadi pening kepalanya. Apa tidaknya, kepercayaan dan keyakinan para exco terhadapnya sudah hilang dan ada yang akan mengosongkan jawatan masing-masing tanda protes.

Ada sumber mengatakan ada dalang yang ingin menjatuhkan DS Azizan. Ini kerana dendam, marah dik kerana mulut DS Azizan yang terlalu celupar. Tapi, bagi IBM itu bukan puncanya. Ada lagi yang lebih teruk yang membuatkan ada yang merancang untuk menjatuhkan beliau. Kononnya, dah lama. Adakah DS Anwar Ibrahim terbabit dan adakah beliau dalangnya?..desas-desus begitulah....

Mungkin Ustaz Azizan sedang berfikir. Mestikah aku letak jawatan?

Sebenarnya bengkak dalam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mulai bernanah bila sekurang-kurang 4 exco telah mengosongkan bilik masing-masing. Setelah menghantar surat perletakan jawatan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak. Mereka bukan sahaja tidak bersetuju dengan gaya pentadbiran Azizan yang lemah, tapi turut dipersoal ialah mulut Azizan yang gemar menggunakan perkataan yang tidak selayaknya diucapkan oleh seorang Ustaz. Lojik ke alasan yang diberi ni?

Anwar tengah berfikir siapakah dikalangan pemimpin PKR Kedah yang layak mengantikan Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar Kedah. Licik si gampang ni.
Ekoran masalah yang kian meruncing, terdapat gesaan agar melantik seorang Timbalan Menteri Besar untuk membantu Azizan dalam usaha mengembalikan keyakinan sesama pemimpin Pakatan di Kedah, dan untuk memulihkan persepsi masyarakat umum terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. Sebagai pilihan, mungkinkah Ustaz Azizan mengembalikan jawatan Menteri Besar kepada Dewan Undang Negeri Kedah untuk menilai semula berdasarkan undi keyakinan. Maksudnya, exco akan membuat undi tidak percaya kepada Ustaz Azizah.

Lebih malang lagi bagi Ustaz Azizan, bila muncul pula suara-suara dari dalam Pakatan Rakyat yang mahu Anwar campur tangan. Bagi PAS, walaupun kepimpinan Azizan ditolak oleh majoriti exco Pakatan Rakyat Kedah termasuk exco PAS sendiri. Tapi tidak sepatutnya Anwar Ibrahim, sebagai ketua umum PKR harus campur tangan. Mereka mempertikaikan kerana sumber dari PAS berkata, Anwar hanyalah ketua pembangkang di Parlimen, tapi tidak ada hak untuk mencampuri urusan rasmi kerajaan PAS Kedah. 

'Perselingkahan PAS dan PKR' memang saling tidak menentu dalam berbagai isu. Khususnya yang menglibatkan prinsip Islam dan agama Islam itu sendiri. Bagi IBM, ianya jelas menunjukkan kedua-dua parti ini memang tidak sehaluan dan bukan rakan kongsi yang sebenarnya. Nampaknya baru sekarang PAS Kedah sedar siapa PKR yang sebenarnya. Dalam isu ini, PKR dilihat sedang berkira-kira untuk campur tangan dan menonjolkan diri. Ini bermakna, jarum Anwar sudah masuk.  Memang itulah sifat Anwar dan PKR.....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH

Album : Peletakan Batu Asas Masjid Negara

27 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PELETAKAN BATU ASAS MASJID NEGARA

