Worrasit berkata, sebarang perkara yang memburukkan imej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah perbuatan pihak ketiga yang bertindak memalsu dan mengubah dokumen-dokumen yang diterima daripada JustoKatanya, anak guamnya langsung tidak mengubah dokumen berkenaan. “Mereka yang mengubah maklumat perlu bertanggungjawab dan dihadapkan ke muka pengadilan,” jelasnya.

Pada pendapat Worrasit, Justo tidak melakukan sebarang kesa­lahan serius kerana pengubahan dokumen dilakukan oleh individu lain. Worrasit berkata, ini adalah kali pertama Justo melakukan kesalahan dan beliau seharusnya tidak dikenakan hukuman yang berat. “Anak guam saya sewajarnya dikenakan hukuman penjara enam bulan, setahun atau didenda,” ujarnya lagi. - SUMBER