
Persoalanya disini, jika kerajaan tidak mengambil atau mengorak langkah bagi menanangai kos sara hidup yang kian meningkat, mereka (pembangkang) akan menuduh bahawa kerajaan tidak serius, tidak mendengar rintihan rakyat dan bermacam-macam kata-kata pedas yang mereka lontarkan kepada kerajaan dan akhirnya mengajak rakyat 'mengulingkan kerajaan' Sememangnya itulah kerja pembangkang, lontar batu sembunyi tangan. Rakyat dikelirukan, dan fitnahlah senjata mereka untuk menaikkan kemarahan dan juga kebencian rakyat terhadap kerajaan. Tapi, kenapa kerajaan sahaja yang dipersalahkan?
Ramai dikalangan rakyat tidak mengetahui perkara yang sebenarnya. Mereka bulat-bulat ditipu dan beri salah maklumat tentang mengapa harga-harga barang meningkat sekali gus kos sara hidup pun terus meningkat? Sebenarnya-benarnya, kerajaan benar-benar kimited untuk mengatasinya, ianya bukan setakat janji atau gimik. Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin BACA disini, bahawa kerajaan serius dan mendengar denyutan nadi rakyat. Hanya sesetengah pihak dan pembangkang sahaja yang pekak dan cuba mensabotaj apa yang kerajaan sedang usahakan demi untuk kebaikkan rakyat semua.
Apapun, kita tunggu dan lihat sejauh mana keberkesannya dan apakah yang boleh dilakukan oleh Jawatankuasa tersebut bagi menanangi kos sara hidup yang kian meningkat. Sama-sama kita berdoa agar ianya berjaya dan sekali gus mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat jelata. Betul kata orang, buat salah, tak buat salah. Itulah nasib yang menimpa kerajaan sekarang. Sabo je lah. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"