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1963,  DYMM  Seri  Paduka  Baginda  Yang  di-pertuan  Agong  Tuanku  Syed  Putra  Ibni  Almarhum  Syed  Hassan  Jamalullail  telah  menyempurnakan  peletakan  batu  asas  kepada  pembinaan  Masjid  Negara  di Kuala  Lumpur.  Pembinaan  Masjid  yang  bernilai  $10  juta  ini  adalah  bertitik  tolak  daripada  keputusan  Majlis  Kerja  Persekutuan  yang  ingin  mendirikan  sebuah  masjid  sebagai  tanda  penghargaan  kepada  Perdana  Menteri  ketika  itu,  iaitu  YTM  Tunku  Abdul  Rahman  Putra  Al-Haj  terhadap  jasa-jasanya  kepada  rakyat.  Majlis  Raja-raja  telah  memperkenankan  projek  tersebut  selepas  negara  mencapai  kemerdekaan  pada  tahun  1957.  Pembinaan  masjid  ini  memakan  masa  selama  tiga  tahun  dan  telah  dibuka  dengan  rasminya  pada  tanggal  27 Ogos  1965  oleh  DYMM  Seri  Paduka  Baginda  Yang  di-pertuan  Agong  Tuanku  Syed  Putra  Ibni  Almarhum  Syed  Hassan  Jamalullail.  Reka  bentuk  dan  penyeliaan  bangunan  ini  telah  dilakukan  oleh  para  arkitek  Bahagian  Reka  Bentuk  dan  Penyelidikan, Jabatan  Kerja  Raya  Persekutuan  di bawah  arkitek  utamanya  iaitu  Baharuddin  Abu  Kassim. Antara  kemudahan-kemudahan  yang  disedikan  di masjid  ini  ialah  dewan  sembahyang  seluas  22,500  kaki  persegi,  dewan  persidangan,  perpustakaan,  bilik  diraja  dan  sebuah  bilik  imam. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]

Sunday, February 26, 2012

Dendam Anwar Tak Kesudahaan??

Ada rupa muka orang yang berdendam tak?

SALAM semua,
Cuba kita amati dan renung betui-betui gambar si nuar di atas ni. Agak-agak anda le, Anwar ni masih lagi menyimpan perasan dendam kepada orang-orang yang mengianayanya, kononnya le, dan ingin membunuh terus karier politiknya?..hehehe..soalan 'cupu mas'ni. Tak apa, soalan cupu mas tu kita jawap kemudian. IBM hanya nak berkongsi dengan anda semua tentang satu 'artikel' yang ditulis oleh seorang hamba allah yang tidak mahu namanya disiarakan. Ianya berkesahkan tentang 'dendam Anwar' setelah beliau dipecat dari kabinet dan juga sebagai ahli Umno.

Anwar sedang berfikir macam mana nak menghura-harakan negara setelah beliau dipecat dari semua jawatannya didalam kabinet. agaknya le.....

PARTI Keadilan Rakyat (PKR), hasil gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat malaysia ialah satu hasil yang jelas daripada gerakan kebangkitan rakyat bermula 1998 berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Anwar dapat dijelaskan sebagai pemimpin utama gerakan ini, sehingga berupaya menyatukan pembangkang dalam satu pakatan walaupun selepas kegagalan eksperimen penyatuan antara Pas, Semangat 46 dan DAP sebelum itu.

Pemecatan Anwar daripada Umno terus menghasilkan personaliti baru bekas timbalan perdana menteri itu, sekali guus menjadikannya pemimpin utama misi membersihkan negara daripada elemen korup pemerintah, malah parti Umno yang disifatkan sebagai menopoli segala keburukan dalam lapangan politik, ekonomi dan sosial negara.

Kini, selepas gerakan yang bermula pada 1998 dilihat semakin hampir merampas tampuk pemerintahan negara, wacana parti yang membawa obor 'reformasi' cetusan Anwar terus kelihatan sebagai sebuah kumpulan yang sangat  berpusatkan kepada 'personaliti' bekas pemimpin nombor dua dalam kerajaan itu.

Cita-cita Anwar ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri pada 18 sept pun tidak berjaya. Hancur lebur.  Ini membuat Anwar terus berdendam


Kongres PKR di Johor dan di Kedah baru-baru ini, tidak menunjukkan perbezaan wacana retorik parti itu, yang terus mengangkat dan mengaggungkan Anwar, mengutuk  musuh-musuh politik dan memberi lagi harapan untuk merampas pemerintahan kerajaan pusat di Putra Jaya.

