Tuesday, September 18, 2012

Apa Yang PR Janjikan Yang Tidak BN Laksanakan??


BN TIDAK AKAN BERJANJI JIKA TIDAK MAMPU UNTUK TUNAIKAN JANJI

DIPETIK DARI : SELANGORDAILY.COM :

DALAM kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13), banyak persoalan yang boleh ditimbulkan terutamanya mengenai kenapa kita hendak mengubah Kerajaan Persekutuan seperti yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat. Persoalan yang sepatutnya ditimbulkan adalah apakah yang boleh Pakatan Rakyat Timbulkan yang mana ini semua tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional? Ikuti kupasan  berikut:

1. Kebebasan Bersuara
Pakatan Rakyat amat mengamalkan kebebasan bersuara. Lihatlah bagaimana “gag order” dilaksanakan. Tiada ahli politik dibenarkan bersuara melainkan pemimpin atasan membuat segala keputusan. Lihatlah bagaimana Tan Sri Khalid Ibrahim melindungi kes Talamnya atau lebih dikenali sebagai “Talamgate” dan lihat bagaimana Lim Guan Eng cuba menutup kes ‘Rainbow”.
2. Kebebasan Media
Pakatan Rakyat juara di dalam kebebasan media. Lihatlah sendiri Buletin Mutiara dan Selangorkini. Apakah mereka mempunyai ruang untuk Barisan Nasional di dalam akhbar-akhbar mereka? Janganlah kita bercakap mengenai Roket, Suara Keadilan dan Harakah. Memang tak ada langsung kebaikan mengenai Barisan Nasional yang ditulis. Bukankah kita patut asingkan di antara Kerajaan dan parti politik? Apakah Pakatan Rakyat mengamalkannya? Apakah wajar buletin Kerajaan seperti Buletin Mutiara dan Selangorkini digunakan untuk suara parti?
3. Meningkatkan Ekonomi
Sehingga sekarang Pakatan Rakyat tidak memberikan butir-butir terperinci bagaimana mereka ingin menghapuskan tol, menurunkan harga kereta dan menghapuskan PTPTN. Mereka hanya pandai membuat janji dan gagal untuk merealisasikannya. Bagaimana janji mereka untuk memastikan setiap isirumah RM4 ribu sebulan. Bagaimana mereka ingin mencapainya? Apa yang penulis dengar kesemua ini menelan belanja sebanyak RM200  billion. GDP Malaysia hanyalah sekitar RM200 billion sethun. Dari manakah Kerajaan Pakatan Rakyat hendak mendapatkan dana untuk pendidikan, jalan, pertahanan dan sebagainya. Apakah Pakatan Rakyat mahu Malaysia menjadi seperti Greece dan Spain?
Meningkatkan Produktiviti Agensi Kerajaan

Cakap memang senang. Tidak perlu mengeluarkan duit. Sebelum mereka berjanji untuk melaksanakan di peringkat Persekutuan, apa kata kita lihat dulu apa yang telah mereka lakukan untuk negeri di mana mereka perintah. Bagaimana pengurusan sampah di Selangor? Bagaimana pengurusan air di Kelantan dan bagaimanakah pula pemberian air percuma di Selangor? Apakah Rakyat berpuas hati?
Bailout
Senang menyalahkan Kerajaan BN di dalam menyelamatkan (bailout) syarikat-syarikat yang bermasalah. Bagaimana pula dengan kes Talam? Bukankah itu bailout? Kerajaan Selangor membeli tanah melebihi harga yang diletakkan di dalam laporan penilaian. Kalau ini bukan bailout, nak sebut apa? Bagaimana pula dengan kes membeli lori sampah dari China yang melebihi harga pasaran? Ini apa pula tujuannya?
Menurunkan taraf hidup
Kalau sebut BN bermakna Barang naik. Buat Rakyat susah. Lupakah PR bahawa Negeri Kedah dan Pulau Pinang menaikkan harga air semenjak 2008? Berapa banyak pula rumah kos rendah yang telah berjaya dibina oleh PR di empat negeri pemerintahan mereka untuk membantu Rakyat?
Korupsi
PR bebas dari korupsi? Baru perintah satu negeri, tender sekecil-kecilnya seperti kontrak membuat baju telah disapu oleh bekas EXCO Perak, Nga Kor Ming. Bagaimana pula dengan penyalahgunaan kuasa oleh Ronnie Liu di dalam campurtangan kuasa Kerajaan Tempatan di dalam meluluskan projek? CAT dan SELCAT hilang entah ke mana. Auta semata-mata.
Pilihanraya yang adil
Lihatlah bagaimana parti PKR melaksanakan pilihanraya parti mereka. Siap dengan baling kerusi lagi. Lupakah kita bagaimana Zaid Ibrahim keluar parti kerana tidak tahan dengan mainan politik Azmin Ali? Bagaimana dengan parti komunis dan dikatator DAP. Adilnyanya mereka sebagai sebuah parti anak beranak yang hanya membenarkan orang-orang tertentu sahaja yang boleh berkuasa dan bersuara di dalam parti itu. Kalau Pakatan Rakyat tidak dapat meletakkan rumahtangga mereka dalam keadaan aman, lupakan sajalah kononnya untuk melaksanakan pilihanraya yang adil.
Kesemua di atas tidak ada sedikitpun penambahbaikan untuk apa yang telah Barisan Nasional laksanakan untuk Rakyat selama 55 tahun negara Merdeka. Untuk apakah kita memperjudikan nasib untuk mengubah sesuatu kepada lebih buruk? Bak kata pepatah, lari daripada mulut harimau, masuk ke dalam mulut buaya. Fikir-fikirkanlah.....
Kesimpulannya dari artikel diatas menunjukkan, langsung tak apa yang boleh dibanggakan oleh Pakatan Haram kerana semua janji-janji mereka adalah janji kosong. Lagi pun, jelas menunjukkan bahawa mereka bukan sebuah pakatan yang betul-betul bersatu. Sebenarnya mereka berlainan pendapat, cuma dik kerana ingin memerintah dan menumbangkan kerajaan yang ada, maka, mereka terpaksa berlakun. Tapi.....sampai bila mereka boleh berlakun? Fikir-fikirkanlah. Sekian komen yang ringkas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

