ISU SEMASA
Pasar malam TTDI.
Para pengunjung beratur untuk membeli makanan kegemaran mereka.

Notis tersebut menyebut DBKL membuat keputusan itu selepas para peniaga gagal menyelesaikan aduan yang kerap diterima seperti kesesakan lalu lintas dan tahap kebersihan. Pengunjung pasar malam itu menggunakan Twitter sebagai medium untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Apapun, IBM harap ku Nan atau Datuk Bandar Kuala Lumpur dapat memberi jawapan dan penjelasan secepat mungkin. Jangan le nak tabur nasi dalam periuk orang. Penjaja-penjaja di situ nak cari rezeki untuk sesuap makan. Keluarga mesti di tanggung.
Dan pulak, notis diberi begitu singkat tanpa berbincang dengan penduduk-penduduk disitu dan juga penjaja-penjaja yang dah lama berniaga di situ. Mereka-mereka ni orang asing ke? Ku Nan, tolong beri jawapan yang bernas, jangan berdolak-dalik seperti isu memaafkan Tian Chua. Langsung tak boleh diterima pakai oleh kami, ahli-ahli Umno. Fikir-fikirkan. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"