Seperti juga kongres dan pertemuan parti itu sebelum ini,tema yang hampir serupa diulang lagi dan setiap kali menerima sorakan ahli-ahli parti. Apa  yang jelas, tempoh panjang  sejak 1998 masih tidak mengubah posisi Anwar dalam partinya, lebih-lebih lagi sebagai ketua umum yang tidak dipilih secara demokratik  sekali gus menjadikan beliau lebih mengukuhkan cengkaman.

Realiti PKR berhubung kedudukan Anwar dan keluarga tidak menjadi persoalan kepada ahli-ahli parti, sekurang-kurangnya tidak secara terbuka, walaupun isu penguasaan seorang pemimpin dan ahli keluarga menjadi isu utama serangan terhadap Umno ketika tercetus kebangkitan 1998 dahulu.

PKR sendiri tidak dapat menjawab kritikan terhadap kedudukkan istimewa ketua umumnya, kedudukan yang mungkin tidak akan wujud lagi atau tidak berkuasa seperti Anwar pada masa kini, menjelaskan kuasa mutlak pesonaliti Anwar ke atas PKR.

p/s : IBM Kata. "Maka jelaslah bahawa parti PKR adalah parti keluarga, parti anak beranak yang di monopoli oleh keluarga Anwar dan ditubuhkan semata-mata untuk membantu Anwar bagi mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri dan dan membalas dendam terhadap orang-orang yang ingin membunuh terus karier politiknya. Dendam Anwar tak ada kesudahannya sehinggalah Allah swt menjemputnya kembali dan dia meninggal dengan matanya terbeliak (terbuka) kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampian. Kesian Anwar."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH

 Pejabat Besar Pos Kuala Terengganu

26 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PEMBUKAAN RASMI PEJABAT POS BESAR KUALA TERENGGANU
Pada hari ini dalam tahun 1967, Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Mahmud ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Tengku Puan Muda Tengku Bariah binti Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah. Turut serta di majlis perasmian ini ialah Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom Malaysia YBH Tan Sri V.T. Sambanthan dan Menteri Besar Terengganu YAB Tan Sri Ibrahim Fikri bin Muhammad. Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu telah dibina dengan barang-barang tempatan berharga lebih kurang $660,000. Bangunan ini telah direka bentuk oleh Syarikat T.Y. Lee & Sons, Kuala Lumpur dan Kontraktornya ialah Encik Kho Teck Meng.  Dalam ucapan semasa perasmian majlis ini Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom berkata bahawa Pejabat Pos Besar ini merupakan projek terakhir di bawah Rancangan Lima Tahun Yang Kedua. Semenjak Rancangan Lima Tahun dilancarkan, Kerajaan telah berjaya membina 6 buah Pejabat Pos baharu iaitu di Dungun, Marang, Jerteh, Besut, Kemaman dan akhir sekali Pejabat Pos Besar di Kuala Terengganu. Selain daripada itu, Kerajaan juga telah membuka 18 buah wakil pos baharu dan menubuhkan 2 pejabat pos berkereta sebagai tambahan. Sesungguhnya dengan pembukaan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu pada hari ini diharap akan memberi kemudahan kepada orang ramai di samping dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pos di negeri Terengganu khususnya.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

GEMPAK!! Pemimpin PKR Dtangkap Khalwat!!

BAGI pemimpin-pemimpin PKR, kes khalwat ni dah menjadi perkara biasa bagi depa. Tiada yang mengemparkan dan menghairankan kerana ianya adalah perbuatan individu, tiada kena mengena dengan parti. Kata pemimpin-pemimpin PKR, dosa di atas perbuatan khalwat itu adalah dosa individu, tanggunglah sendiri. Begitulah apa yang terjadi kepada salah seorang pemimpin  mereka yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kelantan, semalam.