SUARAM Tekat Untuk Siasat 'Scorpene' Walaupun Masuk Penjara. Bahlol!!!






























Gadis Kilang Campak Bayi Direman. Ini Memang Kerja Gila!!

APA nak jadi dunia sekarang ni. Syoknya sekejap, tapi, bahananya? Yang lebih malang lagi bayi yang tak berdosa. Kalau iapun dah terlanjur, letak je bayi tu kat depan rumah orang, surau-surau atau pun Masjid. Biar orang nampak dan ambik lepas tu tahu le apa orang nak buat. Ini tidak, dik kerana takut malu dan diketahui orang, sanggup mencampak bayi yang tak berdosa tu tingkat atas. Tahu pulak malu ye.  Masya-allah, kejamnya manusia ni.

Saban hari kita baca berita di akhbar-akhbar tentang kes buang bayi ni. Masyarakat dan pihak yang berwajib dah tak tahu apa nak buat. Makin di siarkan, makin menjadi-jadi pulak kes membuang bayi sehingga ada yang membawa maut, seperti kes terbaru ini. Ya Allah, kesiannya  si comel tu. Apakah hukuman yang akan dikenakan pada wanita ini sekiranya dia didapati bersalah? Maksud IBM hukuman dunia. Penjara, hantar ke pusat pemulihan atau hukuman mati saja? Akhirat nanti lebih dahsyat hukumanya. Kemana nak lari?

Kalau tak silap, IBM ada terbaca disebuah akhbar yang mendesak supaya 'mati' dikenakan keatas pesalah yang membuang bayi.  Apa pandangan anda semua?. apabila IBM baca keratan akhbar yang IBM petik dari Kosmo, memang patut dijatuhkan hukuman sedemikian rupa. Walaupun ianya agak kejam, tapi...perbuatan membuang bayi itu sendiri lagi kejam, lebih kejam dari binatang. Binatang pun sayangkan anaknya. Korang baca dan fikirkan sendiri. ~ IBM

PETIKAN DARI KOSMO! ONLINE :


ADA YANG CADANGKAN SEPERTI  DIBAWAH INI :

Anda semua setuju, atau ada cadangan lain?


*HUKUMAN MATI BUANG BAYI. BUANG BAYI SEMAKIN MENJADI-JADI. APA DAH JADI NI? KATAKAN TAK NAK PADA ZINA.....JOM JAUHI ZINA*

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Suaram (Suara Anak Haram) Bakal Didakwa???Elok Beno Le Tu......

DENGAR cerita gitulah. Minggu hadapan 'Suaram' (suara anak haram) ni akan didakwa. Begitulah mengikut kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. IBM malas nak ulas panjang-panjang pasal isu suaram ni. Memang sial punya NGO. Korang baca je apa yang tetera dibawah ni. ~ IBM

IBM PETIK DARI KOSMO! ONLINE :



































TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday, September 17, 2012

Permulaan Awal Musim Yang Buruk Dari Liverpool. Apa Sudah Jadi??

