SUMBER :

Seperti yang diberitahu, Mat Razi mengasaskan sebuah sekolah pondok di Kampung Sampingan sejak 2012. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September.
Oleh itu, mari kita sama-sama turun padang, kempen dan bantu calon BN kita, Mat Razi Mat Ali kerana IBM beranggapan sesiapa yang dipilih oleh pucok pimpinan BN adalah calon terbaik dan insyallah akan memenangkan BN. tapi, bukan mudah. Kita kena berkerja kuat siang-dan malam bagi memenangkan BN sekali gus mempertahankan kerusi yang Bn sandang pada PRU ke-13 lalu. Insyallah. Wasallam ~ IBM