 INILAH lokasi hotel tempat Dr Badrul Amin ditangkap di Balok, Kelantan

Wajah-wajah alim Dr. Badrul Amin yang dianggap seorang 'ulama'

Cerita mengenai seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Nasional (PKR) dilaporkan telah ditangkap khalwat berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di sebuah hotel di Balok, di sini pagi semalam heboh diperkatakan. Hampir semua akhbar tempatan dan juga blog-blog mempamirkan cerita yang hangat ini. Bagaimanapun, ada blog-blog enggan mengulas lanjut mengenai identiti sebenar pemimpin PKR yang dimaksudkan itu memandangkan pihak berwajib sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes. Di dalam perkembangan berkaitan, 

IBM dapat maklumat, begitu juga sumber-sumber dari blog politik, kuat mendakwa bahawa pemimpin PKR yang ditangkap khalwat tersebut adalah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Dr. Badrul Amin Baharon (gambar). Siapa tak kenal si Badrul Amin ini. IBM masih ingat sebelum ini beliau mencetuskan kontroversi apabila dikatakan mendewa-dewakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga merupakan Ketua Umum PKR sebagai ‘Imam Mahdi’. Jika benar pemimpin PKR yang dimaksudkan itu adalah Badrul Amin, maka ia seolah-olah mengulangi kembali peristiwa yang pernah berlaku terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang ditahan khalwat bersama isteri rakannya di sebuah hotel di Kelantan dahulu. Hehehe..memang kerja-kerja maksiat ni kesukaan pemimpin-pemimpin PKR. Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz, wanita yang ditangkap bersama pemimpin PKR oleh sepasukan penguatkuasa kira-kira pada jam 3 pagi itu dipercayai merupakan isteri orang.

Badrul Amin turut dikatakan baru bernikah dengan seorang wanita, Harlina Zainuddin, 40, pada Oktober 2010 lalu di dalam satu majlis ringkas di Ampang, Selangor. Satu soalan dari IBM, apakah untuk menyelamatkan maruah diri dan parti, si Badrul akan membuat kenyataan akhbar menyatakan ini adalah kerjaan orang-orang Umno yang ingin cuba menjatuhkan beliau sendiri dan juga parti PKR?. Kita tunggu perkembangan selanjutnya. IBM juga difahamkan bahawa suami perempuan yang ditangkap berkhalwat bersama Dr. Badrul sudah pun mengetahui berita penangkapan tersebut. Tak sabar nak tunggu reaksi dari beliau. PKR patut di tukar nama kepada 'Parti Khalwat Rakus'. Sekian.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday, February 25, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


25 FEBRUARI


SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PERASMIAN KOMPLEKS PERNIAGAAN PEKAN RABU, KEDAH.
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1978,  Kompleks  Perniagaan  Pekan  Rabu   dirasmikan  oleh  YAB Dato’ Seri Dr.  Mahathir Mohamad, Timbalan  Perdana  Menteri.  Bangunan  yang  menempatkan  kompleks  perniagaan  ini  dibina  khas  bagi  memudahkan  para  peniaga  Bumiputera  khususnya  Orang  Melayu  menjalankan  perniagaan  mereka.  Bangunan  ini  telah  dapat  direalisasikan  pembinaannya  dengan  bantuan  sebanyak  $3.2  juta  daripada  Majlis  Amanah  Rakyat (MARA).  Sejarah  Pekan  Rabu  bermula  daripada  sebuah  pasar  minggu  yang  diadakan  pada  setiap  hari  Rabu  di  Tanjung  Chali,  Alor  Setar.  Ianya  telah  diasaskan  oleh  YTM  Tunku  Yaakob  Ibni  Almarhum  Sultan  Abdul  Hamid  Halim  Shah pada  tahun   1920.  Pada  tahun  1932,  Pekan  Rabu  telah  berpindah  ke  lokasinya  kini  iaitu di Jalan  Tunku  Ibrahim,  Alor  Setar,  Kedah.  Bangunan  Pekan  Rabu  yang  terdapat  kini  terdiri  daripada  2  fasa  di mana  Fasa  Pertama  adalah  terdiri  daripada  3  tingkat  bangunan  perniagaan  yang  mengandungi  274 buah  kedai,   manakala  Fasa  Kedua  adalah  terdiri  daripada  3  tingkat  bangunan  yang  mengandungi  73  buah  kedai.   Sesungguhnya,  penubuhan  Pekan  Rabu  telah  berjaya  menyatupadukan  peniaga-peniaga  Melayu  di bawah  satu  bumbung  serta  melahirkan  lebih  ramai  pemborong  dan  peniaga  Melayu   serta   mengetengahkan  barangan  keluaran  kampung  ke dalam  pasaran  terbuka. 

