Memahami betapa pentingnya usaha-usaha yg sedang diambil oleh Kerjaan tongakkan UMNO, terutama sekali di dalam perubahan struktur ekonomi yang cuba dilibersasikan daripada terkongkong kepada hanya beberapa sumber. Shubungan itu, Malaysia perlu sentiasa peka untuk bertindak balas termasuk menyusun strategi baru kerana persekitaran perniagaan global sentiasa berubah sepanjang masa. Walaubagaimanapun, pendekatan yg perlu diambil kali ini mestilah lebih bijak daripada pendekatan yg telah diambil ketika memerangi masalah ekonomi tahun1997.
Menginsaf akan hakikat-hakikat ini, UMNO sebagai parti No 1 orang melayu dan tongkat kekuatan BARISAN NASIONAL abanglong mencadangkan beberapa langkah yg telah dikenalpasti bagi 'Mengunapakai Nilai Kekuatan Malaysia Di Dalam Menanggani Krisis Ekonomi Global' pada ketika ini dan seterusnya pada masa-masa hadapan.
1. Memperkasakan sektor Pertanian.
Sektor pertanian merupakan sistem pertahanan yg paling penting dan berkesan di dalam menghadapi krisis harga makanan dunia. Banyak faktor yg menyumbang kepada harga makanan yg meningkat. Ini termasuklah kenaikan harga akibat kemerosotan hasil penuaian di merata tempat di dunia, simpanan makanan kian berkurangan, permintaan pengguna di Cina dan India, pertambahan penduduk sedunia, serta perubahan dalam ekonomi dunia.Jadi negara yg bijak didalam mengatasi masalah ini adalah negara yg mempunyai sekuriti makanan, dan salah satu daripada caranya adalah dengan memperkasakan sektor pertanian. Sebagai sebuah negara yg penuh tersohor di dalam penyelidikan produk pertanian tropikal, Malaysia sudah mempunyai asas yg tersedia ada di dalam bidang pertanian.Kerjaan tongakkan UMNO perlu meneruskan usaha mewujudkan industri dan produk baru yg berkaitan dengan pertanian kerana ini akan secara langsung dan tidak langsung memberi sekuriti makanan kepada negara, dan seterusnya memberi impak yg berkesan kepada ekonomi Malaysia.
Bersambung..................