Wednesday, December 21, 2011

Kak Ijat Serahkan segala-galanya Pada PM?..Merajuk ke?


Alahai.... Bunyi macam merajuk je Kak Ijat kita ni. Apa tidaknya, korang punya pasal lah kak Ijat jadi begini. Siapa yang tak merajuk, asyik kena hentam kiri dan kanan. Kalau korang kena macam kak Ijat ni macama mana?

Sepatutnya kita ni orang Umno, tolong menolong, nasihat menasihati sesama kita bukan hentam membabi buta. Yang korang sakit hati beno dengan kak Ijat ni kenapa?. Kerana isu lembu tu ye? Kan dia dah kata, dia tak terlibat dan kenapa korang semua beretubi-tubi menyerang kak Ijat dan suruh dia letak jawatan?

Korang ni tak pakai akai ke?. Banyak sudah jasa-jasa kak Ijat pada parti dan negara, terutamanya kepada wanita,  teruk berkerja siang dan malam, tak pernah kenal erti penat, tiba -tiba korang serang dia teruk-teruk. Bagi le semangat sikit. Kan PRU ke-13 dah nak hampir, jadi, kenapa nak keruhkan lagi keadaan.

Kepada kak Ijat, IBM nak bagi tahu ni, jangan sekali-kali menyerah kalah, persetankan mereka-mereka yang iri hati dengan kak Ijat. Kuatkan semangat, teruskan berjuang. IBM percaya wanita-wantta di luar sana masih setia dan menyokong penuh kepimpinan Kak Ijat, terutmanya pergerakan wanita.

Kepada DS Najib, pertimbangkanlah, dan buatlah pilihan yang tepat, jangan setakat menerima laporan yang belum tentu ada kebenaraan, kerana silap langkat, silap percaturan akan membawa padah. Padah kepada parti dan padah kepada negara. Yang merana adalah rakyat. Kita harus tahu, PRU ke-13 ini adalah PRU yang begitu getir dan mencabar bagi Barisan Nasional (BN).

Dilihat dari wajah dan percakapan Kak Ijat, memang dia benar-benar ingin bertanding dan membuktikan bahawa beliau adalah winnable candidate. IBM bukan nak bodek, tapi inilah realitinya. Kak Ijat bukan calang-calang wanita. Dia wanita yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Teruskan kak Ijat...perjuangan kita masih belum selesai.

WANITA ADALAH INSPIRASI KEPADA KEKUATAN SESEBUAH PARTI. JANGAN PERKECILAKAN PERANANAN MEREKA.

12 comments:

  1. Kak jat oooi tak payah buat drama lagi. Kalau ikhlas untuk parti berundur beri kepada darah baru. Buktikan keikhlasan anda berjuang untuk parti.

    ReplyDelete
  2. Salam Aurafaz,

    Yang tak ikhlas tu yg ada mempunyai kepentingan peribadi. Dalam kes Kak Ijat ni, telah di perjelaskan oleh beliau, dia tidak terlibat. So, kenapa nk hukum org yang tak bersalah.

    Yang menyeru supaya kak Ijat berundur, adalah org2 yg kecewa. Tak dpt apa yg mereka hajati....kita tunggu dan lihat, kebenaraan akan tercetus..

    ReplyDelete
  3. Assalam bro.
    Agak agaklah kalau nak menyokong pun.semua orang sygkan Umno bkn bro sorang.Tapi jgn sayang membabi buta.Salah tetap salah bro.Jgn sedap mulut nak panggil orang tak berakal..diri sdri kena ukur cukup ke tidak akal tu.

    ReplyDelete
  4. W'kumusallam bro,

    Maaf le kalau saya tersebut tak berakal. Tapi...kita seharusnya berfikir. Kenapa menuduh membabi buta, rakan sepejuang pulak tu. guankan cara lain utk buat komen, jgn terlalu terbuka. Dia belum di dapati bersalah. IBM nk tanya bro, ada bukti yg kukuh ke?