SEMBANG-SEMBANG BOLA (MENGIMBAS PERLAWANAN EPL). LIVERPOOL APA SUDAH JADI??

Luis Suarez jadi penyelamat maruah Liverpool menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 71 separuh masa kedua 





























Kumpulan 'Anwarinas' Termasuk Nik Aziz Di Nasihat Undur......

KALAU dulu golongan dari Pas mengatakan Umno berpecah dan berpuak-puak, tapi, rupa-rupanya dalam Pas lagi teruk. Ada kumpulan yang berpihak pada Hj Hadi Awang dan ada puak yang bersama Mursyidul Amnya, iaitu Nik Aziz yang lebih memihak dan terikut-ikut kepada golongan yang di panggil 'Anwarinas'. Kumpulan yang Anwarinas ni yang diketuai oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang ingin melihat perpecahan berlaku di dalam Pas. Jarumnya begitu tajam dan telah merusuk  kedalam kem Pas sehingga Mursyidul Am Pas, Nik Aziz seakan-akan telah tunduk kepadanya. 

Anwar mahu Pas mengikut kata dan caranya. Anwar mahu Pas mengikut cara golongan Anwarinas. Apa saja keputusan yang dibuat sehinggakan masalah dalaman Pas seperti menegur atau memecat pemimpin-pemimpin atau ahlinya sekira melanggar tata-tertip parti. Anwar mahu segala keputusan yang dibuat oleh Pas, mestilah mengikut cara dan acuan dia. Tapi...tidak semua angota Pas setuju dan mengikut kehendak golongan Anwarinas. Ini berlaku apabila kes yang melibatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang tidak diambil tindakan semasa mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas  diatas kritikan Ustaz Nasha terhadap Presiden DAP, Karpal Singh.

Kumpulan Anwarinas kecewa, marah, Anwar juga dan orang Pas yang paling kecewa ialah Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat marah dan kecewa di atas keputusan tersebut. Nik Aziz tertekan, ditekan oleh kumpulan Anwarinas dan kononnya, Nik Aziz meninggalkan majlis pada malam itu lebih awal dengan alasan tak sihat. Sebenarnya, Nik Aziz kecewa seolah-olah dia dibelakangkan dan tidak boleh bersuara. Apapun, IBM serahkan pada anda para pembaca membuat penilian sendiri. Baca artikel di bawah ini yang IBM petik dari rakan seperjuangan. Fikir-fikirkanlah. ~ IBM

DIPETIK DARI : ANTARAPOS.COM :





































* Ingat Zina Ingat Pas *

* Ingat Liwat Ingat Anwar *

~ PAS is DEAD ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

PAS Minta Nyawa...."Melayu, Lupakan Assobiyah"...Tolong!!! Tolong!!!

PAS mendakwa sebagaimana kita sekalian maklum bahawa partinya adalah sebuah Parti Islam atau dengan kata lain ialah sebagai Hizbullah atau Taghut. Yang selainnya daripadanya semuanya di anggap parti Taghut.  Dan perjuangan Pas sebenarnya menjurus kepada kefahaman politik songsangnya yang begitu tebal dan menyesatkan. Islam bukanlah apa yang mereka perjuangan. Bohong!...bohong semata-mata.

Apa yang cuba diterjemahkan oleh penulis dibawah ini tentang Pas, ialah Pas bukanlah parti Islam kerana KRITIRIA yang ada dalam parti Pas adalah KRITIRIA Parti syaitan. Ini telah di jelaskan oleh beberapa orang ulama tentang Pas. Jom baca, dan fahamilah apa yang tertulis dibawa adalah untuk renungi kita bersama. Ikhlas dari saya ~ IBM

PETIKAN DARI : SELANGOR DAILY :





Harakah Daily Lidah Bercabang :
~ PAS is DEAD ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tok Mun Tak Putus Asa. Tewas Di PRU Lalu Masih Nak Bertanding Lagi

MASIH ingatkan anda semua pada Tok Mun atau nama sebenarnya Maimunah Yusof? IBM rasa rakyat negeri Terengganu masih ingatkan pada Tok Mun yang mengemparkan seluruh negeri Terengganu apabila beliau mengumumkan untuk bertanding di PRU ke-12 yang lalu mengunakan tiket calon bebas. Tapi....sayangnya Tok Mun tewas dan hilang wang pertaruhan.

