SUMBER :

Atas pengalamannya yang sentiasa mendampingi rakyat selama ini menjadi faktor utama untuk beliau terus berkhidmat kepada rakyat, katanya pada majlis perisyitiharan calon PAS bagi PRK Pengkalan Kubor di Kampung Geting malam semalam, Khamis. Hadir sama Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, pimpinan tertinggi PAS negeri dan Naib Ketua PKR negeri Profesor Madya Saharun Ibrahim. Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, selain keperibadiannya yang sederhana, Wan Rosdi juga banyak terlibat dalam penyusunan program-program dalam parti dan pentadbiran negeri. Apapun, siapa sekali pun calon PAS, kita BN sebagai penyandang, akan lawan dan tetap lawan. Mari kita ramai-ramai turun padang bagi membantu calon BN kita dan pastikan kerusi DUN Pengkalan Kubor tetap akan kekal milik kita, BN. Insyallah. Wasallam ~ IBM