
Mereka berharap kehadiran Tahun Kuda mengikut Kalendar Lunar yang bakal disambut ini akan mengikis kenangan ngeri yang pastinya terlalu sukar untuk dipadamkan dalam kenangan. Walaupun terdapat ramalan Tahun Kuda akan penuh dengan cabaran namun mereka berharap dapat mengumpul semula kekuatan untuk membina kehidupan sebagaimana kekuatan dan kegagahan seekor kuda.
Disini, IBM mengambil kesempatan mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' kepada semua kaum cina di Malaysia ini. Moga tahun ini (2014), tahun Kuda lebih baik dari tahun (2013) tahun ular. Dan, kepada yang berpolitik tu, berpada-padalah. Jangan terlalu emosi, lantang hingga boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara juga sensitiviti antara kaum. Kita 1 Malaysia. Malaysia boleh. Selamat tahun baru cina!!
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"