Kekecewan yang Tok Mun alami pada PRU yang lepas, tidak mematahkan semangatnya. Beliau ingin bangkit, tanpa rasa gentar ingin mencuba lagi dan berhasrat untuk bertanding pada PRU ke-13 nanti. Kali ini di peringkat DUN pula. Tapi, katanya mungkin hasratnya itu terhalang, kerana sukar untuk mendapatkan penyokong dan pencadang untuk membolehkan beliau bertanding pada pilihanraya umum yang akan datang. Terlalu ramai penyokong 'dacing' katanya.

Basikal Tua Inlah Yang Dijadikan Transport Oleh To Mun Semasa Pergi Berkempen Di PRU Yang Lalu.

IBM masih ingat lagi, mungkin juga anda semua juga ingat, pada pilihan raya umum 2008, Tok Mun bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu menentang calon Barisan Nasional (BN), Allahyaraham Datuk Razali Ismail dan calon Pas, Mohamad Sabu. Bagimanapun, Tok Mun yang bertanding sebagai calon bebas yang mengunakan lambang 'kunci' tewas kepada calon BN apabila sekadar memperolehi 685, hilang wang pertaruhan.

Tok Mun yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu membuang undi pada PRU12 lalu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu

Di dalam laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Mun dikatakan akan bertanding di kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang dan telah ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapatkan maklumat bagi persediaan menghadapi pilihan raya. Ditanya sebab beliau beria-ia nak bertanding, sedangkan beliau sendiri adalah penerima bantuan JKM, jawab beliau, kerana amanah untuk mempertahankan tanah air dan Islam. Cayalah Tok Mun.

Kalau gitu, IBM cadangkan agar pembangkang, terutamanya Pas, pelawalah Tok Mun  tu. Kesian dia. Semangatnya begitu tinggi, berkobar-kobar, tak kan Pas tak nak terima calon yang seperti Tok Mun tu?. Siapa tahu mungkin Tok Man adalah 'winnable candidate'. Pas jangan pandang rendah akan kebolehan Tok Mun tu. IBM kan apa, cuma mencadangkan saja. Hehehehe....terpulanglah pada Pas. Jangan mare. Sekian  ~ IBM

~ BARISAN NASIONAL UNTUK SEMUA ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sambutan 'HARI MALAYSIA KE-49' Meriah

PEMBANGKANG GERUN MELIHAT SAMBUTAN HARI MALAYSIA DI SARAWAK

SEBAHAGIAN peserta menyertai persembahan sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu malam tadi
.


SAMBUTAN Hari Malaysia ke-49 yang berlangsung di tapak Lapangan Terbang Bintulu Lama, Bintulu, Sarawak malam tadi berlangsung penuh gilang-gemilang dengan dibanjiri lebih 25,000 pengunjung meskipun dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai. Pada majlis itu, tetamu dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan berunsurkan patriotik melibatkan hampir 600 peserta.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Terdahulu, pada sebelah petang, lebih 10,000 orang daripada pelbagai kaum telah membanjiri tapak majlis Rumah Terbuka Hari Malaysia 2012 di Kampung Assyakirin, Bintulu yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.
Dengan sambutan yang begitu meriah, IBM yakin rakyat Sarawak masih di belakang Barisan Nasional (BN). Ini juga merupakan satu mesej kepada pembangkang supaya jangan nak beranggan untuk merampas Sarawak dari tangan BN. Jangan mimpi le. Sekian dari saya yang sentiasa mendoakan supaya negara kita sentiasa aman dan makmur. Jom tolak Pakatan Haram. ~ IBM
~ BARISAN NASIONAL UNTUK SEMUA ~
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sunday, September 16, 2012

Penahan Penerbit Filem 'Innocense Of Muslims' Jadi Tanda Tanya!!! Betul Ke Dia??

MENGIKUT  berita yang kita semua baca, penerbit filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW telah ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Tapi....sampai tahap mana kebenarannya menjadi tanda tanya? Betul ke penerbit sebenarnya ditahan, atau orang lain yang dijadikan 'kambing hitam' semata-mata nak menyelamatkan tuan asalnya. Kan apa, Amerika ni kan pandai memutar-belitkan cerita, lebih kurang macam ketua Pakatan Haram jugak lah, pandai berlakun. Maklumlah negara besar seperti Amerika ni boleh berbuat apa saja yang mereka suka. Mereka berkuasa.