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Friday, February 24, 2012

22 Janji Belum Ditunai. Rakyat Akan Tukar Kerajaan Kelantan Di PRU ke-13!!!

RAKYAT Kelantan bukannya bodoh. Mereka tidak rela ditipu lagi. Janji demi janji yang Pas janjikan, tapi, HAMPEHH!!...masih belum ditunaikan. Kini, rakyat Kelantan bernekad akan menukar kerajaan Pas kepada Barisan Nasional (BN), kerana mereka tahu hanya kerajaan BN sahaja yang boleh mengubah cara hidup rakyat kelantan.


Melalui Gerakan TUKAR, sebuah badan yang menggabungkan sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan, Rabu menuntut kerajaan negeri pimpinan Pas supaya menunaikan 22 perkara yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini.

Pengerusi Gerakan TUKAR, Kamarudin Mohd Kasim, berkata 19 daripada 22 perkara yang dituntut itu adalah janji Pas yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum parti itu yang lepas manakala tiga lagi adalah berkaitan isu politik semasa.

Menurut Kamarudin lagi, kesemua tuntutan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini dan jika masih gagal menunaikan janji, kami bersepakat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 nanti, katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.


Kamarudin berkata penduduk Kelantan telah memberi tempoh 22 tahun kepada Pas untuk memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan malah masalah asas pun masih tidak dapat diselesaikan.
Beliau berkata antara janji yang dituntut untuk ditunaikan ialah anak negeri Kelantan diberi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan semua wakil rakyat di negeri itu hendaklah daripada kalangan anak-anak tempatan manakala barisan kepimpinan kerajaan Pas dikehendaki mengiystiharkan harta.
Apa komen Tok Guru dalam hal ini?...kita tunggu respon dari Tok Guru adakah beliau beranai menyahut cabaran ini. 22 janji tu, bukannya sikit...boleh ke Pas tunaikan?..sama-sama kita tunggu. Sekian.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Khalid Gagap Melenting Tidak Dijemput Mesyuarat Menteri Besar Dan Ketua Menteri. Bahlol Punya MB!!!

BODOH dan bahlol. Itulah perkataan yang layak diberi pada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim atau lebih dikenali Khalid gagap. Memang muka tak malu. Melenting tak tentu pasal kerana tidak dijemput ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri baru-baru ini. Dia tah faham bahawa mesyuarat itu adalah mesyuarat khas hanya untuk menteri besar dan ketua menteri Barisan Nasional (BN) sahaja. Kenapa dia pulak yang melenting?..dah tu pulak menyelar Perdana Menteri, DS Najib tidak 'professional'. Dah le gagap, bodoh pulak tu.

Berikut dengan kenyataan si Khalid gagap tu, ini jawapan dan penjelasan dari Perdana Menteri DS Najib kepada media :



[Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan Persekutuan tidak menjemput menteri besar dan ketua menteri negeri yang ditadbir pembangkang dalam mesyuarat penyelarasan kelmarin, bukan satu isu kerana ia merupakan amalan biasa sejak sekian lama.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat tersebut hanya terhad kepada menteri besar dan ketua menteri negeri ditadbir Barisan Nasional (BN) sahaja dan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun beliau berkata, bagi mesyuarat yang membabitkan Majlis Tanah Negara, Kerajaan Tempatan dan Jawatankuasa Kewangan Negara, semua menteri besar dan ketua menteri termasuk dari negeri pembangkang dijemput.

