KES MAHKAMAH
Curi Duit Tabung Surau, Pencuci Pinggan Sambilan Dipenjara 12 Bulan

Berkemungkinan penjenayah itu ada masalah dengan iman. Jadi, Majistret Muhammad menasihati supaya si penjenayah kaji balik hubunganya dengan Allah dan manusia. Semoga dalam tempoh beliau di dalam penjara nanti, dapat muhasabah diri beliau, kata Muhammad Najib. Tertuduh yang bekerja sebagai pencuci pinggan sambilan mencuri RM250 duit tabung Surau An Nur di Bukit Gedung, Bayan Baru pada 4 pagi, Sabtu lepas. Shamsul Azlan yang juga menghidap sawan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Apa barang le budak si Shamsul ni. Duit surau kan banyak mana pun. Baik pergi rompak duit kat mesin ATM tu. Bebaloi le sikit. Apapun lega sikit juga lah budak Shamsul ni. Masuk penjara makan ditanggung beres. Grantee tak miss punya. Hehehehe....Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"