Tapi.....andai katalah betul, apakah tindakkan kerajaan Amerika Syarikat terhadap penerbit filem tersebut? bangsa mereka pulak tu. Sudah tentu depa nak bela bangsa mereka sendiri. Mereka (Amerika) kan peduli apa negara lain nak cakap. Kecam macam mana sekali pun mereka tetap dengan pendirian mereka. Islam tetap dihina. Memang dasar Yahudi.  Bila IBM baca kesah ni dari akhbar Sinar Harian, IBM rasa ada sesuatu yang tak kena. Betul mereka (Amerika) dah tahan si anak haram jadah tu, tapi.... masih ada yang meragukan. Tak percaya jom baca. ~ IBM

PETIKAN BERITA DARI : SINAR HARIAN :















TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

PRU 13 Penentu Survival Bangsa Melayu??

NAJIB (tengah) bersalam dengan sebahagian daripada perwakilan UMNO Bahagian Pekan semalam.


IBM rasa setiap kali Perdana Menteri kita berucap, dimana-mana sekali pun, beliau selalu mengingat dan menyentuh kepada survival bangsa Melayu. Semalam, di Pekan Pahang,  Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap pada Majlis penutup persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pekan sekali beliau mengingatkan kepada ahli UMNO bahawa pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, bukanlah sebarang pilihan raya, tetapi penentu kepada SURVIVAL bangsa Melayu. Katanya orang Melayu perlu sedar bahawa hanya UMNO yang menjadi parti teras dalam Barisan Nasional (BN) lah yang akan dapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama. PAS, PKR?...Hampehhh.

Apabila IBM kaji balik akan ucapan DS Najib, naik juga bulu roma ni. Memang le, Berbicara tentang survival bangsa Melayu. Cuba kita bayangkan sekiranya UMNO kalah nanti, apa akan jadi degan nasib bangsa Melayu? adakah PAS dan PKR akan melihat ini sebagai salah satu tanggungjawap mereka terhadap bangsa Melayu terutama Melayu UMNO? IBM rasa tidak. Memang jawapannya tidak. Oleh yang demikian, apabila Perdana Menteri menyeru orang Melayu dan ahli UMNO bersatu hati, maka seruan tersebut haruslah di sambut dan dipandang serius apatah lagi di saat pilihan raya umum yang akan diadakan tak lama lagi.

Katanya lagi, ia bukan sekadar soal menang atau kalah, tetapi survival orang Melayu, tanah air kita dan kalau ingin itu semua, kekalkan teras pemerintahan, pastikan UMNO menang.  IBM yakin, sekiranya kerajaan sedia ada digantikan pasti sesuatu yang buruk akan menimpa nasib bangsa Melayu, maka buruklah padahnya. Kita sedia maklum, Barisan Nasional (BN), terasnya UMNO. Pembangkang siapa terasnya? PAS, DAP atau PKR? Chisss...'jauh pangang dari api'. PKR parti yang lemah, katanya. Maka, sekiranya mereka bergabung, DAP dapat banyak kerusi, adakah orang Melayu dapat bergantung harap kepada DAP?

Jawapannya, sudah tentu tidak kerana selama ini tidak ada rasa senang hati terhadap kedudukan orang Melayu dan orang Islam. Hati perut mereka tak sama dengan BN, dendam tak sudah, dengki dan banyak lagi, katanya. Maka, survival bangsa Melayu pada PRU ke-13 ini harus dipandang serius oleh  kita semua. Jangan ambil mudah perkara ini, kerana apabila 'nasi dah jadi bubur', maka semuanya dah terlambat. Korang fikirlah baik-baik. Kita teruskan perjuangan dan pastikan kerajaan yang ada sekarang terus kekal buat selama-lamanya. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
~ BARISAN NASIONAL UNTUK SEMUA ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday, September 15, 2012

Terkini!! Seorang Lagi Pemimpin BN Sabah Sertai PKR..Tapi, Tak Jadi Kudis Buat BN Sabah

PERKARA ini bukanlah perkara yang mengejutkan. Biasalah dalam politik. Sekiranya seseorang tu ada masalah dan tidak sefahaman di dalam parti, atau dia sendiri yang bermasalah, maka sebelum dia dipecat ataupun namanya tidak akan disenaraikan kembali sebagai calon untuk pilihan raya yang akan datang, maka, dia pun mulalah mengorak langkah dan akan lompat ke parti lawan.