“Ini amalan sejak dahulu lagi. Saya telah lama dalam kerajaan, apa masalahnya. Soal jemputan tidak perlu berbangkit. Mereka (pembangkang) pun banyak mesyuarat tetapi tidak pernah jemput kita. Itupun hendak dipersoalkan,” katanya sinis. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertikaikan soal jemputan ke mesyuarat penyelarasan tersebut, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengesahkan kehadiran Ketua Wanita UMNO yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada mesyuarat MT malam ini. Namun Najib berkata, isu berhubung kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan Shahrizat tidak dibincangkan.

Sementara itu Najib berkata, mesyuarat malam ini menetapkan 1 April hingga 15 Jun sebagai tarikh diadakan persidangan tahunan cawangan manakala persidangan perwakilan bahagian pula ditetapkan pada 1 Julai hingga 15 September depan.

“Mesyuarat juga memutuskan sambutan ulang tahun UMNO ke-66 pula buat pertama kalinya akan disambut secara meriah di Stadium Merdeka pada 11 Mei akan datang.
“Mesyuarat juga dimaklumkan keahlian UMNO sehingga 31 Disember tahun lalu bertambah seramai 113,116 orang menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 3,335,878 orang,” ujarnya].

p/s Kata IBM : "Memang begitulah perangai pembangkang. Tak memahami peraturan dan undang2 negara. Asyik-asyik nak salah orang. Depa tu betul benar ke?..lagi-lagi si Khalid gagap tu....bahlol punya MB. Rakyat Selangor betui2 kecewa cara dia mentadbir negeri, dan dia dichop "Mr Failure". Kepada DS Najib, pesetan mereka2 ni...kita buat kerja kita. PRU ke-13 pun dah nak dekat ni. Tunggu signal dari DS je. Jentera2 BN sudah bersedia."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH


24 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

RANG UNDANG-UNDANG BAHASA KEBANGSAAN
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1967,  satu  rang  undang-undang  Bahasa  Kebangsaan  sebagai  bahasa  rasmi  telah  diterbitkan. Rang undang-undang ini mula berkuatkuasa  penggunaannya  mulai  1  September  1967,  dan   tidak  melibatkan  negeri-negeri  Borneo. Menurut  rang  undang-undang  ini,  Bahasa  Kebangsaan  akan  digunakan  bagi  semua  urusan  rasmi  dan  tertakluk  kepada  fasal  152  Perlembagaan. Ini bagi membolehkan  penggunaan  secara  liberal  bahasa-bahasa  lain  di  Persekutuan  setakat  yang  dikehendaki. Yang  di-Pertuan  Agong  diberi  kuasa untuk  mengizinkan  penggunaan terus  Bahasa  Inggeris  bagi  tujuan-tujuan  rasmi  yang  dianggap perlu. Bahasa  Kebangsaan dan  Bahasa  Inggeris  akan  digunakan bagi:  semua  undang-undang  atau  pindaan  selanjutnya  yang  dibentangkan  dalam  Parlimen  atau  Dewan  Undangan  Negeri; semua  undang-undang Parlimen  dan  lain-lain  undang-undang  selanjutnya  yang  dibuat  oleh  kerajaan; semua undang-undang dan lain-lain  undang-undang  lanjutan  darinya  yang dibuat  oleh  kerajaan  negeri  dan semua undang-undang  yang  dimasyhurkan  oleh  Yang di-Pertuan  Agong. Naskhah  yang  sahih  ialah  dalam  Bahasa  Kebangsaan kecuali  terdapat  ketentuan  lain  oleh  Yang  di-Pertuan  Agong.  Manakala  semua  urusan  kecuali  keterangan  oleh  seorang  saksi  dalam  mahkamah  akan  dijalankan  dalam  Bahasa  Kebangsaan  atau  Bahasa  Inggeris  atau  separuh-separuh.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...