


Bagaimanapun, katanya, tafsiran keseluruhan Perlembagaan Negeri Selangor pada pandangannya adalah baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan iaitu apabila hampir sampai hayat DUN, maka Menteri Besar akan menasihatkan Sultan. Kedua, kata beliau, ialah dalam keadaan lain apabila Menteri Besar telah hilang keyakinan daripada majoriti Ahli DUN dan meletak jawatan, Sultan akan membubarkan DUN. Satu lagi keadaan apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka Sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baharu bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.
Pada pandangan beliau kalau Menteri Besar Selangor sekarang (Khalid Ibrahim) meletakkan jawatan, tidak semestinya Sultan akan membubarkan DUN kerana tiada krisis keyakinan dalam kerajaan atau DUN. Baginda boleh melantik Menteri Besar baharu kerana pakatan pembangkang masih mempunyai kerusi majoriti. Namun perlu diingat bahawa kuasa membubarkan DUN itu memang terletak di tangan Sultan. Jadi, kalau baginda membubarkan DUN maka itu dalam kuasa baginda, katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Nik Kamal berkata, sekiranya Abdul Khalid meletakkan jawatan, barisan Exco yang dilantik oleh Sultan atas nasihat Menteri Besar seharusnya turut meletakkan jawatan.
Menurutnya lagi, terdapat peruntukan dalam Perlembagaan negeri bahawa Exco 'collectively responsible' terhadap DUN. Oleh itu, jika Menteri Besar sudah meletakkan jawatan, maka secara kolektif barisan Exco juga harus meletakkan jawatan. Perlu diingat bahawa Sultan boleh memecat Exco pada bila-bila masa seperti dalam Perlembagaan negeri, katanya. Kesimpulannya, adakah Anwar tahu semua itu? atau beliau hanya buat pekak kerana beliau beranggapan boleh memujuk Baginda Sultan Selangor dan menyakinkan baginda bahawa dialah orang yang paling layak menerajui negeri Selangor. Lagi pun Anwar sudah naik syok apabila balacinya mengatakan Anwar adalah seorang pemimpin bertaraf dunia. Puiii!!
Aduhai, mengapalah manusia anugerah tuhan yang bernama Anwar ni masih bernafas dalam dunia ni. Liat dan degil, malah masih boleh bernafas walaupun di humban ke dalam lumpur. Tapi, ramai pemerhati dan penganalisis politik mengatakan di Kajang inilah krier politik Anwar akan berakhir sekiranya dia tewas. Kita tunggu dn lihat sajalah. Ini kalilah!!....Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"