Begitu jugalah apa yang berlaku di dalam parti Barisan Nasional (BN) Sabah. Bagi yang dah matang dalam politik, tidak hairan itu semua. Dan, kemasukkan dia ke parti lawan, belum tentu menjaminkan kemenangan mereka dan tawan Sabah. Jadi, IBM berpendapat, melompatnya Tan Sri Ibrahim Menudin ke PKR, tidaklah menghairankan dan tidak menjejaskan Barisan Nasional (BN) Sabah. Alahai,  baru hanya 4 orang yang lompat parti. BN Sabah tak panik pun, malah tetap kukuh. Baca berita yang IBM petik dari Antarapos.com ~ IBM

DIPETIK DARI : ANTARAPOS.COM : 
 APA KATA DAN REAKSI PEMIMPIN UMNO/ BN SABAH TENTANG PEMIMPIN MEREKA YANG LOMPAT PARTI :

~ BARISAN NASIONAL TETAP DIHATI RAKYAT SABAH ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Filem Hina 'NABI' : Rakyat Terus Bantah!!


MEMANG dunia barat sengaja nak cari pasal dengan negara-negara Islam. Tak habis-habis mereka mencaci kesucian agama Islam hinggakan mereka sanggup membuat filem yang menghina Nabi Muhammad SAW. Jesteru, ianya menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari semua umat Islam di serata dunia. Negara kita Malaysia juga tidak kecuali.

Semalam, petang Jumaat, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahya (gambar kecil) mengetuai beratus-beratus orang yang menganggotai pertubuhan bukan kerajaan itu (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

Mewakili suara umat Islam di seluruh negara menyatakan bantahan terhadap filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad SAW menerusi tunjuk perasaan secara aman selepas solat Jumaat semalam. Aminuddin bersama 15 lagi NGO lain membawa sepanduk yang mengecam tindakan penerbit kerana menghasilkan sebuah filem yang terang-terang menghina Islam.

Bagaimanpun, perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar tanpa apa-apa perkara yang tidak diingini. Mereka tidaklah berlagak ganas seperti himpunan aman yang di anjur oleh BERSIH. Kononnya bersih, tapi...tak sebersih mana pun. Mereka ingkar pada janji. Apapun,  anggota-anggota polis turut berkawal di hadapan kedutaan tersebut bagi memastikan kejadian tidak diingini berlaku. Persoalaannya sekarang, sampai bila kita umat Islam harus diperlakukan sebegini, dihina dan terus dihina. Bila lagi umat Islam nak bersatu? Fikir-fikirkanlah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
~ PAS bukan ISLAM ~

~ UMNO perjuangkan ISLAM ~

Kerajaan Arab Saudi Puji Najib. PAS Dengki Le Kot!!!

JIWANYA jiwa rakyat. Janji ditepati, Transformasinya berjaya menaikkan ekonomi dan nama negara. Itulah sebab rakyat semakin sayang kepada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nama beliau terus di puji oleh pemimpin-pemimpin dunia, termasuklah dari Tokoh ulama terkenal dari Arab Saudi.

IBM bukan nak reka cerita. Ianya realiti. Pujian seperti ini dah tentu membuat pembangkang benggang dan dengki sampai ke tahap maksimum. Hehehe.... Tak percaya?  jom baca artikel dibawah ini :

DIPETIK DARI : SELANGOR DAILY.COM :





































Bukan setakat benggang, IBM percaya pembangkang mengelupur apabila mendengar pujian yang serupa itu untuk Najib. Hehehehe...dah tentu saham DS Najib naik, elok bebeno le tu. Pilihan raya pun dah nak dekat. Maka rakyat akan memilih DS Najib dan Barisan Nasional (BN). Tak payah nak tukar kerajaan. Buang masa je. ~ IBM

~ HIDUP UMNO HIDUP BN, SAYANGI SELANGOR YAKINI BN ~
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Mesej PM Pada Ahli UMNO : "Kuatkan UMNO Untuk PRU-13".

DIMAJLIS SAMBUTAN ADILFITRI WANTIA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA 2012 DI PWTC, KUALA LUMPUR :


NAJIB bersama Muhyiddin mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, Kuala Lumpur semalam.

SEMALAM IBM sempat singgah di PWTC dan meraikan majlis sambutan Aidilfitri anjuran Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia bersama-sama dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan ahli-ahli Majlis tertinggi Umno. Perhhh!...meriah sungguh majlis tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya, sempat mengingat dan berpesan kepada semua ahli-ahli UMNO yang hadir supaya kuatkan lagi UMNO. Berikut sedikit ucapan beliau yang IBM petik dari Kosmo !  :

Mesej dari Perdana Menteri itu menandakan pilihan raya kian hampir. Maka, elok benarlah kita ahli-ahli Umno bersiap siaga bagi menghadapinya. "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat" adalah kata-kata hikmat bagi semua ahli-ahli UMNO dan kuatkan UMNO adalah tanggunjawab kita bersama. Insyallah, kita dipihak yang benar, allah s.w.t akan bersama kita. Amin! ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

~ UMNO UNTUK SEMUA ~

Amri 'Hero' Selangor!!


