SUMBER....
PERCAYA atau tidak, Azmin yang baru dilantik menjadi Menter Besar yang baharu, tetap akan dikawal. IBM sependapat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bahawa pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan mengubah banyak perkara dalam pentadbiran kerajaan negeri itu apabila beliau dijangka terus dikawal oleh pemimpin tertentu. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Azmin akan masih dikawal walaupun tidak sama seperti yang berlaku kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. 'Remote control' berubah sedikit sebanyak, mungkin tidak sama seperti yang berlaku kepada Wan Azizah, tetapi beliau (Azmin) akan masih dikawal. Jadi, Tun harap Azmin akan menjadi diri beliau sendiri, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dalam Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2014 semalam, Rabu. Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, adalah lebih baik jika ada pemimpin lain dalam PKR yang mampu menggantikan tempat Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, hal demikian kerana Anwar telah membawa banyak masalah kepada pelbagai pihak sejak beliau menyertai UMNO lagi.

Ini kerana masalah tidak berlaku tanpa sebab, katanya. Tapi, di Selangor ini masalah berlaku bersebab. Sebab pemimpin-pemimpin Pakatan di Selangor berebut jawatan, berebut projek untuk 'buncit'kan perut mereka. Itulah masalah yang sebenarnya di Selangor ini. Dan, mereka (pemimpin) pakatan tidak berminat untuk membela rakyat. Jadi, adakah perubahan akan berlaku di Selangor apabila Azmin mengambil alih Menteri Besar dari Khalid Ibrahim?....Sama-sama kita tunggu. wasallam ~ IBM