    ReplyDelete
  5. Assalam bro.
    Bukti ???
    Habis samdol 4 orang tu bukan laki dengan anak anak dia ke?Kalau satu hari esuk pencen..dia tkn makan hasil kekayaan dari NFC ke?

    Kita cakap pasal KPI moralnya bro?Bukan soal dia pandai pelepas diri dari undang undang.Itu semua pemimpin Umno pandai buat berpuloh tahun dah,,tu yang ramai kaya giler tp tk ramai yg masuk penjara kerana didapati bersalah salahguna kuasa dan dana rakyat.

    Bro,boleh tunjukan saya seorang saja yang benar2 bersih...seorang saja yg kaya raya cara bersih?

    Ada tak?Bro pun tahu kan jawapan dia..

    ReplyDelete
  6. Takpe..nanti bro jawap tkn keluarga tk blh buat bisnes kerana ibunya menteri.Tp kalau dari kecil hingga dewasa main ngan taik lembu dan pakar lembu..kita tak kisah.

    Ini kenal lembu pun tidak,apalagi bau taik lembu,tiba2 bagi 250juta apa cite?Kalau betul nak perkasakan industri ini melambak penternak yg berpengalaman kenapa tak bagi?

    Sebab tak ada laki atau bini yang jadi menteri?

    Fikir fikirlah bro?

    ReplyDelete
  7. W'kumusallam bro,

    Sabo, sabo. Jgn terlalu emosi. Bukan apa bro, IBM buka nk menyebelahi mana2 pihak. Kalau nk di cari pemimpin2 yg benar2 bersih, 100% IBM katakan memang x ada di dunia ni. Kita manusia biasa bro. Adakah bro ingin katakan pembangkang tu semunya bersih?....jawapnanya pun tidak.

    so, dlm hal ini kita bercerita atas cerita. Faktanya belum jelas. Kita terlalu cepat menghukum pemimpin apabila kita didedahkan cerita yg kurang jelas. We're not in the picture bro. so pls don jump into conclusion bro.

    ReplyDelete
  8. Rm250 juta dia anak beranak dah dapat nak clear picture yg macam mana lagi?Bro boleh je terus sokong Sharizat,tp dalam pada sokong tolong jgn sentuh org lain yg tk sokong dia..tu je.Melabel org lain itu dan ini kerana tk sependapat ngan kita...

    ReplyDelete
  9. Alright bro. You're right. maaf le sekiranya tulisan IBM menyentuh dan melabelkan org lain yg tak sebulu dgn Datuk Shahrizat. Tak elok kita bergaduh kerana kita berlainan pendapat. I know bro ada prinsip sendiri , so am I. Jesteru itu, IBM mohon maaf le sekiranya penulisan IBM buat u all marah. lagi pun IBM x tujukan kepada individu, termasuk bro sendiri.

    Apapun sokongan IBM pada Datuk Shahrizat tetap seperti dulu, kini dan selamanya. I believe in her. Kita tetap kawan bro kawan blogger dan terus menulis dan menulis selagi tangan ini mampu menulis dan menaip. Salam 1 Malaysia dan slmt berjuang bro....keep intouch...:)

    ReplyDelete
  10. Assalam bro IBM.
    Kita ni manusia biasa tk lekang dengan salah dan silap.Saya pun gitu,klu ada yg menyentuh mohon maaf juga.No prob la bro..berbeza pendapat itu baik sebenarnya asal perjuangan kita sama.

    Salam perjuangan.

    ReplyDelete
  11. W'kumusallam. Terima kasih bro. Teruskan perjuangan. Perjuangan yg belum selesai...

    ReplyDelete
  12. KAK IJAT STEP DOWN HABIH LER!! NAK HARAP KETUA PUTRI DAN DAN KETUA PEMUDI? OPSS!! SORRY !! KETUA PEMUDA? DUA DUA PUN HANCUS TAK LEH PAKEI.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...