Tuesday, December 29, 2015

BENAR KATA KU LI.........

SELASA, 29 DISEMBER 2015
PAS Dan UMNO Saling Memerlukan.......

Cadangan kerjasama UMNO dan PAS bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan kerana kedua-dua parti saling memerlukan untuk menarik sokongan orang Melayu. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, adalah penting untuk UMNO menarik sebanyak mungkin undi kaum Melayu yang menjadi kelompok majoriti pada pilihanraya umum akan datang lantaran sokongan kelompok pengundi kaum lain yang telah menyusut. “Saya tidak mahu komen tetapi merasakan pandangan dari seluruh negara menunjukkan bahawa cadangan UMNO itu adalah berasaskan kebimbangan tidak mendapat sokongan bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang,” katanya pada sidang media Perkasa di ibu negara, Selasa.
Veteran UMNO yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, PAS, lebih memerlukan sokongan UMNO untuk merealisasikan cita-cita pelaksanaan hudud terutamanya selepas pertikaian parti Islam itu dengan parti sekutu dalam Pakatan Rakyat yang telah dibubarkan. “Mereka memerlukan sokongan untuk perjuangan mereka daripada pihak yang berpengaruh seperti UMNO. Jika mereka mahu mengamalkan undang-undang hudud, ia tidak boleh dilakukan kecuali dengan meminda enakmen Syariah di Kelantan dan Terengganu. “Nombor dua, mungkin mereka (PAS) mahu majoriti dua pertiga di Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan (untuk membolehkan hudud). Jika kedua-dua parti bekerjasama, semua yang seperti perancangan mungkin berlaku,” jelasnya.
Majoriti orang Melayu katanya, akan gembira jika UMNO dan PAS berkerjasama namun mungkin menjejaskan sokongan Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak. UMNO katanya, mungkin mendapat lebih banyak sokongan Melayu kerana bekerjasama dengan PAS namun parti itu tidak mampu untuk tidak memberi perhatian kepada pengundi di Sabah dan Sarawak. “Mereka mungkin merasakan bahawa kerjasama dengan PAS tidak akan menegakkan hak mereka kerana pengundi di Sabah dan Sarawak tidak melihat Islam sebagai agama rasmi negeri,” katanya lagi.
Beliau bagaimanapun kemudiannya enggan mengulas lanjut mengenai cadangan kerjasama UMNO-PAS itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sewaktu Perhimpunan Agung UMNO lalu menghulurkan salam silaturrahim kepada PAS yang disambut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan bekerjasama selagi ianya berdasarkan kepada prinsip-prinsip Islam.  - SUMBER.
p/s - Satu pandangan dari seorang veteran dalam politik yang cintakan perdamaian. IBM setuju dengan saranan Ku Li. Bila lagi? Sampai bila UMNO dan PAS ingin bertelengkah? Fikir-fikirkan demi untuk bangsa melayu, anak cucu-cicit kita dan akhirnya agama Islam itu sendiri. Wasallam. Dari - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...