SUMBER :

Manakala parti DAP dan PKR masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datuk Dr Wan Azizah. Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan DAP dan PKR yang ingkar terhadap baginda. IBM beranggapan tindakan DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor. IBM juga difahamkan, selain itu Mohamad Munir berkata, titah Sultan Selangor supaya setiap parti politik dalam Pakatan rakyat mengemukakan lebih daripada dua calon merupakan amalan atau konvensi yang diamalkan baginda. Ini adalah bagi membolehkan baginda membuat pilihan terhadap bakal Menteri Besar Selangor dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang Adun tersebut.
Sumber juga mengatakan walaupun parti dalam Pakatan Rakyat sudah mengemukakan calon masing-masing, Sultan Sharafuddin juga mempunyai kuasa untuk meneliti nama wakil rakyat lain dalam pakatan itu sekiranya mempunyai kelayakan. Dengan penerimaan senarai calon yang telah dikemukakan ini maka Sultan Selangor akan meneliti senarai berkenaan dan akan mengambil kira segala aspek dalam menilai setiap calon sebelum sebarang keputusan dibuat. Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar Selangor terletak pada budi bicara tuanku, maka baginda juga akan meneliti nama-nama ADUN yang lain dari Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran baginda mendapat kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri.
Diharap selepas berakhirnya kemelut MB ini, rakyat di Selangor harus mengambil iktibar siapakah dan parti manakah yang akan mereka pilih nanti di PRU ke-14 yang akan datang. Cukuplah rakyat di Selangor ini ditipu hidup-hidup oleh Pakatan Rakyat yang mana mereka hanya gilaka dan tamakkan jawatan, bukan berkhidmat untuk rakyat. IBM bukan nak 'bakar api', tapi ianya ada realiti dan telah pun berlaku. Maka, berhati-hatilah wahai rakyat Selangor. Jangan pisang berbuah dua kali kerana pisang tersebut penuh dengan kerancunan. Merana korang dibuatnya. Wasallam ~ IBM