SEMBANG-SEMBANG BOLA PIALA MALAYSIA :

SKUAD Gergasi Merah, Selangor memastikan ‘misi 33’ terus membara apabila menyambar slot ke suku akhir saingan dengan penuh bergaya selaku juara Kumpulan D selepas menewaskan Sarawak 2-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi. Amri Yahyah muncul wira Gergasi Merah apabila meledak kedua-dua gol pada minit ke - 66 dan 73, sekali gus mengesahkan status Selangor selaku juara kumpulan dengan 13 mata. Turut mengiringi Selangor ke suku akhir ialah naib juara kumpulan, Pahang yang dikejutkan dengan kekalahan 2-3 oleh T-Team di Stadium Darul Makmur, Kuantan dalam satu lagi aksi Kumpulan D malam tadi.

AMRI menjaringkan kedua-dua gol Selangor pada aksi menentang Sarawak di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 2-0.

Pada suku akhir nanti, Selangor bakal berdepan Johor FC sementara Pahang menanti kunjungan juara Kumpulan A, Lions XII. Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kejayaan dramatik juara Liga Super dan Piala FA 2011, Kelantan juga tidak kurang hebat apabila berjaya muncul juara Kumpulan B sebaik ‘mengerjakan’ Terengganu 6-1. Ia ekoran satu lagi pasukan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekadar seri 2-2 ke atas Kedah di Stadium Selayang malam tadi. Gol kemenangan Kelantan dicetak oleh Afiq Azmi (minit ke-13), Nor Farhan Muhammad (28 dan 47), Mohd. Badhri Radzi (76 dan 81) sebelum Indra Putra Mahayuddin melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah sementara gol sagu hati Sang Penyu pula diledak Mohd. Asmizan Kamaruddin pada minit ke-84.
Biarpun berkongsi 11 mata dengan ATM, The Reds Warriors muncul juara kumpulan hasil perbezaan jaringan dan bakal membuat perhitungan dengan Felda United dalam aksi suku akhir nanti. Skuad kendalian B. Sathianathan pula berdepan tugas getir apabila berdepan juara bertahan, Negeri Sembilan yang muncul juara Kumpulan C. Terengganu selaku finalis Piala Malaysia 2011 pula boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ apabila terperosok di tangga tercorot kumpulan dengan sekadar mengutip empat mata. Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan nyaris berputih mata dalam usaha menyambar slot suku akhir apabila sekadar seri 1-1 dengan pasukan berstatus kelab, Felda United.

Skuad pelawat terlebih dahulu di depan seawal minit ke-17 menerusi jaringan Farderin Kadir sebelum Effa Owana menyelamatkan maruah tuan rumah apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76. Begitupun, skuad kendalian Azraai Khor Abdullah sewajarnya ‘berterima kasih’ dengan kejayaan Perak yang berjaya mengejutkan pasukan di tangga ketiga, Sime Darby dengan keputusan 2-0 di Stadium Perak, Ipoh dalam satu lagi aksi kumpulan. Dengan keputusan itu, Sang Rusa yang mengutip 10 mata muncul juara kumpulan, tiga mata di depan Felda United yang turut mara ke suku akhir sekali gus memadam cabaran Sime Darby dan Perak yang masing masing berkongsi enam mata.
Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kejayaan Johor menewaskan PKNS 2-0 dalam aksi Kumpulan A bagaikan tidak membawa sebarang makna apabila gagal menyambar slot suku akhir. Ia ekoran ‘adik’ mereka, Johor FC berjaya mengikat Lions XII dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Jalan Besar, Singapura. Dalam perlawanan malam tadi, kedua-dua gol Jengking diledak oleh penyerang import, Muriel Juan Orlando. Dengan keputusan itu, Lions XII dan Johor FC yang berkongsi sembilan mata mara ke suku akhir, mengatasi Johor yang mengutip lapan mata sementara PKNS sekadar mengutip lima mata. Perlawanan suku akhir pertama dijadualkan bermula pada 28 September ini.
___________________________________________________________________________________________
IBM rasa lega bila Selangor menang pada malam ini sekali gus mengunguli kumpulan D dan akan bertemu Johor FC di peringkat suku akhir. Sama-sama kita mendoakan agar Selangor terus mara ke-final dan misi '33' mereka akan berjaya. Insyallah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, September 14, 2012

15 Murid Belasah Guru Displin. Mana Displin Murid-Murid Ni??..HAMPEHHH!!!!


DIPETIK DARI : HARIAN METRO.ONLINE

ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.
Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.
Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.
____________________________________________________________________________________________
Apa nak jadi dengan murid-murid sekarang ni. Guru displin pun depa belasah. Nak belajar jadi gengster ke hampa semua. Mak bapak hampa semua hantar ke Sekolah bukan untuk belasah guru atau rakan-rakan yang lain, tapi,  untuk belajar. Sedar le sikit. Hampehh le korang ni ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Abby Kutuk Orang Mengalahkan 'Ulamak' PAS. Mental Ke dia Ni??


