Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak telah membentangkan Pengubahsuaian Bajet 2016 dalam perutusan khas beliau di Putrajaya hari ini. Pelbagai inisiatif dan insentif telah diperkasakan dalam pengubahsuaian bajet kali ini. Ia bertujuan untuk memberikan khidmat terbaik untuk kemaslahatan rakyat dan diharapkan dapat membantu usaha kerajaan untuk memacu kestabilan ekonomi. Secara ringkasnya seperti yang berikut;
(1) Kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016 – Disember 2017. Walau bagaimanapun, caruman majikan dikekalkan pada peratus potongan yang sedia ada sekarang.
(2) Kerajaan juga akan memberi pelepasan khas cukai sebanyak RM2000 kepada semua pembayar cukai individu yang berpendapatan RM8000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015. Walaupun kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM350 juta namun ianya dapat memberi penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475, ia diharapkan akan dapat memberi manfaat kepada lebih 2 juta pembayar cukai.
(3) Bagi mengurangkan kos keperluan harian, kerajaan mengambil langkah seperti meliberalisasikn AP bagi produk prtanian terpilih termasuk biji kopi mentah, daging dan lain-lain.
FAMA akan membuka pasar belian terus hasil pertanian melalui MyFarm Outlet yang akan menjual barang makanan pada harga jualan 5-20% lebih rendah dari harga semasa pasaran.
Utk terus membela nasib pesawah, kerajaan akan menyediakan tambahan tunai RM50 bagi setiap 1 tan metrik padi bersih sbg insentif input pengeluaran padi semusim.
Program MyBeras akan diperkenal. Setiap keluarga miskin tegar yang brdaftar akan dibekal dengan 20 kilogram beras setiap bulan untuk membantu mengurangkan bebanan hidup.
(4) Berkuatkuasa serta-merta ke atas projek baru, semua penjualan rumah berharga hingga RM300k terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.
Manakala bagi Projek Perumahan Rakyat berharga RM35k, kerajaan menerusi BSN & Bank Rakyat akan menawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4%. Ia akan memanfaatkan lebih 10k pemilik rumah.
(5) Sumbangan 30% daripada levi HRDF akan disediakan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yg telah diberhentikan.
(6) Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap para pengelak cukai atautax evaders‘.
(7) Kerajaan akan terus memperkemas sistem pengurusan pekerja asing, dengan kadar levi diklusterkan kpd 2 kategori, tidak termasuk pembantu rumah warga asing.
Kerajaan akan turut melaksana Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI yang bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah.
(8) Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, serta meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.
(9) Perbelanjaan pembangunan akan memberi fokus kepada projek dan program mendahulukan rakyat, selain mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah.
(10) Bagi institusi kewangan pembangunan & dana modal teroka milik, kerajaan akan menambah dana RM6 billion dalam menyediakan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat permulaan.
(11) Pihak GLC disaran agar melaksana inisiatif bagi mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, ia akan dipantau oleh pihak EPU. - SUMBER
P/S - Jangan lepas ada lagi sok-sek sok-sek di luar sana. Belajarlah berterima kasih. Hari ini pun korang semua dapat BR1M, kan..kan...Terima kasih PM. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU#KEKALNAJIN