SUMBER....
MAAF semua ye. Ini bukan IBM punya rekaan atau statement tentang perihal Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali. Mengikut sumber berita yang IBM baca pagi tadi dari sebuah blog pro kerajaan membuat tafsiran, walaupun baru sahaja menduduki kerusi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mula berhadapan cabaran apabila keupayaan dan kepemimpinannya diperlekeh dan dipertikaikan. Perkara itu disuarakan oleh seorang pemimpin Umno dengan lantang yang menyuarakan pandangannya menerusi laman blognya menganggap Azmin tidak akan mampu menyelesaikan kemelut perpecahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat yang kini di tahap kronik. Itu pandangan peribadi oleh Ketua Umno Bahagian Cheras. Malah, Datuk Syed Ali Alhabshee juga berpendapat, Azmin umpama ‘budak suruhan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan menimbulkan krisis politik berpanjangan dalam parti itu. Beliau juga tidak menolak kemungkinan Azmin atas nasihat Anwar akan ‘mempermainkan’ PAS dalam pelantikan Exco Kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, menerusi entrinya yang IBM baca, Syed Ali menambah, Azmin juga tidak akan mampu menyelamatkan Pakatan Rakyat yang ketika ini berhadapan situasi retak menanti belah itu. Kalau PKR boleh membelakangkan PAS dalam membuat keputusan besar antaranya isu 'Langkah Kajang' dan calon MB Selangor tidak mustahil parti itu akan melantik mana-mana wakil rakyat PAS yang senada dengan parti itu sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas ini, ujarnya. Menurut Syed Ali lagi, Pakatan Rakyat bukannya sebuah pertubuhan yang berdaftar tetapi sekadar persefahaman politik untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum. Dalam Pakatan Rakyat tidak mempunyai dasar yang jelas untuk membangun rakyat dan negara selain bercita-cita besar mahu menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri, katanya. Tapi, tuhan tidak mengizinkannya. Anwar terus kempunan, Azmin yang tersenyum lebar. Huhuhu...Wasallam ~ IBM