Mentang-mentanglah dah bertudung dan berpayungkan Pas untuk masuk syurga, artis dah tak laku ni buat hal lagi. Kutuk dan hentam orang ikut sedap mulut dia. Kali ini rakan artisnya dulu, Zed Zaidi pulak jadi mangsanya. Bagi IBM, kalau betuilah apa yang Zed katakan tu, IBM sokong seratus peratus.  Memang itu pun yang Abby kejar dan mahu. Bila berceramah di pentas Pas , hentam orang kaw-kaw, maklumlah lumayan umpahnya. 

Berbeza selepas dia bertudung. Kononnya rezekinya disekat. susah nak cari makan lagi. Tapi....bagaimana degan artis-artis yang lain yang bertudung. Tak pulak diorang komplain. Jangan cari alasan dan jangan cari salah orang le Abby. Kamu teruskan lah kehidupan kamu dengan Pas tu. Belum tahu ko cium bau syurga. Jom baca macam mana Abby kutuk Zed Zaidi :

DIPETIK DARI Antarapos.com :



































Ada yang kata Abby ni sebenonya kesunyian dan gila talak. Sebab itu dia meroyan tak tentu pasal. Ingat nak hentam orang dia hentam. Kesian si Abby ni ye. Dan ada juga yang kata dia ni mengalami 'mental disturb'....hehehehe. WA. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM


~ PAS is DEAD ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Ehhh...Ehhh...Dah Terbalik Pulak. Kerajaan Pusat Kena Ikut Kata Depa. Apa Citer PAS,. Akai Ada Ke??


Menteri Besar Selangor Yang Gagap ni pun pernah kata nak adakan pilihanraya berasingan. Alasan yang diberi, tak cukup tempoh. Sebenarnya Pakatan haram di Selangor takut kalah. Itulah realitinya
APA ke jadahnya kita pemerintah kena ikut cakap dan telunjuk depa. Apa cerita ni? Ini dah tentu Pas takut kalah di PRU ke-13 nanti. Sebelum ini, depalah yang bising kat Perdana Menteri. Tanya PM bila nak bubar parlimen dan umumkan tarikh pilihan raya?. bila tak ada respon dari PM, depa mula meroyan, cakap yang bukan-bukan. Kata PM takut le, tak telo le, takut kalah le dan bermacam-macam tomahan yang di lemparkan kepada DS Najib Perdana Menteri kita.

Tiba-tiba dah lain pulak cerita yang timbul. Pas Selangor menyarankan agar pilihan raya diadakan berasingan dan menunggu sampai tempuh pilihan raya berakhir hujung April 2013. Pulak dah. Apa cerita ni Pas? Memang Pas ni cakap tak serupa bikin. Alasan yang Pas beri kononnya ianya akan berdepan dengan masalah kos tambahan dan pembaziran masa, adalah tidak lojik dan tidak boleh diterima sama sekali. Bagi IBM, jelas menampakan Pas sudah goyah dan rasa gementar yang mana depa sudah nampak bahawa bunga-bunga kekalahan pakatan Haram di Selangor ini sudah nampak jelas. Pas sudah merasakannya. Bila IBM baca keratan berita yang IBM petik dari Sinar Harian hari ini, memang nak tergelak. Jom baca :

PETIKAN DARI : SINAR HARIAN 
























Pas oh Pas. Apa lagi sendiwara yang korang nak main. Mula-mula kemain gah, semangat berkobar-kobar nak adakan pilihan raya. Konfiden konon. Tapi.....apa dah jadi. Nak laksanakan manifesto PRU yang lepas konon. Sudahlah...rakyat dah bosan. Janji korang di PRU yang lepas adalah janji kosong. Terima je lah akibatnya dan bersedialah untuk di humban dari negeri Selangor ini. IBM bukan cakap besar, tapi, rakyat nak. Sekian ~ IBM

~ PAS is DEAD ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...